16 : Tertangkap

205K 1.3K 66
                                        



Aku mengheret bagasiku menuju ke chalet Harraz. Mak aih. Jauhnya Chalet dia nih. Mentang mentang VVip room, kedudukan chalet pun agak private dan tempat yang strategik dengan pantai. Aku mengetuk-ngetuk pintu chalet Harraz sambil memerhati sekeliling. Cantik. Desis hatiku. Vvip room kot, kalau tak cantik bukan VVip lah namanya.

Hishh. Mana dia ni. Lambat betul lah bukan pintu. Aku dah la penat seharian asyik duk berkejar aje kerjanya. Ni kalau Kay tak paksa aku ke sini, jangan harap la aku nak datang. Rela aku tidur aje dalam bilik tu dengan Kay. Tapi dah orang duk halau-halau aku suruh datang sini. Aku pun malas la nak tadah telinga, baik aku datang sini. Tapi yang masalahnya, aku duk ketuk-ketuk pintu ni dari tadi tak buka buka dah kenapa. Takkan dah tido kot. Kang tak pasal pasal aku tido kat luar ni aje. Desis hatiku.

Tiba-tiba pintu terbuka, tersembul susuk tubuh Harraz di hadapanku dengan rambut yang masih basah dan bertuala paras pinggang. Aku terpaku melihat susuk tubuh itu. Aku menelan air liur memerhati tubuh sasa itu. Sangat sexy pada pandanganku dengan rambutnya yang masih basah terjuntai ke dahi membuatkan wajahnya tampak semakin mengancam. Begitu juga dada bidangnya yang sasa lengkap bersix pax bagai lagi. Lengannya yang nampak berotot keras itu menyempurnakan tubuhnya. Tapi takde lah macam Sazali Samad ahli bina badan tu. Suamiku punya yang biasa-biasa aje. Yang perfect katakan. Nafsu ku bergelora saat melihat bibir merah itu seakan mengebu dan sangat mengancam naluriku.

"Ehemm.." Suara deheman Harraz menyedarkan aku daripada memerhati tubuh suamiku. Aku termalu sendirian. Segera aku memusingkan badan membelakangkan Harraz. Aku menutup mukaku dengan kedua-dua belah tapak tangan. Huaaaa.. malu gila do.. rasa nak sorok muka dalam bagasi ni aje.

"Seronok suci mata? " Suara nakal Harraz kedengaran dekat di tepi telingaku. Tangan Harraz pula memeluk pinggang rampingku erat sambil meletakkan mukanya di bahuku. Mukaku terasa semakin membahang. Aku menutup mukaku erat. Waaaaa.. tak nak tengok Harraz.

Tangan Harraz yang berada di pinggang ku dihalakan ke wajah ku lalu menarik lembut kedua-dua belah tapak tanganku. Aku mengalah dan membiarkan dia memusingkan badanku menghadapnya. Mataku tepat di dada sasa Harraz. Lalu diangkat wajahku menatapnya.

"Why you here baby? " Harraz bertanya lembut sambil memeluk pinggang dalam keadaan aku menghadapnya.

"Erkk.. boleh saya masuk dulu tak? Nanti orang nampak kita macam ni. " Aku mengerli keadaan sekeliling. Bimbang jika sesiapa warga Mega Holding yang terlihat situasi aku dengan Boss mereka dalam keadaan intim macam ni. Kang tak pasal-pasal heboh satu Malaysia.

"Oh. Sorry. Come sayang." Harraz mengaru-garu kepalanya menyadari kesilapannya. Dia turut mengheret bagasi isterinya masuk kedalam.

"Ehmm... " Aku berdehem seketika untuk menghilangkan kegugupan. "Sebenarnya. Kay yang suruh saya datang sini. " ujarku senafas. Mataku memandang tepat wajah Harraz ingin melihat reaksinya setelah mengetahui orang luar terutama staf syarikat telah mengetahui hubungan sebenar mereka.

"Siapa sebenarnya suami kau Mimi? " Kay semakin mendesak setelah melihat reaksi bungkamku.

"Erkk.. ermm.. a.anak ma.ma aku lah." Aku masih berdalih.

"Oh come on Mimi. Everything is on me. You can't lies anymore. Your ring is proof of everything. But, i want to hear it from you. " Kay memandangku tajam. Tangannya mengangkat jariku yang memakai cincin perkahwinan yang sama dipakai Harraz. Matanya seolah mengatakan aku sudah tertangkap.

Aku mengeluh. Sudah tiada gunanya aku berbohong lagi. Kay sudah tahu dan inginkan pengakuan dari mulutku sendiri.

"Okey Fine, Tengku Harraz. Boss of Mega Holding is my husband. " Aku beralah. Tidak mahu berahsia lagi dengan Kay. Kawan baikku di ofis yang sangat memahami walaupun baru kenal.

Please.Touch Me!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang