Aku memarkir keretaku di halaman rumah. Jam kelihatan pukul 9:30 pm saat itu. Kelihatan kereta papa dan Harraz sudah terparkir elok di bawah garaj menandakan tuannya sudah berada didalam rumah. Sengaja aku pulang lewat hari ini walaupun aku telah meninggalkan ofis awal pukul lima tadi. Selepas keluar tengah hari tadi, Harraz langsung tidak balik office selepas itu. Aku singgah di tasik sebentar untuk menenangkan jiwa namun tidak tersedar sudah hampir magrib lalu aku singgah di masjid untuk solat berjemaah bersama warga desa sekali dengan solat Isyak.
Hatiku agak tenteram setelah menghadap Yang Esa untuk mengadu keresahan hati. Aku perlu tabah dan cekalkan hatiku untuk menghadapi segala kemungkinan yang dilakukan oleh suamiku.
Sewaktu aku memasuki rumah kelihatan Mama, Papa, Mia dan juga Harraz sedang seronok menonton televisyen sehinggakan tidak menyedari kepulanganku.
"Eh, Adel. Bila balik tak dengar pun bunyi kereta. " Soal Mia setelah melihat kelibat ku mendaki tangga. Pendakianku terbantut. Aku menoleh kearah kelompok itu.
Mama dan papa memandangku hairan. Harraz juga turut memandang ke arahku. Wajahnya kelihatan tertanya-tanya.
"Baru aje. Adel naik dulu. Penat. " ujarku ringkas lalu menyambung pendakianku sehingga ke atas dan terus ke bilik tidurku. Aku memandang segenap ruangan bilikku itu. Hatiku merintih. Berasa bodoh dengan apa yang telah aku lakukan dan berikan kepada suamiku sedangkan aku tahu kenyataan sebaliknya. Namun aku pasrah, aku milik suamiku walaupun dia tidak mencintaiku. Kesucianku miliknya dan telah dia nodakan.
Aku segera melangkah ke bilik air untuk membersihkan badanku. Satu persatu pakaian kubuka sehingga tiada seutas benang pun di tubuhku. Aku mengelamkan tubuhku didalam tub mandi yang dipenuhi buih mandian kegemaranku. Terasa badanku yang melekit dan penat tadi kembali segar. Lama aku berendam di dalam itu sehingga aku merasa puas. Aku keluar dari bilik mandi itu hanya berkembang kain separas peha. Rambutku yang basah ku biarkan.
Hampir gugur jantungku melihat sepasang mata bundar comel memandangku tajam. Harraz duduk di birai katil sambil matanya tidak lepas memerhati tingkahku. Tajam.
Aku berdehem kecil untuk membuang rasa gugup di hatiku. Hampir-hampir saja aku terbuai dengan keasyikan pandangan mata bundar comel itu. Aku terus berjalan menuju ke dresser bajuku. Terjungkit-jungkit aku mencari baju tidurku.
Haishh.. mana pulak baju tidur aku ni. Susah la pulak nak jumpa time gawat macam ni. Aku dah seriau diperhatikan separuh bogel dek suamiku itu. Aku belum bersedia untuk itu kerana hatiku masih bengkak.
"Auww " Aku terjerit kecil saat ada lengan sasa memeluk pinggangku erat. Mukanya dibenarkan pada rambut panjang ku yang basah. Dihidu lembut rambutku itu. Aku mula tidak keruan. Terkial-kial aku cuba menolak tubuh sasa itu namun tidak berjaya. Sebaliknya tanganku erat memegang tualaku dari terlorot mendedahkan tubuhku.
"Lewat balik. Sayang pergi mana?" Harraz bersuara dibelakang aku sambil dia asyik mencium leherku.
Aku diam. Tanganku pula lincah mencari pakaianku. Hatiku beku untuk bermesra dengan suamiku. Lukaku masih berdarah.
"Hye. Kenapa ni Mimi. Senyap aje." Harraz bertanya seraya memusingkan tubuhku memandangnya.
"Hye, Sayang. What wrong? " Harraz bersuara cemas saat melihat mataku bergenang. Aku menggeleng-gelengkan kepala mengelak mukaku dipegangnya. Aku melarikan diriku daripada di peluk suamiku. Namun saat aku melepaskan pelukan dari Harraz tiba-tiba tualaku terlorot kebawah mendedahkan tubuhku tanpa surat benang.
"Mimi, " Harraz memanggil namaku penuh nafsu. Aku terpana. Mukaku berona menahan malu. Walhal bukannya Harraz tidak pernah melihat tubuh nakedku. Malah melakukan lebih dari itu ke atas tubuh ku. Namun rasa malu itu masih tebal didalam diriku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Please.Touch Me!
RomanceWarning: Mature Contents And Language (18SX) Aku Mimi Adelia. Aku bukan anak orang senang juga bukan anak orang susah. Senang citer aku biasa biasa je. Dalam biasa biasa aku ni susah jugak aku nak dapat kerja. Tengku Harraz. Empunya Syarikat gerg...