"Nenek?"
"Yalah, Habistu siapa lagi berdiri depan kamu ni?" Sengaja diperli Tengku Harraz. Nampak macam Tengku Harraz tak suka saja dengan kedatangannya.
Tengku Harraz buat muka. 'Apa pula nenek cakap ni? macam nak perli aku aje. Betul ke nenek tak tahu hal aku dengan Mimi? Daripada gaya macam dah tahu aje?' Mimi Adelia dipandang tajam.
Nek Limah nampak cara pandangan Tengku Harraz pada Mimi Adelia. Dulu tak macam ini. Apa yang dah mengubah Tengku Harraz?
"Nenek sihat?" Aku menghulurkan tanggan.
"Sihat. Mimi sihat? Kenapa nenek tengok Mimi dah makin kurus ni?" Nek Limah menjeling Tengku Harraz.
Tengku Harraz memandang Mimi Adelia. Atas, bawah. Tak ada apa yang berubah pun. Sama aje.
"Yake nek? Mimi dietlah sekarang, Nak jaga badan. Dah kurus eh? Dah ada hasillah diet Mimi tu." aku ketawa.
Tengku Harraz mencebik. Tak suka langsung dengar ketawa perempuan itu.Seperti Mimi Adelia tengah gelakkan dirinya pula.
*************
Aku dan Nek Limah berborak sambil menonton TV. Banyak yang kami borakkan. Dari tadi tak henti-henti. Aku suka keadaan macam ini. Ada peneman. Aku dah tak rasa sunyi lagi.
Pukul sembilan malam baru Tengku Harraz balik. Memang Nek Limah dah agak Tengku Harraz akan balik lambat. Dia ada pun, Harraz nak buat perangai juga.
"Nek dah makan?" sapa Tengku Harraz
"Assalamualaikum." Nek Limah bersuara
Tengku Harraz termalu sendiri. Dahlah kena perli depan Mimi Adelia.
"Waalaikumussalam, nek. Sorry. Tak sabar nak tanya pula. Nenek dah makan?" Tengku Harraz mengaru kepalanya tidak gatal.
"Dah. Kamu kenapa balik lambat?"
" Raz jumpa klien tadi. Ada hal penting bincang." Tengku Harraz memberi alasan.
"Apa-apa pun tak boleh buat masa kerja ke? Lepas waktu kerja, kenapa nak berbincang lagi? Nenek tak suka kamu buat perangai macam ni. Tinggalkan bini seorang diri dekat rumah. Kamu ingat tak bahaya? apa nak jadi dengan kamu ni." Nek Limah mula membebel.
"Nek, Raz ada hal penting tadi. Memag tak boleh ditangguhkan lagi. Lain kali Raz janji tak buat lagi. Raz naik dulu. Nak rehat, penat." Tengku Harraz membuat muka tak bersalah.
"Pergilah makan dulu. Penat Mimi masakkan untuk kamu tadi. "suruh Nek Limah.
"Raz kenyang lagi, nek. Makan dengan klien tadi. Nantilah Raz makan." Tengku Harraz terus melangkah naik. Sakit telinganya mendengar nenek membebel tadi.
"Apa nak jadi dengan Harraz tu?" Nek Limah mengeluh.
"Abang penat tu nek. Nanti Mimi bawakan makanan untuk dia. Nenek jangan risaulah." Bahu Nek Limah diusap. Tak nak Nek Limah sakit sebab perangai Tengku Harraz. Cukuplah aku sorang aje.
"Kamu bahagia dengan Raz?" Tiba-tiba Nek Limah bertanya.
Aku menelan air liur. nak cakap apa ni? nak cakap betul ke bohong?
"Bahagia nek, Bertuah Mimi dapat Abang Raz. Dia baik sangat!"
*************
Aku berdiri lama di depan pintu. Tengku Harraz ada dekat dalam. Nak masuk , aku tak berani. Sejak Tengku Harraz jarang balik ke rumah, aku tidur dalam bilik ini. Pintu dikuak perlahan. Takut menggangu Tengku Harraz berehat.
Tiba-tiba rambutku ditarik semasa aku hendak masuk ke tandas.
"Apa kau cakap dengan nenek, huhh?" Kasar suara Tengku Harraz.

ANDA SEDANG MEMBACA
Please.Touch Me!
RomanceWarning: Mature Contents And Language (18SX) Aku Mimi Adelia. Aku bukan anak orang senang juga bukan anak orang susah. Senang citer aku biasa biasa je. Dalam biasa biasa aku ni susah jugak aku nak dapat kerja. Tengku Harraz. Empunya Syarikat gerg...