45 : Berkorban

49.6K 983 130
                                    

Pintu rumah Tengku Harraz dipandang lama, sebelum Nek Limah dan Mia bersetuju dengan rancangan aku. Memang akan ada yang terpaksa berkorban. Sebab itu aku memilih diriku sendiri. Tak nak semua orang yang disayangi terseksa lagi.

Tok... Tok... Tok...

Diberanikan juga diri mengetuk juga diri mengetuk pintu itu. Tengku Harraz ada di dalam. Pengawal keselamatan sudah ditanya terlebih dahulu tadi.

"Hesy, siapalah kacau aku malam malam ni. " Menbebel-bebel Tengku Harraz semasa membuka pintu. Baru aje dia nak terlena, ada pula yang mengganggu.

Mata Tengku Harraz membulat melihat tetamu yang datang. mimi Adelia! Rindunya dia nak tengok isterinya ini. Lama mereka saling memandang. Masing-masing seperti tergaman. Mungkin nak melepaskan rindu.

'Ya Allah, rindunya aku dekat suami aku ini... Rindunya! "

"Assalamualaikum, abang."

Tengku Harraz tersedar. Kemudian dia kembali serius. Dia baru teringat kembali semua kejadian yang melukakan hatinya. Tambah menyakitkan apabila melihat perut Mimi itu. 'Entah anak siapa yang dikandungkan perempuan ni. ' ejek Tengku Harraz dalam hati

Tengku Harraz tersenyum sinis. Pintu gril yang berkunci, dibiarkan tidak berbuka. Malas nak mengajak tetamu yang tak diundang ini masuk.

"Kau nak apa datang sini? Aku kenal kau ke? " Tengku Harraz bersuara dingin.

"Abang! Sampai hati abang cakap macam tu? Mimi ni isteri abang. " air mata dah mengalir.

"Isteri aku? Aku lupa pula. Sejak bila aku dah kahwin, huh? Aku tak kenal pun siapa isteri aku? Kau ke? " Tengku Harraz masih berdegil

"Abang... Mimi ni... " aku tersedu

"Aku tak kenal kau siapa. Jangan panggil aku ni abang. "Suara Tengku Harraz semakin lantang

Kemudian Tengku Harraz ingin menutup pintu. Cepat-cepat aku menahan. Makin kuat Tengku Harraz menolak. Makin kuat juga tolakkan aku

"Abang, bagi Mimi masa sekejap. Lima minit aje. Tolong. " tangan aku tersepit di pintu tidak diperdulikan.

Aku tahu Tengku Harraz sengaja nak sakitkan diriku. Tapi aku tak kisah. Kalau itu dapat kurangkan kesakitan Tengku Harraz, aku sanggup berkorban.

"Apa kau nak? " Tengku Harraz mendengus kuat.

"Tolong kembali semula ke rumah parents, abang. Tolong. Mimi merayu. "

Tengku Harraz ketawa sinis.

"Kau pekak ke perempuan? Aku dah kena buang. Buang! Kau faham? Buang! " Tengku Harraz menengking.

"Tak, bang. Daddy dah menyesal. Daddy yang suruh Mimi pujuk abang balik sana. Dia menyesal cakap macam tu. Dia tak sengaja. Daddy tengah marah masa tu. Abang pun tahu kan kalau daddy marah macam mana, kan? " Aku cuba memujuk secara halus.

"Aku memang kenal daddy aku. Dan aku tahu apa yang dia cakap, semua memang dia maksudkan. Dia memang dah buang aku daripada keluarga tu. Kau tak payah nak menipu lah, Mimi. Ni semua sebahagian daripada rancangan kau lagi, kan? "Matanya dijegilkan geram.

"Tak. Bukan. Mimi tak tipu. Mummy, dia rindukan abang. Hari-hari dia tengok gambar abang sambil menangis. Dia terlalu rindukan abang. Abang aje anak yang dia ada. Baliklah jumpa mummy. " aku juga membeli hati Tengku Harraz. Moga-moga berjaya!

"Aku aje anak dia? Tapi kenapa dia diam aje masa daddy halau aku? Macam tu kau cakap dia mummy aku? Mummy takkan biarkan anak dia kena halau macam tu aje? Dia lagi suka aku jadi macam ni, Mimi. Dahlah, kau jangan buang masa lagu. Baliklah. " Pintu nak ditutup semula.

Please.Touch Me!Where stories live. Discover now