17 : Game

173K 1.6K 181
                                    

Aku mendengus. Talian telefonnya langsung tiada. Terpencil sangatkah pulau ini? Kenapa lah buat family day kat sini? Memang betul-betul nak jauhkan diri dari asap kota dan teknologi canggih agaknya Mega Holding ni. Memang nak enjoy sakan bila datang sini kut. Tak dapat nak call mama dengan papa. Tak dapat nak hantar atau menerima sebarang sistem pesanan ringkas perfect weekend!

Aku mengikat tali kasut ku ketat-ketat. Matahari petang memancar terik dan angin pantai menyapa lembut wajahku. Aku melihat kebanyakan staff Mega Holding yang sudah bersiap sedia berkumpul di tepi pantai dengan pakaian sukan.

"Dah lama ke kau siap?" Kay terus menyapa aku dengan soalannya.

"Takde lah lama sangat. Tapi kejang jugak ah punggung aku tunggu kau. " Aku membuat maka selamba.

"Elehh. Kejang tunggu aku ke, kejang buat keju semalam? " Kay membuat muka gatal memandang aku sambil tergelak kecil.

"Dirty lah kepala otak kau ni. Sial." Aku menunjal mukanya sambil menahan malu. Cehh.. kena batang hidung betullah.

"Wah, segaknya Boss hari ni. Boss pakai apa pun memang segak. Pakai baju sukan pun handsome, kan, Cik Mimi." Ujar Kay sambil tersengih-sengih memandangku.

Isshh Minah ni tak lain tak bukan nak sakat aku lah tu. Aku memandang ke arah Harraz yang sedang menuju ke arah pantai. Dia memakai baju t-shirt putih berjaket putih yang menampakkan tubuhnya yang tegap. Dia juga mengenakan topi berwarna putih dan seluar sukan berwarna hitam bergaris putih. Simple. segak dan semestinya luar dari kebiasaan yang pernah dilihatnya. Selalunya, aku melihat suamiku ini dalam suit pejabat.

Harraz melemparkan senyumannya kepadaku yang dari tadi ralit mencuri lihatnya. Aku terus memalingkan wajahku kearah lain sambil tersenyum. Malu. Mengingatkan kejadian semalam semakin membuat aku terbahang. Lelaki oh lelaki. Pasti Tengku Harraz perasan dirinya begitu macho dalam kalangan pekerja lelaki Mega Holding yang sedang berkumpul di tepi pantai. Tapi itulah suamiku. Walaupun sudah berkongsi segalanya bersama namun aku masih malu untuk berhadapan dengan Harraz. Hatiku sentiasa berdegup kencang melihat Harraz tersenyum manis dengan lesung pipit comelnya. Boleh angau aku bila tengok Harraz senyum macam tu selalu.

"Hai,  kalau hari-hari boss senyum macam ni. Aku rela jadi maid tak bergaji kat rumah dia. Ala-ala macam novel Tuan Rumah Pembantu Rumah karya Orkid Edyliyne tu. Nak kawin dengan dia tak mungkin tercapai hajat aku sebab kau dan rembat awal-awal.  Dapat jadi maid kat rumah dia dan tengok dia senyum macam ni tiap-tiap hari pun jadilah." Ujar Kay bernada gatal buat aku rasa nak humban Kay dalam laut.

Aku terus berpusing 180 darjah dan melihat wajah Harraz sekali lagi. Memang hamdsome gila. Aku mencuri-curi melihat wajah Harraz di sebalik keramaian. Suamiku itu sedang berjabat tangan dengan pekerja-pekerjanya. Mesra saja dia berbual-bual dan bergurau dengan pekerja-pekerjanya walaupun nampak sedikit kekok. Yela. Selama di ofis dia agak dingin dan  tegas orangnya. Maklumlah, CEO. Kenalah tegas kalau tak mahu lingkup terus kompeni.

Aku cuba untuk melihat Harraz dengan lebih dekat lagi. Ya. Dia dapat melihat sepasang mata suaminya itu. Renungannya sangat memukau. Patutlah Kay sanggup nak  jadi maid kat rumah  dia. Tiba-tiba pandangan mataku bertembung dengan renungan Harraz. Glup! Aku menelan air liur. Harraz mengenyitkan mata kirinya kearahku. Aku terus terjelopok ke tanah. Ah, tiba-tiba lututku rasa lemah longlai.

"Eh! Mimi, kau okey tak ni?  " Kay bertanya cemas.

Beberapa pekerja Mega Holding yang berada di situ menghampiri aku. Jelas di wajah masing-masing ada riak kerisauan. Mereka bantu aku bangun begitu juga Kay. Aku membersihkan seluarku yang dilekati pasir pantai.

"Thanks, I'm okay." Ujarku sambil tersengih-sengih. Tak patut betullah Harraz ni. Main kenyit-kenyit mata pulak kat sini. Gugur jantung aku tau tak! Aku melihat Harraz tersenyum-senyum bersama dengan pekerja-pekerjanya sambil memandang ke arah ku. Cis, gelakkan aku pulak tu. Sabar, Mimi,sabar.

Please.Touch Me!Where stories live. Discover now