9 : Taman Bunga

144K 1.4K 44
                                    

Pelamin Harraz dan Mimi. Simple aje coz diorang nak secret.

***********************************

Aku memandang pantulan tubuhku didalam cermin dalam bilikku yang berhias cantik.

Sepasang gaun pengantin putih yang kembang tersemat indah di tubuhku yang tinggi ramping ini.

Tidak sampai satu jam lagi aku akan diijab kabulkan dengan Boss yang baru ku kenal sebulan.

Kenapa? Aku pun pelik. Hairan. Macam mana aku boleh setuju dengan permintaannya yang ingin menikahi aku untuk menolak calon pilihan Mummynya. Tapi. Hendak macam mana lagi. Segalanya sudah terlambat untuk dibatalkan. Aku juga tidak mahu menjatuhkan air muka mama dan papa.

"Adel dah sedia?" Mama menjenguk aku di kamar.

Aku mengangguk. Senyuman kulemparkan pada mama yang memimpin aku ke pelamin yang berhias cantik di ruang tamu rumahku.

Aku menarik nafas cuba membuang gemuruh didada yang kurasakan semakin kemuncak apabila aku berada di atas pelamin yang dikerumuni orang ramai itu.

Tema Taman Bunga!

Ya. Itulah pilihanku apabila ditanya. Sememangnya aku seorang yang penggemar bunga-bungaan. Lagi lagi yang segar mewangi.

"Tengku Harraz Bin Tengku Hisyam?"

Aku mendengar tok kadi menyeru nama bakal suamiku. Aku hanya menundukkan wajah. Segan dan berdebar kurasa saat ini.

"Ya saya." Harraz menjawab.

"Aku nikahkan akan dikau Tengku Harraz Bin Tengku Hisyaam dengan Mimi Adelia Binti Mikael dengan mas kawinnya sepuluh ribu, tunai.." Aku menutup mataku. Bersedia untuk mendengar untuk mendengar suara Harraz pula.

Dua.dap.dup.dap.





Dup.dap.dua.dap.





Dup.dap.dup.dap.

"Aku terima nikahnya Mimi Adelia Binti Mikael dengan mas kawinnya sepuluh ribu,tunai...." Harraz menjawab lancar dan tenang. Hanya sekali lafaz. Aku kini sudah sah menjadi isteri kepada seorang Tengku Harraz.

Air mata tanpa dipinta mengalir di tubir mataku. Aku sudah menjadi milik orang lain. Bukan milik Mikael dan Ani lagi. Aku sebak. Aku dah tak boleh bermanja dengan mereka lagi. Sememangnya aku anak manja dan suka menangis.

Mama menarikku didalam pelukan. Aku membalas dengan erat sekali. Mummy yang berada di sisi kiriku tersenyum saat aku mengalih posisiku untuk memeluknya.

"Dah. Tak nak nangis dah. Tu cik abang dari tadi lagi tunggu giliran nak peluk." Usik Datin Maria saat melepaskan pelukan menantunya.

Aku semakin tersipu-sipu saat menentang mata bundar comel milik suaminya itu. Harraz segak memakai baju Melayu lengkap pengantin. Sangat kacak sekali dengan body tough miliknya itu. Bergetar naluriku memandang suamiku yang nyata tersangatlah mengancam di mata ku.

"Hai tak kan lah nak main pandang pandang pulak. Ni hah ambik cincin ni. Yang lain tu dalam bilik. " Datin Maria masih mood mengusik anak menanatunya itu.

Harraz mengaru-garu kepalanya menyembunyikan malu. Aku menunduk. Huaaaaa... segan gila. Nak meletup jantung aku ni tahan debar hadap suami yang mengancam macam ni. Silap hari menyerah jugak aku nanti. Aku menggelengkan kepala. Malu kerana berfikiran jauh. Ciss.!

Harraz merangkul tangan ku yang sejuk itu, disarungkan cincin tempoh hari di jari manis ku. Cantik. Giliran aku pula menyarungkan cincin di jari manis Harraz. Perfect. sepasang cincin yang menandakan kami saling berkaitan.

Please.Touch Me!Where stories live. Discover now