18 : Pengakuan

144K 1.4K 111
                                    

Tengku Harraz memandang  wajah gadis kesayangannya. Wajah yang sedang lena itu direnungnya penuh kasih. Dia menghembuskan nafasnya perlahan-lahan. Mujurlah dia cepat. Mujur juga bisa ular itu tidak merebak dengan cepat. Mimi, jangan buat abang macam ini lagi. You scared me to death, sayang.

Rasa bersalah menggunung di hati. Tengku Harraz tidak dapat membayangkan bagaimana isterinya itu menahan kesakitannya. Patutlah Mimi tidak malawan katanya seperti kebiasaan yang dilakukan oleh gadis itu sepanjang pengembaraan mereka. Mimi Adelia hanya menundukkan wajahnya sewaktu dia naik angin tadi. I'm so sorry, Mimi, I'm sorry.

"Sudahlah tu, nak. Budak perempuan ni tak ada apa-apa. Nasib baik anak sempat keluarkan bisa ular tu. Kalau lambat sikit saja, pak cik pun tak tahulah apa nasib dia. Insya-Allah, semua akan baik-baik saja." Ukar pak cik Hamdan yang sedang mengasingkan daun-daun hutan atas para dapurnya.

Mujurlah pak cik Hamdan sudi membantu. Pak cik Hamdan merupakan tukang kebun di chalet tempat mereka menginap.Kay, Adira dan dua ahli kumpulannya yang lain telah beransur pulang ke bilik masing-masing. Pekerja-pekerjanya telah diarahkan untuk memeruskan aktiviti seperti biasa.

"Terima kasih pak cik. Saya tak boleh bayangkan kalau apa-apa terjadi kat dia."

Pak cik Hamdan tersenyum menampakkan beberapa batang giginya yang masih ada. " Makwe kamu ke?"

"Dia isteri saya pakcik " Ujar Tengku Harraz tersenyum-senyum. Dalam hatinya tersimpul rasa bahagia. Pertama kali dia mengakui Mimi Adelia di hadapan orang asing.

"Oh. Patutlah pak cik perasan tangan kamu yang duk pegang tangan dia tu pakai cincin yang sama. Ingat sweet couple rupanya sweet married " Ujar pakcik Hamdan tersenyum.

"Tapi,, tadi ada sesuatu yang terjadi sehingga isteri saya jadi macam ni. Saya pulak terlepas marah kat dia. Saya rasa mesti dia marahkan saya. " Adu Harraz bernada lirih.

Pak cik Hamdan menganggukkan kepalanya tanda faham. " Tak apa. Biasalah tu, asam garam rumah tangga. Budak perempuan ni nampak aje degil orangnya. Tapi, baik hati. Hatinya mudah terpujuk. Jadi kamu pujuklah isteri kamu. Jangan biar ego melebihi dalam diri sehingga tak mahu mengaku kalah. Kita juga sebagai orang lelaki dan suami mestilah menjaga dan menghargai isteri kita dengan sebaiknya. " Nasihat pak cik Hamdan panjang lebar.

Harraz mengangguk perlahan sambil memandang pak cik Hamdan dengan riak takjub. Nampak gayanya pak cik Hamdan bukan sembarangan orang. Orangnya kelihatan biasa-biasa saja. Namun, pandai mengubat mengunakan cara tradisional dan juga boleh membaca karakter orang. Bukan calang-calang nampaknya lelaki separuh abad ini.

Mimi Adelia mulai sedar. Aku terbatuk-batuk sewaktu mulai sedar daripada lenanya. Apabila mataku bertembung dengan mata Tengku Harraz, aku cepat-cepat bangun dari pembaringan.

"Mimi, awak berehatlah dulu. Sayang belum cukup sihat," pinta Tengku Harraz lembut.

Aku melihat kakiku bagai ditempek dengan cecair berwarna hijau. Aku cuba mengerakkan kakiku. Terasa sakit. Aku melihat sekeliling. Cuma ada aku. Tengku Haraz dan seorang lelaki tua. Aku lihat lelaki tua itu menghampiriku sambil membawa sebijik mangkuk berwarna coklat lalu dihulurkan mangkuk itu kepadaku.
Aku melihat isinya. Ah, baunya saja sudah cukup mengambarkan rasanya. Aku terus menolaknya perlahan.

"Makan ubat ni sampai habis. Kita nak hilangkan bisa ular tu supaya kamu cepat baik" Ujar pak cik Hamdan lembut. Manguk tersebut dihulurkan kepada Tengku Harraz. Mungkin kalau anak muda ini memujuk, pasti isterinya itu tidak akan menolak.

"Makanlah, Mimi. Please... abang nak sayang cepat sembuh." Pujuk Tengku Harraz.

"Tak naklah. Boss ingat ni coklat? Aiskrim? Saya tak nak makan. Saya dah okey. Saya nak balik bilik." Ujarku masih kedengaran nada merajuk pada suaraku itu. Sedikit pun aku tidak memandang wajah Tengku Harraz.

Please.Touch Me!Where stories live. Discover now