"Mimi makan lebih sikit. Sayang tu baru sihat. " Lauk diletakkan ke atas pingganku.
Tengku Harraz tersenyum. Kesian pula dia melihat Mimi Adelia. Lauk yang diletakkan oleh mummynya, diambil. Dia letak ke atas pinggangnya.
Datin Maria dah jeling ke arah Tengku. 'Orang suruh Mimi makan, dia pula pergi curi.'
Kemudian Datin Maria meletakkan seketul ayam goreng. Sesaat lepas itu, Tengku Harraz pula ambil. Datin Maria letakkan sayur, Tengku Harraz ambil juga. Tengku Hashim dah tertawa melihat gelagat anak dan bininya. Nek Limah pula tidak ambil peduli.
"Raz! Apa kamu ni. Mummy bagi Mimi la. Yang kamu ambil, kenapa?" Tengku Harraz dipandang tajam.
"Mom, Mimi tak larat nak makan semua tu." Tengku Harraz memandang isterinya. Aku senyum. Memang pun aku tak kuat makan. Melainkan benda-benda manis macam kek dan ice-cream.
"Mummy nak Mimi makan lebih. Dia baru nak sembuh. Kamu ni......."
"Dah lah tu, Maria. Mimi tu pengsan aje semalam, bukannya cedera sangat sampai patah-patah tulang badan. Kalau dia nak nanti, dia tambah. Tak payah kamu baik hati nak penuhkan pinggan dia tu. Mak tengok pun rimas." Ujar Nek Limah bersahaja sambil meneruskan makan.
Aku dengan Tengku Harraz dah senyum. 'Yeay! Nenek back up!'
"Kamu bila nak balik?"
Datin Maria dah masam muka. 'Mak ni macam tak suka aje aku duduk sini'
"Kejap lagi, mak. Has pun ada meeting kena attend petang nanti," jawab Tengku Hashim bagi pihak isterinya. Dia perasan riak isterinya dah berubah.
"Okey. Nanti semua sayur dengan buah tu jangan lupa angkat. Huh Mimi, Harraz! Apa sakit mata ke kau orang berdua ni? Terkenyit-kenyit. Jangan terjangkit kena dekat aku nanti sudah." Bebel Nek Limah sambil bangun membawa pinggan kotornya ke singki.
Aku dah segan, Tengku Harraz pula hanya ketawa. Tak perasan pula tingkah lakunya disedari Nek Limah.
"Mummy, hati-hati. Nanti Mimi nak balik Mimi call mummy, ya." Dicium pipi Datin Maria. Tangan juga dihulur untuk bersalaman.
"Okey, sayang. Jaga diri Mimi baik-baik. Kalau Raz tak jaga, Mimi cepat-cepat bagi tahu mummy. Biar mummy datang sini ambil Mimi bawa balik." Ujar Datin Maria sambil menjeling Tengku Harraz. Aku tersenyum melihat riak Tengku Harraz persis tertelan biji durian.
Kemudian kereta bergerak pergi. Tengku Harraz sudah boleh menarik nafas lega.
"Nek, mummy tu risau sangatlah." Cebik Tengku Harraz.
"Mana tak risau, dia sayang dengan Mimi. Memanglah macam tu." Nek Limah terus beredar masuk kedalam. Nak kemas rumah dan memasak.
"Kita nak pergi mana hari ni, abang?" Tengku Harraz memandang langkah Mimi Adelia yang sedang memegang penyapu.
"Tak pergi mana. Duduk rumah aje. Sayang nak buat apa tu? Sayangkan baru sihat. Pergilah masuk rehat." Tengku Harraz merampas penyapu yang dipegang oleh isterinya itu.
"Tak naklah, abang. Mimi dah okey ni. Bosanlah tak buat apa-apa. Dah banyak sangat daun jatuh, kesian nenek kemas rumah sorang-sorang." Aku masih berdegil. Penyapu tadi cuba dicapai dari pegangan Tengku Harraz, namun gagal.
"Mana boleh! Mimikan tak sihat lagi ni. " Tengku Harraz menapak laju. Penyapu tadi dibawa pergi.
Aku mencebik.
"Abang buatlah. Satu laman ni kasu bersih. Tak nak ada satu daun pun." Aku dah keluarkan arahan. Tengku Harraz hanya mengikut arahanku. Dia tak nak bagi aku menyapu laman. Risau sangat dengan kesihatan aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Please.Touch Me!
RomanceWarning: Mature Contents And Language (18SX) Aku Mimi Adelia. Aku bukan anak orang senang juga bukan anak orang susah. Senang citer aku biasa biasa je. Dalam biasa biasa aku ni susah jugak aku nak dapat kerja. Tengku Harraz. Empunya Syarikat gerg...