49 : Menyesal

68.6K 1.1K 121
                                    

Tengku Harraz melangkah masuk ke dalam rumah. Langkah dia lemah, muka dia muram. Datin Maria dah pandang pelik.

"Raz, kamu kenapa? " Tegur Datin Maria. Risau dia melihat perubahan anaknya itu.

Tengku Harraz tersedar. Dia menoleh ke arah Datin Maria. Air mata yang dah kering, mengalir lagi. Dia melangkah ke arah Datin Maria. Semua yang ada di situ dah pandang pelik.

Tengku Harraz tiba-tiba melutut di depan Datin Maria

"Mummy, Raz dah tahu semua. Semua tu bukan salah Mimi. Bukan salah Mimi, mummy. Raz yang salah. Raz yang salah sebab hukum Mimi tanpa bukti. Pukul Raz, mummy. Pukul Raz. " Tangan Datin Maria dicapai. Meminta Datin Maria memukulnya 

Nek Limah mendengus 'Tak payahlah, Harraz. Mimi pun dah tawar hati dekat kamu '

"Raz, bangun. Bangun sayang. Jangan melutut macam ini. "

Tengku Harraz menggeleng berkali-kali.

"Tak, mummy. Pukulah Raz, mummy. Raz dah berlaku kejam dekat Mimi, dekat anak kami. Raz ni kejam, mummy. Sanggup Raz nak bunuh anak sendiri. Raz dah tuduh Mimi macam-macam, mummy. Tapi dia tak pernah salahkan Raz. " Tengku Harraz menangis teresak-esak.

Datin Maria mengesat air Tengku Harraz. Tubuh anaknya dipeluk erat.

"Dah Harraz. Kamu dah menyesal ni pun mama dah bersyukur. Jangan hukum diri kamu lagi. Pergi berdoa kepada Allah SWT supaya dia maafkan semua dosa yang kamu dah buat. Buat solat taubat. Salahkan diri kamu berterusan macam ni pun tak berguna. " Ujar Datin Maria. Anaknya dipujuk lembut.

"Tapi mummy, Raz dah banyak buat salah dekat isteri Raz. Raz tuduh dia curang. Raz panggil dia perempuan kotor. Sepatutnya Raz jadi pelindung dia, tapi Raz buat sebaliknya. Dia sanggup keluar rumah semata-mata nak Raz balik. Suami apa Raz ni, mummy? Kenapa Raz sekejam ni, mummy? mummy dengan daddy tak pernah ajar Raz jadi macam ni. Tapi kenapa Raz tak ikut semua ajaran mummy? Raz lagi dengar kata hasutan orang lain. " Tengku Harraz terus menghamburkan rasa hatinya. Perasaan sebak yang dari tadi bertandang di hatinya semakin menjadi-jadi.

"Raz... Dah, jangan cakap macam tu lagi. Kamu rehat, esok majlis kamu, kan? Pergi tidur dulu " Datin Maria monolak tubuh anaknya berlalu.

"Esok takkan ada majlis, mummy. " mendatar suara Tengku Harraz.

Semua terkejut mendengar kata-kata Tengku Harraz

"Kenapa? " Tengku Hisyam bertanya.

"Sebab Harraz tak pernah cintakan dia, daddy. Raz nak kahwin dengan dia sebab nak sakitkan hati Mimi aje. Raz tak cintakan dia macam Raz cintakan Mimi. Raz tak boleh terima dia walaupun berkali-kali Raz cuba padamkan Mimi dalam hati Raz. " jelas Tengku Harraz

"Tapi Raz, mana boleh batalkan macam ni. Pihak perempuan yang malu nanti. "Risau Datin Maria

"Mummy, tak payah risaukan semua tu. Pihak diorang tetap akan ada majlis. Bukan majlis perkahwinan tapi majlis pengebumian Elly. Dia meninggal petang tadi. "

"Meninggal? Betul ke kamu ni, Raz? Jangan main-main cakap aje. " Datin Maria seakan tidak percaya.

"Betul, mummy. Raz nampak sendiri depan mata Raz. Dia kena cekik dengan Rafiq. Diorang yang rancang semua ni. Elly tu dah lama berdendam dengan Mimi selepas Raz pilih Mimi untuk jadikan isteri Raz. Rafiq pula dia memang sukakan Mimi sejak dulu lagi. Sejak Raz kenalkan Mimi pada Rafiq semasa dekat kampung. Raz tak sangka diorang berpakat untuk musnahkan rumah tangga Raz. "

"Kenapa Rafiq bunuh dia? " Datin Maria pelik.

"Sebab Rafiq kan suka dekat Mimi. Dia marah bila Elly cakap nak bunuh Mimi. Sebab tu dia bunuh Elly dulu. Kenapalah Raz tak macam tu. Sepatutnya Raz lindungi Mimi macam yang Fiq buat tu. Tapi Raz tinggalkan aje Mimi dan biarkan dia tanggung semua ni sendiri. " Tengku Harraz meraup mukanya. Jelas sekali tergambar perasaan bersalahnya.

Please.Touch Me!Where stories live. Discover now