22 : Ayam

104K 1.1K 42
                                        

Aku melayan Tengku Harraz di meja makan. Amboi, sambil makan baca surat khabar. Geram pulak melihat betapa sibuknya Tengku Harraz. Aku dah macam bibik dibuatnya. Dah elok-elok ada hidangan nasi lemak sambal sotong di atas meja, boleh pulak nak makan tekur separuh masak dan roti bakar. Betul-betul macam tuan rumah sedang mengarahkan pembantu rumahnya itu dan ini.

"Nasi lemak kan dah ada. Kenapa nak makan benda lain pula?Penat Mimi masak, habis siapa nak makan ni? Nak roti bakar lah, telurlah.... " tegurku.

"Saja" itu saja jawapan yang keluar dari bibir Tengku Harraz yang tekun membaca surat khabar.

"Saja? Eii, nasi lemak adalah sarapan pagi yang paling sedap kat dalam dunia ni. Cubalah bersyukur sikit dapat makan nasi lemak pagi-pagi macam ni. Orang lain ada yang tak makan tau tak! Ada orang nak makan nasi lemak setahun sekali pun susah." Bebelku geram.

Tengku Harraz menutup surat khabar dan menikmati roti bakar kesukaannya. Sempat juga dia menjeling Mimi Adelia.

"Mulut macam ayam! Membebel saja kerjanya. Memang macam ayam!" Ejek Tengku Harraz sambil meniru bunyi ayam berkokok. Dia menyambung menikmati roti bakar. Setelah itu, dia menikmati telur separuh masak dari mangkuk kecil pula. Geli hatinya mengusik Mimi Adelia yang sudah merah padam mukanya.

"Eii, orang cakap betul-betul, dua cakap mulut kita macam ayam pula." Aku mencubit lengan Tengku Harraz sekuat hati.

Tengku Harraz bangun dan berlari ke dapur. Sempat juga dia berkokok mengejek Mimi Adelia. Dia menghabiskan telur separuh masak yang masih bersisa di dalam mangkuk kecil tadi.

Aku menggelengkan kepala melihat Tengku Harraz yang sudah berlari ke dapur. Mataku tertacap pada iphone milik Tengku Harraz yang ditinggalkan di atas meja. Aku sudah tersenyum nakal. Siaplah dia! Iphone Tengku Harraz dicapai dan aku memulakan operasi membuat dajal pada suami sendiri. Padan muka dia!

Aku segera meletakkan iphone tersebut ke tempat asalnya setelah Tengku Harraz munculkan diri dari dapur.

"Abang. Hari ni Mimi nak off boleh? Ada lah sikit." Aku membuat muka comel memandang Tengku Harraz yang sudah segak berpakaian lengkap berkot.

"Sayang nak pergi mana? " soal Tengku Harraz.

"Adalah... boleh tak ni?" Aku mendesak.

"Hurm. Yela.. abang pergi dulu. Jaga diri baik-baik. " pesan Tengku Harraz. Yahoo. Seronoknya dapat jadi bini CEO ni. Haha. Aku segera menghantar Tengku Harraz di muka pintu. Aku menyalami tangan Tengku Harraz mesra. Tengku Harraz pula menarikku dan mencium dahiku lembut. 

Aku ketawa berdekah-dekah seorang diri di ruang tamu. Sejak Tengku Harraz pergi pagi tadi hinggalah sekarang, aku masih leka berada di ruang tamu. Aku sibuk menyelongkar album-album lama Tengku Harraz. Mana tak pecah perutku melihat gambar-gambar Tengku Harraz sewaktu kecil. Memang comel dan pelbagai ragam. Gambar yang paling menarik perhatiannya adalah gambar Tengku Harraz berpakaian seperti kanak-kanak perempuan dengan gaun kembang berwarna merah jambu. Siap pakai lipstik lagi tu. Wajah Tengku Harraz yang berendam air mata itu benar-benar mengundang tawa yang tak henti-henti. Ya Allah, anak siapa ini.

Aku menghidupkan iphoneku dan mengambil gambar-gambar yang dirasakan menarik. Aku mahu mengenakan Tengku Harraz. Muka saja maco, bawak kereta mewah. Naik moto besar, bawak laju-laju, tapi kecik-kecik pakai skirt. Memang aku akan kenakan Tengku Harraz lepas ni.

Aku memandang jam pada dinding. Baru pukul 9:00 lebih.  Tujuan aku off day hari ini adalah untuk berjumpa dengan Adira. Sudah lama dia ingin menemuiku setelah Majlis family day hari itu tamat. Namun, oleh kerana kekangan waktu, jadi baru hari ini kami boleh bersua muka. Adira sebenarnya seorang pensyarah yang mengajar di luar negara. Kemungkinan kali ini merupakan cuti semester pelajar di sana, jadi dia mengambil kesempatan untuk balik ke Malaysia. Alahh. Janji dengan Adira nak keluar pukul 11:00 pagi. Hmm...  baik aku call Tengku Harraz dululah. Aku sudah tersengih jahat.

Please.Touch Me!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang