Muka tak puas hati Mimi. Tapi comel kann. 😍
************************************
"Apa ni Boss.? " Aku menyoal berang ketika dalam perjalanan pulang ke office.
"Apa dia sayang " Harraz tersengih.
Perghhhh. Bapak handsome. Kalau siapa tengok ni confirm menyerah. Tak hairanlah mamat ni buaya paling 'Ter'darat pun.
Cehh... marah marah pun sempat puji lagi. Wake up Mimi.! Wake up.! Ingat balik apa dia tengah buat kat kau sekarang ini.
"Seriouslah Boss. Saya takde masa nak joke. Okey.!" Aku buat muka bengang gila. Padahal hati dah berbunga dengar mamat tu panggil sayang.
"La. Bila masa pulak saya joke. I'm serious okey." Harraz masih buat innocent.
"Kenapa Boss buat saya macam ni. How could you. Saya tak kenal Boss pun, dan Boss pun tak kenal saya. Macam mana Boss cakap nak kawin dengan saya." Aku menyoal ketidakpuasan hatiku. Sakit hatiku apabila teringat kejadian di bunglo mewah tadi.
"Oh. Jadi inilah calonnya Raz?" Datin Maria mengangguk mengerti lantas tersenyum lebar.
"Ye Mummy. Kenalkan ini bakal isteri Raz " ujar Raz sambil memaut bahuku.
Aku melopong. Adakah ini surprise yang dimaksudkan Harraz. Aku memandang Harraz. Dia mengangguk lantas tersenyum kepadaku. Aku terkedu.
"Wah..! Cepatnya Raz jumpa calon. Masa yang mummy bagi tinggal sebulan lagi. Memang Raz nak tolak teruslah ni calon pilihan mummy? " Datin Maria bersuara ceria.
"Of course mummy. My girl is more better than Elly okey! Raz rela tak kawin daripada kena kawin dengan minah gedik tu." Harraz terus menyangkal calon pilihan mummynya itu.
"Amboi kamu. Sedap mengutuk Elly ye. Habis minah yang kamu duk heret siang malam tu tak bagus sangatlah." Datin Maria memerli anaknya yang bercakap sesedap rasa.
Harraz termalu mendengar bebelan mummynya itu. Hah. Tula kau suka sangat kutuk si Elly tu.
Aku cuma mendengar dua beranak ini berbicara. Sebenarnya otakku masih tepu untuk memproses situasi yang sedang berlaku dihadapanku ini.
"Hishh.. kamu dua beranak ini. Dari duk bahas benda tak berfaedah itu baik kita bincang bila nak langsungnya " Dato Hasyim bersuara sedari tadi berdiam diri.
"Ha'a. Betul lah bang. Ha Mimi dah berbincang dengan ibubapa ke?" Aku terperanjat apabila mendengar Datin Maria memyebut namaku.
"Hah.? Erkk..Be.be.belummm Datin." Jawabku tergagap gagap. Harraz disebelah mengelus lembut belakangku. Hishh tangan dia ni tak reti duk diam ke.
"Laa. Apa pulak panggil Datin. Panggil mummy terus. Nanti nak jadi menantu mummy jugak." Ujar Datin Maria mesra.
"Betul tu. Mimi pun kena panggil daddy dengan pangilan daddy jugak." Dato Hisyam juga bertambah mesra.
Aku semakin tersepit dengan situasi ini. Harraz kulihat mengangguk angguk mengiakan kata kata mummynya. Sebijik macam burung belatuk.
"Kenapa tak bincang dengan ibubapa Mimi lagi soal ini.?" Soal Datin Maria hairan.
Aduhh.. macam mana aku nak bincang dengan papa mama. Masalahnya aku pun baru tahu jugak. Hishhh. Boss ni memang cari pasal la. Kutnye pun nak tolak jodoh keluarga kenapa guna aku!!!!
"Erkk.." Aku memang tahu apa nak cakap. Aku pandang Harraz. Mukanya selamba. Wahhh.. sakitnya hati aku.
"Mummy. Daddy. Kenapa rushing sangat ni. Raz tak puas enjoy dengan Mimi lagi. Kan sayang.?" Harraz semakin selamba badak bersuara. Aku disebelah sudah memerah muka menahan malu. tak senonoh punya mamat ni. Depan mummy dengan daddy dia pun nak bersayang bagai.
YOU ARE READING
Please.Touch Me!
RomanceWarning: Mature Contents And Language (18SX) Aku Mimi Adelia. Aku bukan anak orang senang juga bukan anak orang susah. Senang citer aku biasa biasa je. Dalam biasa biasa aku ni susah jugak aku nak dapat kerja. Tengku Harraz. Empunya Syarikat gerg...