19 : Rumah Kaca

165K 1.2K 33
                                    

Aku memandang jalan yang dilalui oleh Tengku Harraz. Kenapa macam lain macam aje laluan ni.? Detikku. Aku menoleh ke arah Tengku Harraz yang kelihatan bersahaja mengetuk-ngetuk jarinya di stereng kereta menikmati rentak musik di radio.

"Abang. Asal Mimi rasa ni bukan jalan nak balik rumah mama? And, bukan jalan rumah mummy jugak? " Aku menyuarakan isi hatiku setelah melihat laluan yang dilalui Tengku Harraz sudah jauh melencong.

"Memang pun. " Jawab Tengku Harraz sambil tersenyum penuh tersirat.

"Habis tu abang nak pergi mana? Alaaa. Abang. Mimi nak balik lah. Penat. " Rengekku manja. Bukan gedik okey. Cuma aku tak rasa yang aku masih larat nak pergi jalan-jalan.

"Nak balik rumah dah ni." Ujar Tengku Harraz tanpa memandang ke arahku.

Apa? Nak balik rumah. Tapi tadi cakap ni bukan laluan ke rumah mama dengan mummy. Ah, lantaklah cik abang aku ni nak pergi mana. Asal nanti aku dapat bantal sudah. Aku malas nak bertanya lagi nampak Tengku Harraz ni macam tak nak bagi tahu aku aje mana dia nak pergi.

"Hye, sayang wake up! " Aku terjaga apabila terasa ada tangan yang bermain-main dengan hidungku. Terpisat-pisat aku membuka mata. Tengku Harraz ketawa kecil saat aku menepis tangannya yang masih bermain di mukaku walaupun aku sudah terjaga.

"Kita kat mana ni? " aku memandang sekeliling. Tempat yang asing sekali bagiku. Dihadapanku kini tersergam indah sebuah bunglo mewah dua tingkat. Dekorasinya sangat memukau mataku. Woww. Rumah siapa pulak ni.? Detikku.

"Home sweet home. " Tengku Harraz bersuara riang. Aku pantas menoleh ke arah Tengku Harraz yang sudah keluar berjalan menuju ke boot belakang. Jap. Ni rumah dia ke? Aku masih tertanya-tanya rumah siapa pula yang suaminya bawa dia singgah kali ni.

"Abang. Ni rumah siapa pulak? Wah, cantiklah banglo ni. " Soal ku sambil bergayut di belakang Tengku Harraz sambil mataku memerhati suasana sekeliling. Macam anak moyet.

Tengku Harraz tersenyum sebelum menggendong isteri comelnya ke persekitaran rumah. Sengaja tidak membawa Mimi melawat rumah itu lebih awal kerana dia ingin memberi kejutan buat isterinya. Tengku Harraz bersyukur dan gembira apabila Mimi menyukai rumah baru mereka itu.

"Ini rumah kita sayang. Mulai hari ini, kita akan tinggal kat sini. Reka cipta dan hiasan semua mengikut idea abang. " Ujar Tengku Harraz sebelum menapak masuk ke dalam banglo dua tingkat itu.

Aku melopong melihat kombinasi warna putih dan biru gelap menghiasi segenap penjuru. Kebanyakan perabot terdiri daripada kaca lut sinar. Lantai berjubin kristal putih kebiruan. Seolah-olah ada air didalamnya. Sungguh aku terpegun dengan seni bina bunglo tersebut. Cantik sangat!

"Abang dirikan banglo ni dengan niat
... bila abang kahwin, abang nak tinggal dengan isteri abang dekat
sini." Sambung Tengku Harraz.

Aku terdiam. Penjelasan Tengku Harraz membuatkan aku rasa sebak. Niat Tengku Harraz nak tinggal kat sini dengan isteri dia. Mesti isteri idaman dia. Auchhh. Pedihnya hati.

"Habis tu siapa isteri yang abang idamkan nak tinggal dekat rumah ni dengan abang? " tanyaku cuba menyembunyikan nada sendu.

"Sayanglah. Alhamdulillah, sekarang.. walau apa pun yang terjadi, abang akan berusaha untuk membahagiakan rumah tangga kita. " Tengku Harraz mengucup pipi gebu yang molek melentok di bahunya itu.

"Mimi pun akan berusaha..." aku bersuara perlahan namun cukup untuk didengari Tengku Harraz. Pemuda itu sekadar melakar senyuman manis. Aku mengekek ketawa apabila Tengku Harraz sengaja membengkok-bengkokkan langkahnya seperti orang mabuk. Aku yang berada di belakang tubuhnya berpaut erat. Takut terjatuh.

Please.Touch Me!Where stories live. Discover now