BUKKK!!!!
"Kurang ajar kau, Rafiq! Kau memang cari pasal! Nak mati ke, huh? Sial!" Wajah Tengku Harraz menyinga. Tubuh Rafiq ditendang. Nasib baik dia teringat nak cari Mimi Adelia dekat kawasan sini. Dan, nasib baik juga dia sempat sebelum apa-apa terjadi ke atas isterinya.
Tubuh Rafiq dibelasah habis-habisan. Badan Rafiq yang kurus melidi tak dapat nak melawan tubuh sasa Tengku Harraz. Setiap tendangan dan tumbukan tidak dapat dielak. Berdarah teruk mukanya. Badanya pula kelihatan lemah tidak berdaya.
Aku merangkak ke sungai. Air diambil. Dicuci mukaku berkali-kali. Aku rasa kotor. Sentuhan Rafiq tadi menjijikkan. Aku segera membenamkan badan kedalam sungai. Seluruh tubuhku tenggelam sepenuhnya. Aku menyental sekuat tenaga bagi membersihkan diriku yang sempat disentuh oleh Rafiq tadi. Dah berkali-kali aku mencuci pun masih lagi tak puas hati. Air mata masih lagi mengalir. Dibiarkan saja. Tengku Harraz masih mengerjakan Rafiq seikut nafsu marahnya. Lelaki itu memang patut dipukul.
"Bangun kau! Sini.!" Dicengkam kuat kolar baju Rafiq. Dia menarik tubuh lemah itu menapak mendekati sungai.
Aku dah menjauh. Bersandar di pokok berdekatan. Tiba-tiba kepalaku sakit. Sakit yang amat. Kepalaku dipegang. Berdenyut-denyut seakan ingin memecahkan kepalaku. Kemudian aku menghantukkan kepalaku ke batang pokok tersebut perlahan.
"Perempuan yang kau nak rogol tadi tu isteri aku! Aku ingatkan kau dah berubah. Tapi, kau tunggu peluang rupa-rupanya. Patutlah semalam kau cakap macam tu. Kau nak pisahkan aku dengan Mimi, kan? Mana hati perut kau hah? Kurang ajar! Jantan sial! " Tengku Harraz bertempik di hadapan muka Rafiq. Ditendang perut Rafiq sekuat hati, sebelum diteranjang lelaki itu ke dalam sungai. Amarahnya memuncak. Hampir gugur jantungnya saat melihat isterinya kesayangan yang separuh dirogol oleh kawan lamanya. Jantan keparat ini memang sengaja mencari masalah.
"Kau memang tak layak hidup! Kalau aku nampak kau lagi, mati kau aku kerjakan. Ingat itu!!!" Dibiarkan saja jantan keparat itu didalam sungai. Dia lemas pun Tengku Harraz tak peduli. Lagi bagus kalau dia mati.
Mimi Adelia dihampiri. Terkejut dia melihat tingkah laku isterinya.
"Sayang luka kepala sayang nanti." Tengku Harraz melarang Mimi Adelia menghantuk kepala lagi. Ada nampak kesan darah di dahan pokok tersebut. Tengku Harraz risau.
"Sayang.... kepala sayang... " tak sempat dia nak menghabiskan kata-katanya, Mimi Adelia dah pengsan. Mukanya pucat. Tengku Harraz dah takut.
"Sayang, bangun. Jangan tinggalkan abang. Bangun sayang.... Bangun." Tengku Harraz cuak. Insiden kemalangan Mimi Adelia dalam hutan semasa acara syarikatnya tempoh hari terbayang di layar mata. Tengku Harraz segera mencempung tubuh tinggi lampai Mimi Adelia sehingga sampai ke rumah.
Nek limah yang tengok dah pelik.'apa dah jadi?' Nek Limah baru aje sampai di rumah. Dia ingatkan Mimi Adelia dah balik sebab dia tak ikut laluan ke sungai ketika mahu pulang.
"Kanapa ni, Raz?" Nek Limah segera mendapatkan cucunya.
Tengku Harraz membaringkan Mimi Adelia ke atas katil. Tubuh gadis itu ditutup dengan sehelai selimut.
"Nanti Raz cerita. Raz nak tukarkan baju Mimi dulu, ya?" Tengku Harraz mencapai tuala dan baju salinan isterinya.
"Iyalah, Nenek pergi dapur dulu, nak masak. Nanti Mimi dah bangun boleh makan." Nek Limah menepuk-nepuk bahu cucu tunggalnya sebelum berlalu keluar.
Tengku Harraz segera menanggalkan pakaian basah Mimi Adelia satu persatu. Luluh hatinya saat melihat baju blouse isterinya terkoyak di bahagian bahu. mendedahkan bahu putih gebu itu. Tengku Harraz segera menanggalkan baju dan mencampak baju tersebut didalam bakul. Tidak sanggup melihat baju itu lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Please.Touch Me!
RomanceWarning: Mature Contents And Language (18SX) Aku Mimi Adelia. Aku bukan anak orang senang juga bukan anak orang susah. Senang citer aku biasa biasa je. Dalam biasa biasa aku ni susah jugak aku nak dapat kerja. Tengku Harraz. Empunya Syarikat gerg...