Ketukan pintu membuatkan tumpuan Tengku Harraz pada kerja teralih.
"Masuk! Kau? Apa kau nak, hah? Buat apa datang sini. Berambus! Aku tak nak jumpa kau. " Mataya membutang. Tak sangka orang yang paling dia benci datang ke sini hari ini. Rafiq!
"Raz, bagi aku masa kejap. Kejap aje. Lima belas minit pun tak apa. " Rafiq merayu, tapi dalam hatinya memberontak 'kenapalah aku kena jumpa Harraz! Kalau bukan sebab rancangan itu, jangan harap aku nak menghadap muka laki ni. '
"Aku takkan buang masa untuk jantan tak guna macam kau. Baik kau blah sekarang! " Tengku Harraz menghalau keras
"Raz tolong dengar dulu apa yang aku nak cakap ni. Tu semua bukan salah aku. Aku pun mangsa Mimi juga. "
'Mangsa Mimi? ' dahi Tengku Harraz berkerut.
"Okay, lima minit aje. Lepas ni aku nak kau blah. Jangan muncul depan aku lagi. " Tengku Harraz kembali duduk. Rafiq dipandang tajam.
"Aku nak minta maaf dengan kau. "
Tengku Harraz ketawa sinis. Minta maaf? Apa Rafiq nak buat lawak ke? Lepas apa yang dia dah buat, ingat sesenang itu nak minta maaf dengan aku? Jangan haraplah!. "
"Kau ada buat salah dengan aku ke?" Tengku Harraz menduga
Rafiq dah telan liur. " pasal Mimi. Dia yang guna-gunakan aku selama ini. Aku tak tahu, Raz. Apa yang aku buat dekat kau semua aku tak sedar.aku bodoh sebab terkena dengan buatan perempuan tu." Rafiq mereka cerita. mukanya di seriuskan. Lakonannya haruslah mantap .
"Dahlah, Fiq. Tak payah nak tipu aku. Mimi yang hantar kau datang sini, kan? N ak perbodohkan aku lagi." Tengku Harraz tidak percaya.
"Tak. Aku dah lama tak jumpa dia sejak dah kembali sedar. Parents aku nampak kelakuan aku pelik. Sebab tu diorang bawa aku berubat. Aku berani bersumpah, Raz. Aku tak ada kaitan dengan Mimi. Aku tak ada niat langsung nak cederakan kau." Rafiq terus bersandiwara
Tengku Harraz hampir percaya. Tapi...
" Kenapa kau yang Mimi pilih." Tengku Harraz kehairanan
"Sebab aku yang paliling rapat dengan kau. sebab keluarga aku pun berharta. Mula-mula dia nak dapatkkan kau. setelah dia berkenalan dengan aku melalui kau, dia mula nak mendapatkan aku. Lepas hapuskan kau, dia nak hapuskan aku pula. Perempun tu memang gila harta, Raz. dia gunakkan cara halus nak dapatkan kau. Aku pun terkena sama. Ujar Rafiq bersungguh-sungguh.
"Aku tak percaya. Tak percaya." Tengku Harraz menggeleng-geleng.
"Raz, buka mata kau. Aku dah lama kawan dengan kau. kau tak pelik ke kenapa tiba-tiba aku boleh jatuh cinta pada Mimi. Tak pelik? sedangkan aku baru kenal Mimi dekat kampung haritu. Kau patut sedar ,Raz."
Tengku Harraz meraup mukanya.
"kenapa dia buat semua tu? Aku tak sangka perempuan baik seperti Mimi boleh berubah sampai jadi macam tu sekali." suaraTengku Harraz berbaur kecewa.
"Perempuan,Raz. Dia gilakan kau dan harta aku. Dengan kecantikan dia , apa-apa pun dia boleh buat. Lebih-lebih lagi bila dia kerja dengan kau. macam macam cara dia boleh goda kau untuk kawin dengan kau then hapuskan kau. Rapat dengan parents kau, then dia pula yang jadi pewaris harta-harta tu. logik, kan?" Rafiq semakin licik.
"Aku sayangkan dia sangat, Fiq. Tapi kenapa dia sanggup buat aku macam ni? Tak cukup ke cinta dan sayang aku? Kalau dia janji untuk setia dengan aku, semua harta tu aku tak kisah nak bagi dia. Tapi perempuan tu dah makin melampau!" Tengku Harraz mendengus geram. Jauh di sudut hatinya masih tersisa cinta dan sayang buat isterinya itu. Namun perasaan amarah yang menebal menjadikan dia seorang yang pendendam.

ANDA SEDANG MEMBACA
Please.Touch Me!
RomanceWarning: Mature Contents And Language (18SX) Aku Mimi Adelia. Aku bukan anak orang senang juga bukan anak orang susah. Senang citer aku biasa biasa je. Dalam biasa biasa aku ni susah jugak aku nak dapat kerja. Tengku Harraz. Empunya Syarikat gerg...