Tengku Harraz memasuki hospital yang menempatkan Rafiq. Dia nak berdepan sendiri dengan lelaki itu.
"Encik, tunggu kejap, ye. Nanti ada orang yang iringi encik masuk ke dalam. "
"Kena ada yang ikut juga ke? " soal Tengku Harraz pelik
"Ni memang polisi sini, encik. Semua pelawat yang datang kena diiringi. Bukan apa encik, ada separuh penghuni di sini membahayakan. Sebab tu kena ada yang teman. Oleh, encik tulis nama dekat sini. "
Tengku Harraz hanya menurut. Buku ditarik, ditulis semua butiran yang diminta.
"Okey, pas pelawat ni kena pakai. Dah keluar nanti baru boleh buka. Lelaki ni akan teman encik masuk ke dalam. Nama dia Harun. Ada apa-apa, encik boleh tanya pada dia nanti. "
Tengku Harraz mengangguk. Senyuman diberi kepada Harun.
"Dah lama kerja sini? " Tengku Harraz cuba nak beramah dengan pengiring itu.
"Dah lamalah juga. Encik datang ni nak jumpa siapa? Kawan? "Soal Harun.
Tengku Harraz mengeluh. "Kawan jugalah, bang. "
"Siapa nama dia? Mana tahu abang kenal dia ke? Hampir semua penghuni dekat sini abang tahu nama dia. "
"Rafiq Adli. " Perlahan aje nama itu disebut.
"Ohhh... Anak Datuk tu, kan? Dia ni lain sikit daripada penghuni dekat sini. Kadang-kadang abang kesian tengok dia ni. " Beritahu Harun.
Tengku Harraz hanya diam mendengar.
"Dia selalu cakap pasal apa, bang? " Tengku Harraz sengaja nak ambil tahu. Mana tahu Rafiq pernah cerita pasal kisah cinta dia tu.
"Banyak jugalah. Tapi dia selalu cerita pasal seorang perempuan ni. Kalau tak silap nama dia Mimi Adelia.
Seperti yang telah Tengku Harraz agak. Dah jadi macam ini pun masih nama Mimi Adelia yang disebut. Kemudia lorong yang membawa kepada bilik penghuni hospital itu dimasuki. Memang wad ini berasingan dengan yang lain. Diletakkan jauh dari pandangan ramai.
"Rafiq tu kami letak dalam bilik seorang diri. Dia agak bahaya nak letak dalam bilik dua orang. Kalau dah datang mood nak pukul orang, dia main pukul aje. Dah ada beberapa orang penghuni sini yang dia cekik dan pukul " Harun bercerita tanpa ditanya
"Okey, dah sampai. Kalau apa-apa terjadi, jerit aje panggil abang. Mesti kamu nak privasi. Mood dia macam okey ni " bahu Tengku Harraz ditepuk sebelum dia beredar. Tak jauh pun dia pergi. Hanya duduk di bangku berdekatan.
"Assalamualaikum Rafiq. " Rafiq menoleh. Dipandang lama wajah Tengku Harraz. Kemudian dia tersenyum.
"Waalaikumussalam, Raz. Lama dah aku tunggu kau. "
"Kau tunggu aku? " Dahu Tengku Harraz berkerut.
"Yup, tunggu kau datang sini, jumpa aku. Ada banyak yang aku nak cerita kat kau. " Rafiq berdiri, terus kertas-kertas jatuh dari pangkuannya. Semua gambar-gambar Mimi Adelia. Mimi tersenyum, Mimi ketawa dan macam-macam lagi.
"Sorry, aku tak dapat nak kawal diri aku daripada berhenti mencintai dia. " matanya turut memandang lukisan itu. Setiap hari gambar Mimi Adelia akan dilukis.
"Tak apa. Aku faham. " Ujar Tengku Harraz perlahan.
"Kau datang sini sebab nak tanya pasal rancangan aku dengan perempuan tak guna tu, kan? " Rafiq duduk kembali. Tapi matanya tak lepas memandang Tengku Harraz. Kepala Tengku Harraz yang berbalut itu manarik perhatiannya.
"Yup, pasal tu. Kenapa kau sanggup buat macam tu? "
"Sebab aku cintakan dia. Aku nak rampas dia daripada kau. Aku minta maaf. Aku dah sedar sekarang. Walau macam mana pun aku buat, tak mungkin aku akan dapat cinta Mimi Adelia. Dia cintakan kau sorang. Aku aje yang tergila-gilakan dia. " Ujar Rafiq.

ANDA SEDANG MEMBACA
Please.Touch Me!
RomanceWarning: Mature Contents And Language (18SX) Aku Mimi Adelia. Aku bukan anak orang senang juga bukan anak orang susah. Senang citer aku biasa biasa je. Dalam biasa biasa aku ni susah jugak aku nak dapat kerja. Tengku Harraz. Empunya Syarikat gerg...