35 : Sentuhan

132K 899 36
                                        

"Sayang, are you okey?" Soal Tengku Harraz kepada isterinya disebelah.

Ketika itu mereka dalam perjalanan menuju ke tempat kerja.

"Yeah, i'm okay. " Aku senyum nipis. Riak wajah aku kawal sehabis mungkin.

"You look not good or you not in mood? Or you still unwell? " Tengku Harraz risau. Tangannya dilekatkan di dahi Mimi Adelia. 'Tak deman pun.'

"No, i'm okay. Don't worry. " Tangan Tengku Harraz aku tepis perlahan. Keluhan tanpa sengaja terkeluar dari bibir.

Tengku Harraz menjeling isterinya sekilas. Wajah itu kelihatan keruh. 'Aku ada buat salah ke? Atau ada apa-apa yang Mimi Adelia tak puas hati?' Tengku Harraz binggung.

Sampai sahaja di hadapan pintu utama Mega Holdings. Mimi Adelia terus keluar tanpa menunggu Tengku Harraz. Tengku Harraz terpinga-pinga sendiri lalu menyerahkan kunci keretanya kepada pengawal di situ untuk menempatkan keretanya di tempat khas.

"Morning Boss!" Sapa Kay ceria.

Tengku Harraz tidak menghiraukan sapaan tersebut sebaliknya mata melilau mencari kelibat isterinya.

Kay mengerutkan dahi. 'Aik, apa tak  kena dengan mereka berdua ni. Tadi aku sapa Mimi pun tak layan. Sekarang sapa Boss pun tak layan jugak? Hari bisu sedunia ke apa? ' Kay menjongket bahu lalu meneruskan kerjanya yang terhenti tadi.

Ketukan pintu bilik pejabatnya membuatkan Tengku Harraz tersedar daripada meneliti fail-fail di atas mejanya.

"Masuk" arah Tengku Harraz yang masih leka dengan kerjanya.

Aku masuk setelah dibenarkan. Surat yang aku terima dari salah satu anak syarikat tadi dipegang. Aku menarik nafas lalu dihembus perlahan.

"Boss, ni ada notis untuk Boss menghadiri kursus yang dijalankan di Australia selama tiga hari. " Tuturku lancar. Notis itu aku hulurkan kepada Tengku Harraz.

Tengku Harraz mengangkat muka. Notis yang dihulurkan tidak bersambut sebaliknya wajah ayu isterinya ditenung. 

"Sayang marahkan abang?" Soal Tengku Harraz

Aku diam. Aku sendiri tak faham dengan perasaan aku sekarang ni. Yang aku tahu, aku tak suka melihat Tengku Harraz begitu rapat dengan Elly.

"Apa yang tak kena ni, hm. Sayang?" Bisik Tengku Harraz perlahan.

Entah bila dia bangun dari kerusinya. Sedar sahaja Tengku Harraz sudah berdiri di sisiku. Rambutku dielus perlahan.

Aku menarik nafas dalam. Dihembus perlahan. Wajahku dipusingkan menghadap wajah Tengku Harraz. Wajah kacak itu aku tenung lama.

Tiba-tiba Tengku Harraz tersenyum senget.

"Ni pandang abang macam ni ingat abang tergoda?" Ujar Tengku Harraz sinis.

Aku menumbuk kuat dada Tengku Harraz. Padan muka! Orang serius dia nak main-main pula.

"Arghh!  Aduh sakit, sayang. " Tengku Harraz mengaduh kuat. Dadanya digosok perlahan. Mukanya dimimikkan seolah-olah sakit teramat.

Aku menjeling. Action je lebih. Huhh!
Aku ingin  melangkah keluar namun belum sempat beberapa langkah tanganku sudah ditarik kuat oleh Tengku Harraz.

Tubuhku terpeluk tubuh tegap Tengku Harraz. Aku ingin melarikan diri namun Tengku Harraz terlebih dahulu memeluk tubuhku. Sepantas kilat tubuhku melayang dibuatnya.

Terjerit aku dengan perbuatan Tengku Harraz.

"Abang! Apeni lepaslah. Nanti orang nampak macam mana?" Aku meronta-ronta namun Tengku Harraz masih begitu. Malah tubuhku semakin kemas dalam dukungannya.

Please.Touch Me!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang