Mataku hanya memandang bayangan Tengku Harraz yang meninggalkan aku. Nek Limah terus menerpa ke arah aku. Aku sudah lemah tidak berdaya. Terasa perutku senak dan kepala ku berpusing.
Akhirnya...aku rebah tidak sedarkan diri.
***********
Aku gembira mendengar berita yang diterima. Aku disahkan mengandung 2 bulan. Hari-hari yang berikutnya dilalui dengan gembira. tengku Harraz pun dah lama tak pulang. Nek Limah pula terpaksa balik ke rumah Datin Maria. Ada hal katanya.
Aku sudah tak berkerja lagi di pejabat Tengku Harraz. Kini aku hanya berada di rumah bersama Nek Limah. Seperti biasa, aku suka menghabiskan masa mengemas rumah. Memang dah jadi tabiat pula sekarang.
"Hoi perempuan!"
Aku tercengang! 'Apa dah jadi ni? Tengku Harraz balik.
"Kenapa kau tercegat dekat situ hah? Terkejut tengok aku dekat sini? "
"Tak... mimi tak cakap apa-apa. Mimi lagi suka abang balik. " aku mengukir senyuman.
"Betulke kau suka aku balik? Dua hari lepas kau pergi mana? Kenapa tak balik? " Tengku Harraz mnyergah
"Mimi... Mimi ada dekat... " aku tergagap-gagap.
"Kau pegi jumpa jantan lain, kan? Cakap! " lantang suara Tengku Harraz.
"Tak... Tak.. Mimi dekat hospital masa tu. "
Tengku Harraz datang mendekati aku. Muka aku dipandang tajam!
"Jangan tipu aku! Cakap kau pergi mana? " Leher aku dicengkam kuat. Hampir aku tak dapat bernafas.
Aku meronta kesakitan. Aku terseksa. Leherku sakit. Aku tak dapat bernafas. Aku mengigit tangan Tengku Harraz untuk melepas kan diri.
"Auuuuh... Berani kau, kan? " Tubuh aku ditolak jatu. Kemudian dia menarik aku supaya bangun. Lepas tu dia menolak aku lagi.
"Abang, jangan. Jangan... Mimi mengandung. Jangan! " aku merayu.
Tengku Harraz terkedu. 'Mengandung? ' matanya makin memerah.
Dia mendekati Mimi Adelia. Pipi Mimi adelia diusap. Rindunya dia kepada isterinya itu. Rindu sangat...
Panggg!!!
Bertalu-talu pipi aku menjadi mangsa tamparan Tengku harraz. Ditampar tampa sedikit pun rasa bersalah. Pipi aku kelihatan bengkak. Bibirku pula sudah pecah.
"Abang,jangan .kesihankan Mimi.jangan, sakit." aku merayu memohon simpati.
"Sakit? Ni memang aapa yang patut kau terima. Perempuan curang macan kau memang patut dihukum.
Perut Mimi adelia diperhatikan. Dia terasa jijik. 'Entah anak siapalah perempuan ni kandungkan. Main cakap aje ni anak aku. Dasar perempuan murahan.'
"Anak siapa yang kau kandungkan tu? Anak Rafiq? " kejamnya Tengku Harraz bertanya. Macam dah tak ada perasaan.
Aku dah menangis pilu. 'Anak siapa? Sanggup Tengku Harraz mempertikaikan kandunganku. Aku tak semurah itu. Aku tak sejahil itu.
"Abang, ni anak abang. Anak kita"
"Bukan! Ni bukan anak aku. Kau jangan tipu aku. Mimi! " Tangan aku di capai. Ditarik tubuhku yang masih terbaring itu.
"Abang... Tolong jangan apa-apakan anak ni. Anak ni tak salah. " aku merintih.
Tengku Harraz ketawa terbahak-bahak.
"Anak ni tak salah? Ya ka? Tapi kematian anak ninakan buat kau jadi gila dan merana! Tu yang aku nak. Aku na kau hilang semangat nak hidup. "
ANDA SEDANG MEMBACA
Please.Touch Me!
RomanceWarning: Mature Contents And Language (18SX) Aku Mimi Adelia. Aku bukan anak orang senang juga bukan anak orang susah. Senang citer aku biasa biasa je. Dalam biasa biasa aku ni susah jugak aku nak dapat kerja. Tengku Harraz. Empunya Syarikat gerg...
