28 : Tolong!!!

95.3K 961 137
                                    

"Apa sebenarnya yang buat kau kahwin dengan Mimi? Setahu aku, kau adalah playboy yang paling hot dan tak ada masa nak fikir pasal kahwin. Well. Hidup untuk enjoy katakan."

"Dah sampai seru untuk aku kahwin nak buat macam mana, kan?" Tengku Harraz tersenyum lebar. Bahagia dengan bibit-bibit perkahwinannya yang tidak disangka-sangka itu.

"Tak adalah. Aku cuma curious aje. Kau kan jenis yang liat. Awek ni buat mainan saje bagi kau. Aku ingat lagi masa kau bercinta sakan dengan girl paling hot kat sekolah kita dulu tu. Aku ingat kau dengan dia, yela. Kau dengan girl tu kan sama sama hot. Tup tup kau tunjuk orang lain pula jadi bini kau. Terkejut juga aku. "

"Manusia berubah Fiq, aku pun cuba cari yang terbaik untuk dijadikan sebagai seorang isteri. " Jawab Tengku Harraz tenang.

"Dah lama ke kau kenal isteri kau tu?"

"Tak adalah lama sangat. Baru lagilah. Almost 3 week, and aku married. Aku kahwin sebab mummy aku yang paksa nak kahwinkan aku dengan anak kawan. Of course aku tolak sebab aku tahu sangat perangai kaki club minah tu. Then, mummy aku bagi masa tiga bulan untuk aku cari calon aku sendiri. Masa itulah, Mimi hadir dalam hidup aku. Waktu tu aku nak pakai PA, dan Mimilah PA aku. Bila masa yang mummy aku bagi dah semakin suntuk, aku lamar Mimi Adelia untuk jadi isteri aku. Memang nampak macam tergesa-gesa perkahwinan aku ini. Tapi, honestly. Aku sangat cintakan isteri aku " panjar lebar Tengku Harraz bercerita perihal perkahwinannya. Dia tersenyum nipis saat terbayang reaksi terkejut Mimi Adelia sewaktu dia membawa Mimi Adelia berjumpa dengan mummy dan daddynya.

"Whatt!! Kau boleh terima Mimi macam itu aje? Tanpa kenal dulu perihal isteri kau? "

"Adalah juga aku tahu sikit-sikit pasal dia. Mimi kan PA aku, aku tahulah juga sedikit sebanyak pasal Mimi Adelia. Dia tu penting untuk aku. Aku dah tak boleh hidup tanpa dia." Tengku Harraz masih melayan kerenah kawan-kawan lamanya yang bertanyakan perihal isterinya.

"Kau ni cinta sangat dekat Mimi tu. Kau pun bukan kenal dia sangat. Entah-entah dia dah ada boyfriend sebelum kahwin dengan kau, macam mana? Kau mana tahu, kan? Entah-entah dia dah cintakan boyfriend dia tu, tapi dia terpaksa kahwin dengan kau sebab hormat kau sebagai bos dia?"

"Aku tak kisah. Apa yang penting, sekarang dia dah jadi milik aku. Lagipun, Mimi dah cakap dia memang tidak ada sesiapa."

"Betul kau tak kisah? Kau tak kisah kalau isteri kau cintakan orang lain selain kau? Kau nak jadi dayus? Apa yang aku tahu, kau cintakan Mimi Adelia sebab dia lain daripada perempuan kat luar tu, perangai dia, kepolosan dia. Tapi, Mimi. Kau tak tahu isi hati dia."

Tengku Harraz mengeluh. Muka diraup. Masalah apakah ini!











Aku menahan suara tangisan. Aku tidak mahu dua orang lelaki di sebalik pokok, perasan dengan kehadiranku disitu. Tadi selepas bosan menunggu tiga pemuda ini berbual-bual, aku pergi bersiar-siar di sekeliling sawah padi ini. Setelah aku pulang dari bersiar-siar, bayang Tengku Harraz dicari. Kemudian aku ternampak kelibat Tengku Harraz masih bersama sahabatnya sedang leka berbual. Hanya seorang sahaja sahabatnya yang masih bersama Tengku Harraz.
Mungkin salah seorangnya sudah pulang.

Perbualan mereka membuatkan langkahku mati. Aku tidak mampu untuk berdepan dengan Tengku Harraz. Air mataku mengalir deras tanpa mampu ditahan. 'Kenapa Rafiq cakap macam tu? Salah ke kalau Tengku Harraz pilih aku? Kenapa dia nak hasut Tengku Harraz untuk tinggalkan aku? Apa motif dia?

Aku melangkah pergi. Aku tidak sanggup lagi berada du situ. 'Kenapa Tengku Harraz tak pertahankan apa yang Rafiq cakap tadi? Tak kuat ke cinta Tengku Harraz untuk aku? Memang betul apa yang Rafiq cakap yang Tengku Harraz masih baru mengenali aku. Tapi, apa hak dia nak cakap aku tak cintakan Tengku Harraz. Apa hak dia nak cakap aku ada lelaki lain, sedangkan dia pun tidak mengenali siapa diriku. Tapi salah ke untuk Tengku Harraz terus cintakan aku?"



Please.Touch Me!Where stories live. Discover now