24 : Nenek Garang

128K 1K 32
                                    

Balik Kampung. Horeyyy. Anggap sajalah Mimi Adelia ada kat sebelah Tengku Harraz tu. 😍

*****************************

"Raz, malam nanti kamu dengan Mimi balik rumah ye? Mummy yang pesan mintak kamu berdua balik. " Ujar Tengku Hashim kepada anak menantunya semasa mereka keluar makan tengahari bersama-sama.

" Kenapa daddy, ada-ada ke? " soal Tengku Harraz.

"Hai, nak ada apa-apa baru kamu nak balik. Sejak kamu berkahwin ni, jarang dah kamu balik. Tu yang Mummy kamu duk bising tu. Bingit telinga daddy yang mendengarnya. " Nada bersahaja Tengku Hashim membuatkan Tengku Harraz terkulat-kulat. Aku pula hanya menundukkan wajah. Aduh. Malu kut kena sembur dengan daddy ni.

"Aa. Iyelah, Nanti Raz datang dinner rumah daddy. " Laju Tengku Harraz memberikan jawapan. Mungkin menyedari bahawa sudah lama dia tidak pulang ke rumah keluarganya. Aku terangguk-angguk mengiakan jawapan Tengku Harraz.

"Haa. Baguslah kalau macam tu. " Tengku Hashim sudah bersiap sedia untuk pulang kembali ke pejabat setelah selesai makan.

Malam itu, setelah kena sembur dengan daddy siang tadi, aku dan Tengku Harraz bergegas menuju ke banglo mewah milik keluarga Tengku Harraz.

"Menantu mummy ni apa khabar? Rindunya mummy dengan kamu, Mimi. " Datin Maria terus memelukku sebaik sahaja tubuhku tersembul di hadapan matanya.

"Hai mummy. Mimi saja yang mummy nampak. Habis Raz macam mana?" Tengku Harraz bersuara merajuk saat menyalami tangan Datin Maria.

"Padanlah dengan muka kamu. Siapa suruh tak jeguk mummy. " ujar Datin Maria sambil mencubit pipi Tengku Harraz lembut.

"Auchh. Sakit mmy. " rengek Tengku Harraz memeluk erat tubuh Datin Maria. Tengku Hisyam cuma mengelengkan kepalanya melihat telatah isteri dan anaknya. Mengada-ngada Tengku Harraz tak pernah habis walaupun dah beristeri.

"Jomlah Mimi kita masuk dalam. Kalau tunggu drama mereka ni. Nampak gayanya tak makanlah kita malam ni. " seloroh Tengku Hashim sambil mengamitku. Ku tersenyum cuma. Terhibur melihat hubungan keluarga ini yang sangat mesra dan akrab. Tiba-tiba hati menjadi rindu pada mama dan papa dirumah. Aishh. Padahal baru semalam aku bertandang ke rumah mereka. Tapi rindu itu tidak pernah luput.

"Macam mana kehidupan kamu berdua dekat rumah baru. Kamu suka rumah itu Mimi ? " Soal mummy ketika kami semua sedang menjamu selera.

"Alhamdulillah mummy. Mimi suka sangat. Cantik! " ujarku ceria.

"Tengoklah siapa yang reka. " Ujar Tengku Harraz bangga. Aku mencebik. Ciss. Tahulah rumah tu rumah dia.! Tengku Hashim dan Datin Maria menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat anak menantunya. Hati tuanya tersenyum melihat kebahagiaan pasangan itu.

"Haa.. sebelum mummy terlupa, semalam nenek ada call mummy. Dia tanya bila kamu nak balik sana jumpa dia. Katanya dia pun belum kenal lagi isteri kamu. Bila kamu nak pergi lawat nenek kamu dekat kampung tu? " Tengku Harraz terbatuk-batuk kecil mendengar nama neneknya yang keluar dari mulut mummynya. Dia rakus meneguk air mineral yang sedia terhidang di atas meja itu.

Aku menepuk-nepuk kecil di belakang Tengku Harraz bagi meredakan batuknya. Ish, dah kenapa pulak laki aku ni. Tengku Harraz mengurut tekaknya perlahan setelah perit tekaknya sedikit reda. Datin Maria menggelengkan kepalanya melihat reaksi anaknya apabila nama Nenek Limah disebut. Entah mengapa anaknya ini liat sangat bila mendengar nama Nenek Limah. Padahal, bukan mereka tidak pernah rapat. Bahkan, sepanjang bersekolah menegah, Tengku Harraz bersekolah di kampung dan tinggal bersama Nenek Limah dari berumur 13 tahun sehingga dia berumur 18 tahun. Tapi, apa yang ditakutnya dengan Nenek Limah pun dia tidak tahu.

Please.Touch Me!Where stories live. Discover now