"Abang.. bangunlah. " aku bersuara kuat sambil mengoyang badan Tengku Harraz. Hish dia ni. Tidur mati ke apa?
"Apa dia. Ngantuklah sayang. " rengek Tengku Harraz sambil mengeliat kecil. Aku menggeleng melihat kelakuan kebudakkannya.
"Ish abang ni. Dah lewat lah nak pergi ofis. Cepat lah siap. Mimi tunggu bawah eh.? " pesanku sebelum keluar dari bilik tersebut. Aku sudah siap berpakaian lengkap untuk ke pejabat, hanya menunggu ketibaan Tengku Harraz saja. Tadi ingatkan suaminya itu sudah bangun. Padahal masih enak duk berbungkus. Ish, mentang-mentanglah dia tu boss.
Aku segera menyediakan sarapan untuk kami berdua. Setelah selesai membakar roti. Aku mencapai teko untuk membancuh kopi. Sedang aku terendap-endap mencari uncang kopi di atas kabinet, tiba-tiba aku merasa kakiku dielus oleh sesuatu yang berbulu. Aku menoleh.
"Arhhhhhh !!! " Aku menjerit kuat seakan hendak terkeluar anak tekakku. Kucing besar berbulu putih gebu itu mengiaum dan segera melarikan ke bahagian depan. Aku mengeluh kuat. Fuhhh. Nak tercabut rasanya jantungku melihat haiwan sebesar itu. Dari mana pula datannya kucing itu. Asal semalam takde pun.
"Kenapa ni sayang? Pagi-pagi dah bingit. " aku menoleh melihat kelibat Tengku Harraz yang sudah lengkap berpakaian kemeja berwarna hitam berbelang dan seluar slack berwarna coklat. Handsome. Mataku sempat menangkap objek yang dipegang dan dielus Tengku Harraz di pangkuannya. Kucing besar tadi!
"Sayang." Aku terkejut mendengar suara Tengku Harraz yang hampir denganku itu. Aku menoleh ke arahnya. Glupp. Aku menelan liur. Hidungku bersentuhan dengan hidung mancungnya. Jarak kami sangat dekat hanya dipisahkan oleh seekor kucing di pegangan Tengku Harraz sahaja. Tengku Harraz mengenyitkan matanya lantas mencium hidungku. Dia tersenyum kecil.
"Morning sayang. " ucapnya sebelum melabuhkan punggung di meja makan. kucing di pegangannya tadi dilepaskan. Namun, kucing itu masih melingkar di kakinya. Manja sangat lagaknya. Aku berdehem kecil sebelum menyahut.
"Morning. " balasku sambil menuangkan kopi panas ke dalam cawannya.
"Asal sayang jerit tadi? Abang kat atas dengar dengan jelas tau tak. Kejap lagi runtuhlah rumah kita ni kalau sayang jerit macam tu lagi. " ujar Tengku Harraz sambil tergelak kecil. Aku menjeling geram. Semakin kuat ketawa Tengku Harraz siap menekan perut bagai lagi. Huh. Lawak lah sangat. Aku mencebik.
"Dah abang tu. Asal tak cakap yang abang bela kucing besar macam rimau tu. Memang patutlah Mimi jerit macam nak roboh rumah pun. Terkejut tau. Tiba-tiba aje datang menguis kaki orang. Nasib baik Mimi takde lemah jantung. Kalau tak, memang dah terguling Mimi kat situ." Bebelku geram. Mukaku merah padma menahan geram melihat Tengku Harraz semakin seronok mengelakkanku.
"Alahh sayang, sorrylah. Semalam dah abang kurung Amore ni dalam sangkar tapi macam mana dia boleh keluar pulak. " Jelas Tengku Harraz sambil memandang kucing tersebut di kakinya.
"Abang bela kucing? " soalku hairan.
"Ha'ah. Amore nama dia. Comel tak yang? " Ujar Tengku Harraz sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Aku terpana melihat senyuman memukau itu.
"A'aa co.comel. comel sangat. " ujarku tergagap-gagap. Hishh. Asal suami aku handsome sangat hari ini. Buat aku tergugat jelah. Gerutuku.
"Aikk. Bila masa pulak wife abang ni gagap orangnya. " perli Tengku Harraz selamba sambil mengunyah roti bakar diatas pinggannya. Aku mengetap bibir. Malu.
"Eh, jomlah abang. Dah lewatlah nak ke ofis. Nanti jalan jam. " ujarku sambil merenung jam di tangan. Sengaja mengalih topik yang akan memalukan diri aku sendiri.
"Jap. Nak habiskan air ni dulu. " Tengku Harraz menyisip air kopi yang sudah suam itu perlahan-lahan. "Okey, jom." Dia banggun dari duduknya lantas mencapai briefcasenya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Please.Touch Me!
RomanceWarning: Mature Contents And Language (18SX) Aku Mimi Adelia. Aku bukan anak orang senang juga bukan anak orang susah. Senang citer aku biasa biasa je. Dalam biasa biasa aku ni susah jugak aku nak dapat kerja. Tengku Harraz. Empunya Syarikat gerg...
