8 : Cincin

149K 1.5K 32
                                        


Atas tu cincin yang Tengku Harraz pilih. Well katanya yang lain so girly. Hehe.

************************************

"Mimi" Aku mengangkat muka saat namaku dipanggil.

"Boss. Bila sampai.?" Aku memandang Harraz hairan. Selepas keberangkatannya ke Singapura pada hari pertunangannya seminggu yang lalu baru hari ini nampak batang hidung mancung Bossnya.

"Semalam. Jom." Jawabnya ringkas lalu menggamit aku mengikutinya.

"Suria KLCC? Aku angkat sebelah kening memandang Harraz.

Harraz senyum. "Jom." Dia keluar dari kereta lalu pergi ke pintu sebelahku.

"Oh gentleman I see? Why thanks you,milord." Aku tundukan badan setelah aku keluar dari kereta, sebagai ucapan terima kasih kepada Harraz kerana tolong membukakan pintu untukku.

Harraz ketawa. "Of course, my lady. It is chivalry."

Aku mengeleng kepala bila Harraz melayan kerenah ku. Ada aje benda yang dia nak tambah.

"Nak makan dulu ke, nak cari cincin dulu? " tanya Harraz sambil kami memasuki KLCC.

Aku pandang Harraz sekilas.Entahlah nak cakap apa. Aku keluar dengan lelaki yang bakal menjadi suamiku atau dengan Bossku? Boss yang aku kenal selama sebulan akan menjadi suamiku dalam masa seminggu sahaja lagi.

Terlalu drastik aku rasa semua ini. Aku seakan tak percaya. Bossku Suamiku. Cehh macam dalam novel pulak aku nih. Berangan.

"Cari cincin. Lagipun lepas ni kita balik office kan?"

Aku faham akan tugas Harraz. Sepanjang menjadi pengurus peribadinya, kurasakan jadual Harraz terlalu padat untuk sehari hari. Tambahan dia akan mengambil cuti untuk pernikahannya.

Harrazsatu perkataan aje nak describe dia kalau melibatkan kerja.

Workaholic.

"Hal office later. Yang penting hari ni, kita dapat bawa balik cincin kahwin. " kata Harraz dan dia laju berjalan menuju ke eskalator.

Aku segera mengikuti Harraz menaiki eskalator. Dia berada dihadapanku. Kenapa Harraz nampak tak sabar sabar nak cari cincin?

Ke, aku yang bayang bayangkan aje?

"Cartier ke Bvlgari?" Soal Harraz.

Perghhhh! Semua mewah mewah dan elegen do.! Hmmm yang mana satu? Dua dua punya design yang cantik dan elegan.

"Terserah" aku tak nak lah nanti Harraz ni ingat aku materialstik pulak.

Mendengar jawapan ku Harraz memandang terus menarik tanganku menuju ke butik Bvlgari.

Peffffftttt. Sabar Harraz. Tak lari kemananya cincin cincin Bvalgari tu.

Sejam kemudian.

"Cepatlah Mimi, awak nak yang mana?" Harraz mengomel tak sabar dan kot yang dipakainya telah tersadai di atas couch kulit yang didudukinya.

Aku mengamati kedua dua kotak segi empat yang mengandungi cincin cantik rekaan Bvlgari. Cuma rekaannya sahaja yang berbeza.

"Yang ni" Aku menunjuk kotak yang berada di tangan kananku pada Harraz.

Harraz memandang cincin yang aku tunjuk padanya dan mukanya berkerut. Aduhhhh apa lagi yang tak kena dengan cincin yang aku pilih kali ini.

"Tak nak. Tak cantik. Rekaan girly sangat nanti tak sesuai dengan saya."

Please.Touch Me!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang