46 : Pulang

51.2K 1K 152
                                        

"Apa maksud Mimi ni, mak? " Datin Maria resah. Nek Limah dipandang kehairanan.

"Dia dah pergi, maria. Dia nak cari ketenangan. Kita biarkan ajelah. Dah lama sepatutnya Mimi pergi. "Ujar Nek Limah sayu.

"Kenapa dia kena pergi, mak? Kenapa dia buat keputusan ni semua sendiri? Apa saya nak jawab dengan Puan Ani dan En Mikael nanti mak? Pasti diorang risau dengan anak mereka yang seorang diri dengan berbadan dua lagi." Ujar Datin Maria cemas.

"Mimi dah cukup terseksa dekat sini, Maria. Kamu pun nampak kan? Mimi yang mak kenal dulu tak sama dengan Mimi ni. Mana Mimi yang suka ketawa, tersenyum dulu?  Mana Mimi yang manja dulu?  Dia dah tak ada. Biarlah dia pergi, Maria. Biarkan dia. Nanti mesti dia akan balik. " Nek Limah sudah merestui kepergian cucunya itu. Biarlah Mimi Adelia mencari kebahagiaan dia sendiri.

"Bila Mimi Jumpa Raz? " Tengku Hisyam bertanya. Dia terusik dengan kata-kata Mimi tadi. Memang hati dia tak keras mana pun, dia terlalu rindukan Tengku Harraz. Kalau anaknya itu balik, dia memang takkan halau lagu. Dia Agak menyesal dengan kata-katanya dulu. Dia sedar semua ini memang bukan salah Tengku Harraz sepenuhnya. Tapi dia tak suka cara Tengku Harraz melayan Mimi. Kalau Mimi pun tak salahkan Tengku Harraz... Kenapa pula dia perlu marah?

"Malam tadi. Adel yang nak sangat jumpa abang Raz, uncle. " sampuk Mia yang sedari tadi memerhati.

"Apa permintaan Harraz? "

"Dia nak kahwin dengan Elly, uncle" Dalam satu nafas Mia bagi tahu.

"Apa!? " Datin Maria dan Tengku Hisyam menjerit. Terkejut.

"Habis, Mimi setuju? " tanya Datin Maria tak puas hati

"Macam dalam surat dia, Maria. Mimi memang setuju. Dia cakap ini untuk kebahagiaan Harraz. Dia tak kisah kalau Raz kahwin dengan Elly untuk cari kebahagiaan yang dia tak boleh beri. " jelas Nek Limah.

"Apa saja bahagia yang perempuan gila tu boleh bagi, mak?  Maria tak setuju. " Datin Maria menentang.

Semua terkejut! Perempuan gila mana yang dimaksudkan Datin Maria.

"Maria, perempuan gila mana kamu cakap ni?  Kalau Mimi pun dah setuju, kamu setuju ajelah. Yang ni aje yang dia minta. Mak pun tak setuju juga mula-mula. Tapi kalau itu yang Mimi dah minta, mak nak cakap apa lagi. " Nek Limah memujuk.

"Tapi mak... Perempuan tu gila.. "

"Perempuan mana yang gila? " Tengku Harraz yang baru sampai, mencelah.

Semua tergamam!  Lama juga diorang terdiam sebelum memberi respons.

"Raz, Raz dah sampai? " Air mata Datin Maria mengalir. Tengku Harraz dipeluk. Rindunya pada anak tunggalnya ini.

Pelukan dilepaskan. Muka anaknya dibelek.

"Kenapa muka dah semak sangat  ni?  Dengan janggut tak dicukur. Rambut pun panjang. Serabai mummy tengok. " Tengku Harraz tertawa mendengar bebelan mummynya.

Tawanya mati apabila terpandangkan muka serius Tengku Hisyam. 'betul ke Mimi cakap daddy dah tak marah?  Kenapa muka daddy bukan main serius lagi ni? '

"Baru sekarang kamu nak balik? " Tengku Harraz menahan air mata. Tak macho langsung kalau menangis nanti. Tapi serius, dia memang tak sangka daddy akan cakap macam itu. Tubuh Tengku Hisyam dipeluk.

"Sorry, daddy. Sorry. "

Tengku Hisyam menepuk belakang tengku Harraz. Kalau ini yang Mimi nak,  apa salahnya dia turutkan. Dah banyak yang Mimi korbankan.

