"Assalamualaikum, mama papa?" Jeritku sebaik sahaja keluar daripada honda Jazz milikku.
"Waalaikumussalam " sahut mama dari dalam.
"Mama! Rindunya Adel dekat mama." Tubuh tua itu terus dipeluk erat melepaskan rindu yang memberat.
"Adel... lamanya mama tak tengok Adel. Adel sihat? Harraz mana, tak datang sekali? Hm, dah kawin terus lupakan kami ye. " suara mama kedengaran berjauh hati.
Manakan tidak, anak yang dikandung dan dijaga sepenuh hati selama ini sudah berkeluarga dan pergi menjauh darinya. Sudah tidak seperti dulu lagi. Apabila tidur didodoikan. Apabila bangun pagi dikejutkan. Anak gadis ini selalu di depan mata.
Masa berlalu begitu cepat, anak gadisnya sudah dibawa pergi membina sebuah keluarga. Begitulah lumrah kehidupan yang perlu dia hadapi.
"Ishh, mama ni. Kenapa cakap macam tu. Takkan la Adel nak lupakan buah hati Adel ni semudah itu. " hati tua itu aku pujuk. Tubuh mama dipeluk lagi.
"Manalah tahu kan. Dah kahwin terus tak ingat Mama ni haa." Suara mama masih merajuk.
Aku mengigit bibir. Memang salah aku. Selepas balik dari kampung, aku tidak berkesempatan untuk menjenguk orang tua aku ini dek kekangan masa di pejabat.
"Mama janganlah. Adel sedih tau mama cakap macam ni. Adel bukanya takkan jenguk mama dengan papa tapi lepas balik dari kampung hari tu Adel belum sempat nak datang sini. Kerja kat ofis banyak sangat sebab dah lama tinggal. Abang Raz pun banyak kerja yang kena handle. Adel mintak maaf mama. Maafkan Adel sebab abaikan mama dengan papa. " Sungguh aku rasa sangat bersalah. Tangan mama aku cium meminta ampun.
Mama tersenyum. Tubuhku dipeluknya.
"Mama faham cuma mama terlalu rindukan Adel. Nasib baik ada Mia. Boleh jugalah teman mama. "
Aku tersenyum mendengar kata-kata mama. Air mata yang menitis di pipi diseka perlahan.
"Oh ya, Papa dengan Mia mana? Tak nampak pun diorang? " mataku melilau mencari kelibat mereka.
"Papa tak balik kerja lagi. Mia dah seminggu balik rumah mak su. " terang Mama menghayun langkah ke dapur. Aku membuntuti langkah mama.
"Urmm, sedapnya bau. Mama masak apa hari ini? Bau macam ikan patin masak tempoyak aje. " dengan penuh teruja aku membuka periuk panas tersebut.
Semerbak aroma masakan kegemaran aku itu memenuhi ruang dapur. Aku menjilat bibir. Liur sudah kecur.
"Hari ini mama rasa nak masak ikan patin masak tempoyak, kebetulan pula Adel datang. Macam tahu tahu aje mama masak makanan kegemaran dia." Ujar mama tersenyum.
Aku tersengih. Tadi setelah adegan aku bersama Tengku Harraz. Aku meminta izin untuk datang ke rumah mama. Sempat lagi dia menyuruh aku pulang cepat katanya ingin menyambung aksi tadi lagi. Aku hanya memberikan jelingan sebelum berlaku.
"Aii, berangan pula dia. Baru datang sekejap rumah mama dah rindu suami lah tu! " mama mengusik.
"Erk, apa mama" Aku menutup malu sambil berpura-pura tidak mendengar.
"Malulah tu, " mama masih mengusik "takdelah, maa tanya Harraz apa khabar? Kenapa tak datang sekali? "
"Oh, Abang Harraz ada appointment dengan klien tadi. Jadi Adel terpaksa datang seorang.
Mama... Adel lapar lah, tak sabar nak makan masakan mama ni. "rengek aku manja.
"Ish budak ni. Kejaplah kita tunggu papa. Sebelum tu apa kata Adel pergi mandi dan tukar baju dulu. Dah tengik hidung mama dek bau ni " mama acah-acah menutup hidungnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Please.Touch Me!
RomanceWarning: Mature Contents And Language (18SX) Aku Mimi Adelia. Aku bukan anak orang senang juga bukan anak orang susah. Senang citer aku biasa biasa je. Dalam biasa biasa aku ni susah jugak aku nak dapat kerja. Tengku Harraz. Empunya Syarikat gerg...