"Macam mana yaou boleh jumpa i? " Elly terkejut menerima kehadiran Rafiq
"I tahu dekat mana you selalu lepak, Elly. You kenapa? Apa dah jadi dengan Mummy you? " Ujar Rafiq
Elly ketawa. Rokok disedut dengan rakus, kemudian dicampak. Dinyalakan sebatang lagi. Rumah itu memang tempat Si Elly ni nak lepaskan ketagihannya. Rumah yang Agak tersorok di dalam hutan.
"Mummy I tu cakap I gila. Bukan I yang gila tapi dia, ada hati nak kawal I. Dia pergi kunci bilik tidur I. Dia ingat I ni budak-budak ke apa? Tapi I peliklah, macam mana dia dapat surat tu. " matanya dikecilkan memandang Rafiq.
Rafiq tiba-tiba ketawa.
"You nak tuduh I buat semua tu? You ingat yang I khianati you? Jangan jadi bodohlah, El. Kalau I nak buat, dah lama I buat. Kenapa nak tunggu sekarang? " Rafiq merengus
"Betul juga. Tapi kalau I ni gila, you lagi gilalah, kan? Sebab you ikut semua rancangan I tu. " Elly ketawa. Rokok diserahkan kepada Rafiq
Mata Rafiq memerah. 'Gila? Kenapa dia nak cakap aku gila pula ' Nafas Rafiq tercungap-cungap menahan marah.
"Relakslah, Fiq. I main-main ajelah. Jangan ambil serius. Apa jadi dengan Mimi? " Elly masih ketawa.
"Dia dah keluar dari rumah tu. Tinggalkan suami dia " ujar Rafiq. Matanya bercahaya berbicara soal Mimi Adelia.
"So, you dah pergi takcle dia? " Elly menyoal
"belum, Mamat ni pula kacau betul. Dia tak tahu mana bini dia pergi. "
"What? Habistu perempuan tu pergi mana? Macam mana you buat kerja ni? Itu pun tak boleh buat. I dah uruskan part susah, yang senang ni pun you tak boleh uruskan. " matanya dijegilkan.
"I dah cubalah, Elly. Nanti I cari dialah. You tu lainlah, dah nak kahwin dengan Harraz. I ni aje yang tak dapat Mimi lagi. " perli Rafiq
Elly ketawa terbahak-bahak. Air haram diteguk dengan rakus.
"I? Kahwin dengan Harraz? " jaribya ditunjukkan ke mukanya.
"Tak ingin I dengan laki lembik tu. You ingat I suka dia ke? You ingat semua rancangan ni sebab I sukakan Raz ke? " Elly bersuara jelik
"Habis tu, kenapa you buat semua ni? Kenapa you beria-ria nak Mimi tinggalkan Harraz? Kenapa you hantar surat tu semua? " Dahi Rafiq berkerut.
Elly ketawa.
"Mula-mula memang I sengaja nak bagi you nampak yang sebenarnya I suka Harraz. Tapi bukan. I buat semua ni sebenarnya sebab I bencikan Mimi. I nak musnahkan hidup Mimi. I nak dia terima apa yang dia dah buat dekat I dulu. I nak balas dendam. " Nada suara dia kedengaran penuh kebencian. Nampak sangat dia memang berdendam dengan Mimi
Rafiq terkejut!
"Mimi? Apa dia dah buat dekat you? " tangan dah dikepal. Dia takkan bagi peluang Elly sakiti Mimi.
"Sebab dia, mummy Harraz tolak I dulu. Dulu, I hampir nak dijodohkan dengan Harraz tapi sejak Mimi muncul dalam hidup Harraz. I disingkirkan semata-mata. Lebih-lebih lagi mummy Harraz dapat tahu penyakit I. Sebenarnya I tak kisah pun kalau tak dijodohkan dengan Harraz. Cuma, I tertekan selepas kali digosipkan dengan Harraz.
Sejak tu, I mula berbaik-baik dengan Harraz. I nak musnahkan Mimi melalui Harraz. I nak dia rasa macam mana ditinggalkan. I nak dia rasa sakitnya bila disisihkan. I juga yang hasut Harraz suraya tinggalkan Mimi, tapi dia tak perasan. Dia ingat I ni nak tolong dia sangat. Bodoh laki tu. Percayakan orang luar daripada isteri sendiri. Buat semua kerja I lagi senang. Brilliantkan I? " Dia ketawa sendiri.

ANDA SEDANG MEMBACA
Please.Touch Me!
RomanceWarning: Mature Contents And Language (18SX) Aku Mimi Adelia. Aku bukan anak orang senang juga bukan anak orang susah. Senang citer aku biasa biasa je. Dalam biasa biasa aku ni susah jugak aku nak dapat kerja. Tengku Harraz. Empunya Syarikat gerg...