"Daddy pun ada buat salah juga. Maafkan daddy. "

"Raz tak salahkan daddy pun. " ujar Tengku Harraz tersenyum kepada Nek Limah, tapi nenek langsung tak membalas senyumannya. Dari tadi Nek Limah duduk menghadap nasi.

Mana Mimi? Mata Tengku Harraz mencari kelibat Mimi Adelia.

"Mimi dah tak ada. Dia dah pergi. Kamu tak payah cari dia. Dah, teruskan aje dengan perkahwinan kamu tu. Minggu depan kan majlisnya langsung? " Nek Limah memerli Tengku Harraz. Dia terus menolak kerusi. Malas nak berlama dekat situ. Rasanya dia aje yang tak boleh terima kewujudan Tengku Harraz. Berita perkahwinan Tengku Harraz buat dia tak puas hati.

****************

"Assalamualaikum Kay, Mia ni, sepupu Mimi. " Nombor telefon Kay dihubungi. Nak juga cari jejak sepupunya itu. Tak senang hati dia selepas melihat Mama dan papa nya yang bersedih dengan kehilangan Adel itu.

"Waalaikumussalam, Sepupu Mimi? "

"Ya... Mia ni. " Terang Mia

Ohh...

"Pasal Mimi, awak tahu dia pergi mana? "

Kay tersentak. Dia teringat kembali Mimi ada berjumpa dia beberapa hari lepas.

"Kay, kau tolong aku boleh? " ujar Mimi tergesa-gesa.

"Boleh aje. Kenapa, tergesa gesa ni?  Tunggulah dulu. " Kay menahan

"Aku dah lambat ni. Kena balik awal lah. Kau boleh tolong aku tak? " soal Mimi terang

Kay memandang riak Mimi "boleh aje. Kenapa? Raz pukul kau lagi ke? " soal Kay yang sudah sedia maklum akan hal itu.

"Hesy... Kau ni. Taklah. Aku dah lama tak jumpa dia. " nafas berat dilepaskan.

"Aku nak sambung belajar." ujarku senafas.

"Huh?  Aku tak rasa keputusan itu yang terbaik buat masa ni, Mimi. Tunggulah kau bersalin. Ni baru beberapa bulan. Susah nanti. " Kay kurang berpuas hati

"Tak boleh. Aku kena pergi juga, Kay. Aku kena pergi. " aku dah teresak-esak.

"Kenapa mi?  Bagi tahu aku. Mana tahu aku boleh tolong. " Kay kesihan melihat keadaan sahabatnya itu

"Aku dah buat keputusan,Kay. Aku kena keluar juga dai rumah tu. Aku kena berkorban."

"Berkorban? Tak cukup ke apa yang kau dah korbankan sekarang ni? Tak, aku takkan tolong kau. Aku tak nak biar kau pergi, nanti siapa nak jaga kau?" Kay tidak bersetuju dengan permintaan Mimi.

"Kay, tolonglah faham." aku merayu dengan kay.

"Tapi Mimi, kau..."

Tangan Kay dicapai. "Please, tolong aku. Tolong aku."

"Okey, apa dia?" Kay mengeluh. Apa lagi pilihan yang dia ada?

Aku tersenyum . Akhirnya Kay setuju juga. Tubuh kawannya dipeluk erat.

"Jangan bagi tahu yang lain aku pergi mana. Bila aku dah dapat ketenangan yang aku cari. Aku akan balik. Balik jadi Mimi yang lebih kuat, lebih tabah hadapi semua ni. Kalau ade yang tanya. Cakap aje tak tahu. Okey?"

"Kay... Awak dengar tak ni?" risau Mia apa bila Kay diam sedari tadi.

"De... Dengar, Mia. Sorry, termenung pula." Kay tersenyum malu. 

"Hesy.. Awak ni..  Sempat pula. Awak tahu tak Mimi dekat mana? "

"Tak tahu,  Mia. Bukan dia dekat rumah ke? "

Mia dah berkerut. Kay pun tak tahu. Mana nak cari kau ni adel. '

"Mimi tinggalkan surat tadi. Dia cakap dengan dia nak pergi. Tak apalah kalau kamu tak tahu. " Mia mengeluh.

"Sorry Mia.  Nanti saya cuba cari.  Kalau ada apa-apa maklumat nanti, saya bagi tahu, ya. "

"Okey,  terima kasih Kay... Assalamualaikum. " Mia meletak gagang.

"Walaikumsalam. "

*************

Nak sambung lagi tapi...
Today is my birthday! So, i need some celebrating 😜
See you tomorrow, yahh!!!

Please.Touch Me!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang