"Tu bilik kamu. Suruh si Harraz letak aje barang dalam tu. Nenek nak pergi dapur kejap. Nak siapkan minuman. Jarang orang datang rumah nenek ni." Ujar Nek Limah ingin berlalu ke dapur.
"Nek, tak apalah. Menyusahkan saje." Aku menghalang. Tidak mahu kedatanganku menyusahkan orang tua ini.
"Kamu diam. Duduk situ. Tetamu datang kenalah nenek hidang air. Mana pula tak hidang." Sambil membebel Nek Limah masuk ke dalam dapur.
Aku dah tersenyum kelat. 'Betullah Tengku Harraz kata, nenek dia memang garang. Aku pun dah takut ni.'
"Sayang, macam mana? " Tengku Harraz meletakkan beg-beg di tepi kusyen.
"Macam mana apa?"
"Nenek ada cakap apa-apa tak?"
"Nampak garang sikit lah. Tapi okey aje."
"Betul ke okey?" Tengku Harraz mencebik. Masih ingat lagi saat-saat dia duduk rumah ni dulu. Macam tinggal dengan askar pencen pula. Seram-seram...
"Huh? Kamu berdua buat apa tu? Mengumpat neneklah tu, kan?" Minuman diletakkan ke atas meja. Tengku Harraz terus menyambar secawan minuman. Haus!
"Macam mana Mimi boleh berkenan dengan cucu nenek yang perangai macam biawak hutan ni? " tanya Nek Limah bersahaja mengutuk Tengku Harraz. Nek Limah memandang Mimi Adelia lama. Entah mengapa hati tuanya sangat berkenaan melihat cucu menantunya yang satu ini. Dia yakin, Tengku Harraz amat mencintai Mimi Adelia dan Mimi Adelia pasti bisa membahagiakan Tengku Harraz.
Tersembur air yang diminum oleh Tengku Harraz mendengar soalan Nek Limah yang menyengat itu.
Nek Limah dah ketawa. "Kamu ni Raz, dari dulu masih lagi kelam-kabut, kan? Nenek ingatkan lepas dah tak duduk dengan orang tua kamu tu, dah matanglah sikit. Ni sama aje."
"Nenek tu. Sampai hati cakap cucu sendiri macam biawak hutan. " dengus Tengku Harraz sambil mengesat mulutnya. Aku mengelengkan kepala melihat telatah Tengku Harraz. Mengada-ngada tak habis!
"Eh, tak gitu ke perangai kamu. Kamu tahu Mimi. Dulu, bukan setakat biawak hutan. Buaya hutan pun iye. " perli Nek Limah lagi tanpa mempedulikan Tengku Harraz yang mendengarnya. Aku buat-buat fokus dengan cerita Nek Limah, karang tak pasal-pasal dia libas aku dengan dulang yang dia pegangan sebab aku buat donno je.
"Alaa Nek tu dululah. Sekarang lain. Apa nenek ingat Raz tak boleh nak change ke? " Soal Tengku Hartaz seakan tercabar.
Nek Limah mencebik. "Kamu tahu Mimi, dulu, hampir setiap hari ada saja minah-minah yang entah dari mana yang datang menyendeng dekat rumah ni cari Harraz. Bila nenek cakap Raz takde, boleh dia nak mengamuk dengan nenek pulak. Nenek apa lagi. Terus nenek balun diorang dengan air parit yang dekat depan rumah tu. Haa, lepas tu baru diorang dah tak berani nak datang sini lagi. " Cerita Nek Limah perihal Tengku Harraz di zaman dulu. Aku tersenyum sumbing mendengarnya.
Tak hairanlah kenapa Tengku Harraz buaya darat sangat. Rupanya memang dari dahulu lagi dia berperangai macam tu. Tambahan dengan rupa paras dia yang hanya sekali kenyit mata saja dan beratur perempuan nak memilikinya. Lagipun, bukan Tengku Harraz saja yang lebih-lebih. Kalau si perempuan tu tak melayan, tak jadi juga perangai playboynya itu. Aku menggeleng-geleng kecil.
"Nek tu kisah dulu lah. Sekarang Raz dah berubah. People can change okey! " Ujar Tengku Harraz tegas.
"Yela. Yela. Kamu dah berubah! Dah tak macam dulu. Baguslah kalau kamu dah sedar. Setia pada yang satu. Zaman orang bercinta macam ni la, semuanya kisah dulu-dulu, Sekarang dah lain. Haa, baguslah tu. " Nek Limah bangun kemudian mengambil dulang. Sepanjang pergi ke dapur, Nek Limah membebel. Semua sebab tak puas hati dengan Tengku Harraz. Tengku Harraz tersengih aje.

ANDA SEDANG MEMBACA
Please.Touch Me!
RomanceWarning: Mature Contents And Language (18SX) Aku Mimi Adelia. Aku bukan anak orang senang juga bukan anak orang susah. Senang citer aku biasa biasa je. Dalam biasa biasa aku ni susah jugak aku nak dapat kerja. Tengku Harraz. Empunya Syarikat gerg...