15 : Family Day

163K 1.4K 56
                                    

Porches Tengku Harraz Punya.😍

************************************

Im so lonely. Broken angel
Im so lonely listen to my heart ...

Senyap.

Im so lonely. Broken angel
Im so lonely listen to my heart...

Aku terkial-kial mencapai iphoneku yang berbunyi nyaring di meja tepi katil. Siapa pula yang kacau aku pagi pagi buta macam ni. Desis hatiku. Aku segera menjawab panggilan tersebut tanpa melihat gerangannya.

"Woi. Mimi. Kau kat mana? Asal kau tak sampai lagi? Bas dah nak gerak la wei." Aku menjauhkan iphone itu dari telinga. Suara nyaring si pemanggil seakan mahu memecahkan kotak pendengaranku.

"Aku kat rumah la. Baru bangun tido." Jawabku lantas menutup mulutku yang menguap masih mengantuk.

"WHAT?? Kat rumah?? Baru bangun tida?? " suara Kay seakan tidak percaya.

"Yela. Kau apesal telephone aku pagi pagi buta ni?" Aku bertanya malas.

"Hoi Minah! Pagi buta kau cakap? Sial. Dah pukul 8:15 pagi lah gila. Hari ni Family Day Mega Holding kat Pulau Tioman and bus ke sana akan bertolak lima belas minit start from now. Dan kau. Baru bangun tido. Damn!!. " Suara Kay jelas menahan geram yang teramat.

"Whatt?? Dah pukul 8:15 a.m? " Aku segera memandang jam disisiku. Membutang mataku melihat angka jam tersebut. "Woi. Habis tu macam mana? Aku tak siap apa-apa pun lagi. Baju pun aku tak pack lagi ni" Aku gelisah.

"Ishhh... Kau apesal buat kerja last minute hah.? Kau patutnya dah pack baju dari semalam macam aku ni hah. Pagi lagi dah terpacak depan ofis ni tunggu orang. Bukan macam kau. Asal tak semangat aje aku nampak ?" Bebel Kay .

"Dah tu. Mana sempat aku nak bersiap lagi, nak pack barang lagi nak pergi sana dah berapa lama aku kena redah jem. Hmm. Aku tak payah pergi ajelah." Aku berdecit sambil mengambil jalan mudah. Kebetulan aku pun memang takde mood nak ke sana. Yahoo. Tak payah pergi sambung tido balik. Baru aje aku nak bersorak riang, suara Kay membuat aku rasa nak down.

"Hello. Tolong sikit. Kau tu Pa Boss. Faham. Lagipun semua warga wajib pergi. Jadi aku nak kau ambik aje mana-mana bus or teksi dan hantar kau kat Pulau Tioman tu. Faham. No more excuse. " Suara Kay berbaur arahan itu ku ikuti dengan perasaan malas dan takde mood. Huh. Sabar ajelah. Tak lama pun kat sana.

Aku segera bangun dari katil dan mencapai bagasiku. Aku menghumban beberapa helai pakaian ku tanpa melihat dan menilik kerana aku memang sudah kesuntukan masa. Kalau lewat sangat mana aku nak cari teksi mahupun bus. Kan tak pasal pasal aku terpacak depan bus stop tu jadi tunggul kayu.

Aku segera membersihkan diri dan bersiap ala kadar. Aku meneliti pakaian yang tersarung dekat tubuhku. Aku mengenakan blouse warna maroon, skinny jeans hitam, wedges warna hitam, dan bolwer hat hitam dekat kepala. Okeylah tu. Aku segera menarik begku ke bawah.

"Eh. Adel nak ke mana tu?" Mama bertanya hairan melihat aku terkial-kial membawa turun bagasi bajuku di tangga.

"Opss. Adel lupa la nak bagi tahu mama. Minggu ni ofis ada buat family day kat Pulau Tioman. Adel dah lewat dah ni Mama. Ni pun dah kena tinggal dengan bus. Jadi Adel kena cari teksi lah nak kesana. Adel pergi dulu ye." Aku segera bersalam dengan Mama dan torkocoh-kocoh memakai wedgesku yang aku pegang tadi.

"Eh. Harraz tak tak pergi? Kenapa Adel tak pergi dengan Harraz aje. Kan satu ofis." Mama bertanya pelik. Aku terdiam. Harraz?

"Erkkk.. Harraz kan outstation, jadi tak tahu bila balik. Rasanya petang ni sampai kot. Mungkin dia pergi family day tu besok. Takpelah mama. Adel pergi dulu. Aku terus pamit.


Please.Touch Me!Where stories live. Discover now