"Abang, dah lenguhlah kaki Mimi dari tadi. Takkan tak ada satu pun yang abang minat nak jadikan hadiah?" Aku berjalan menuju ke sebuah bangku. Sakit dah kaki ni akibat banyak berjalan hari ini.
"Sayang, sorry. Tapi tak adalah hadiah yang berkenaan. Sakit ke kaki?"
"Ermmm... " Kasut ditanggalkan.
"Kesian sayang abang ni. Dahlah esok nak pakai tenaga lagi. Sorry sayang. Meh sini abang tolong." Dicapainya kaki Mimi Adelia. Dia mengurut perlahan nak mengurangkan kesakitan.
Dada aku dah berdebar-debar. 'Aduhai hati janganlah begini. Macamlah tak pernah kena sentuh dengan Tengku Harraz bahkan lebih daripada itu pun sudah. Tengku Harraz pula dah senyum mengoda kepadanya. Manalah jantung tak berdegup kencang.
"Dah kurang sikit ke sayang? "
"Dah... Dah. " Kaki ku ku tarik menjauhi tangan Tengku Harraz. Segan dengan kelakuan suamiku itu. Dahlah ramai yang tengok tadi.
"Okey, Lega hati abang. Nak rehat kejap ke nak teruskan? Dah pukul lima ni." Jam ditiliknya.
"Cari teruslah, abang. Tapi nak cari apa, eh?"
Tengku Harraz ketawa. Tempat kosong disebelah Mimi Adelia didudukinya.
"Betul juga kan? Tak guna juga jalan kalau tak tahu apa nak beli. Sayang ada idea tak?"
"Jewel untuk mummy ?"
Tengku Harraz berkerut.
"Then, daddy nak bagi apa?" Tengku Harraz duduk bersandar. Tangannya diletakkan ke atas bangku tempat Mimi Adelia bersandar.
"Hah! Baju batik! Beli coraj sama untuk mummy dengan daddy. Okey tak?"
"Menarik juga tu, sayang." Tengku Harraz kelihatan teruja.
"Okey, jom masuk butik depan tu. Nampak macam cantik semua baju dia." Kemudian mereka pergi ke kedai yang dimaksudkan oleh Mimi Adelia.
"Biru ke coklat sayang? Abang rasa dua-dua cantik." Kedua-dua helai baju itu aku pandang lama. Memanglah dua-dua cantik, tapi corak yang satu tu Agak padat. Tak sesuai untuk orang berusia.
"Abang, baju warna coklat ni la. Warna dia Mimi sukalah. Nampak mewah pun ada juga. Biru ni corak dia padat. Tak sesuai dengan mummy and daddy nanti."
"Okey, sayang. Abang ikut Mimi. Baju patung tadi abang belikan untuk Mimi. Jom pilih baju abang pula. Cari yang sama warna dengan baju tadi."
Setelah selesai memilih baju, mereka terus jalan beriringan. Masing-masing membuat persiapan untuk kedua-dua orang tua Tengku Harraz semoga segalanya berjalan dengan lancar.
**********
Malam itu, majlis sambutan ulang tahun perkahwinan Dato' Hisyam dan Datin Maria. Ramai yang datang meriahkan majlis itu. Ramai juga yang memuji sentuhan kreatif Tengku Harraz dan Mimi Adelia dalam menghias konopi. Tengku Harraz tersenyum apabila dipuji.
Tak kurang juga ramai yang memuji gandingan Tengku Harraz dan Mimi malam itu. Masing-masing kelihatan cantik dan segak.
"Cantik sayang abang malam ni. " puji Tengku Harraz sambil mengenyit matanya kearah Mimi Adelia.
Tersipu-sipu aku dibuat nya
"Ishh, abang ni mengada-ngada lah." Aku mengelakkan apabila Tengku Harraz mendekatkan wajahnya menghadapi mukaku.
Tengku Harraz ketawa mengusik. Sengaja menyakat isterinya yang bak bidadari malam ini.
"Assalamualaikum... " suatu suara menegur pasangan romantis itu tiba-tiba.

ANDA SEDANG MEMBACA
Please.Touch Me!
RomansaWarning: Mature Contents And Language (18SX) Aku Mimi Adelia. Aku bukan anak orang senang juga bukan anak orang susah. Senang citer aku biasa biasa je. Dalam biasa biasa aku ni susah jugak aku nak dapat kerja. Tengku Harraz. Empunya Syarikat gerg...