"Hoi perempuan, apa kau buat dekat dalam rumah aku ni lagi hah? " jerkah Tengku Harraz tiba-tiba.
Aku tersentak. Bakul kain baju yang baru diangkat dari jemuran terlepas dari tangan.
Tengku Harraz benci melihat muka polos isterinya. Setiap kali memandang wajah itu serta merta kecurangan Mimi Adelia terbayang. Tidak! Bahu Mimi Adelia dicengkam kuat.
Aku menahan kesakitan. "Apa abang ni. Mimi kan isteri abang. Mestilah Mimi ada kat sini. " aku menarik lembut tangan Tengku Harraz yang mencengkam bahuku.
"Aku tak nak tengok muka kau, kau boleh berambus dari sini! " Tengku Harraz menghalau.
"Abang jangan buat Mimi macam ni abang. Tolonglah, izinkan Mimi tinggal di sini, di sisi abang. " rayuku. Tangan Tengku Harraz aku pegang
"Kau nak duduk rumah ni? "
Aku mengangguk. Kepala masih ditundukkan. Takut memandang Tengku Harraz yang menyinga itu.
"Bila aku cakap, pandang muka akulah! " Dagu isterinya ditarik. Dia tidak suka perempuan itu pandang ke bawah semasa dia bercakap. Reaksi Mimi Adelia nak dilihat.
Aku pandang juga muka Tengku Harraz. Daguku yang terasa sakit ditahan. Dipaksa juga matanya melihat muka Tengku Harraz.
"Kau nak duduk sini, boleh. Tapi ada syarat lah. Aku takkan bagi kau duduk sini percuma. " angkuh Tengku Harraz berkata.
"Mimi tak kisah asalkan dapat duduk rumah ni. Mimi tak nak pergi mana-mana. " ujarku perlahan. Aku masih takut-takut.
"Bagus! Kau sendiri yang cakap tak nak pergi mana-mana kan? Kalau aku jumpa kau keluar dating dengan kekasih gelap kau, tahulah apa aku nak buat nanti, faham!?" Tengku Harraz memberi amaran. Nadanya kedengaran keras sekali.
Aku hanya diam. Aku tak berani nak bercakap. Suara Tengku Harraz yang kuat membuatkan aku takut. Rasa tekakku kesat.
"Syarat nak duduk rumah ni, kau kena jadi orang gaji dekat sini. Aku tak nak tanggung kau. Kau kena bayar guna tenaga kau. Lepas kerja terus balik rumah. Buat kerja, kemas rumah. Masak. Semua kau yang buat. Aku tak akan selalu duduk sini. Bila-bila aje mungkin aku akan singgah sini kejap untuk perhatikan kau dan kau kena layan aku bila aku nak. Aku pun tak sanggup tengok muka penipu kau ni tapi takkan tubuh kau tu terbiar begitu saja rugilah aku. Kalau aku tahu kau berani pergi mengadu dekat siapa-siapa... Kau siaplah. Dah, pergi masuk. Pergi buat kerja kau pastikan rumah ni bersih "
Tengku Harraz melangkah keluar. Dia memang tidak bercadang nak duduk di situ pun. Banyak memori mereka di sana. Dia perlu keluar, cari ketenangan untuk hatinya.
"Abang nak pergi mana? " aku menahan
Langkah Tengku Harraz mati. Badan dipusingkan menghadap Mimi Adelia.
"Satu lagi, urusan aku kau tak payah masuk campur. Aku tahu nak jaga diri aku. Tak payah nak berpura-pura ambil berat pula. " sinis bunyi suaranya.
Dia terus pergi lepas melontarkan kata-kata itu kepada isterinya.
Aku dah terduduk. Air mata mengalir sepi. 'Hinanya Mimi di mata abang. Orang gaji? Kenapa abang sanggup rendahkan maruah Mimi macam tu sekali? Mimi isteri abang. Gadis yang selama ini abang cintai. Abang dah lupa ke? ' aku merintih pilu.
*********
Dah sebulan aku duduk di rumah Tengku Harraz. Bila waktu kerja aku aku pergi ke pejabat. Di pejabat pula sangat susah sekali untuk melihat wajahnya kini. Masa tak kerja, aku terpaksa kemas rumah. Dalam sebulan ini, jarang sangat Tengku Harraz balik. Adalah tiga empat kali. Itu pun untuk memeriksa rumah dan memaksa aku melayannya. Bukan aku tak perasan yang Tengku Harraz ada upah orang suruhan mengekoriku. Aku memang sedar kehadiran lelaki berjaket hitam dan bertopi itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Please.Touch Me!
RomanceWarning: Mature Contents And Language (18SX) Aku Mimi Adelia. Aku bukan anak orang senang juga bukan anak orang susah. Senang citer aku biasa biasa je. Dalam biasa biasa aku ni susah jugak aku nak dapat kerja. Tengku Harraz. Empunya Syarikat gerg...
