Tengku Harraz duduk di luar. Dia menangis. Dia tak kuat untuk menghadapi kenyataan ini. Nampak isteri yang dicintai dengan lelaki lain didalam bilik mereka memang membuatnya jadi gila. Ditambah lagi dengan sepucuk surat yang diterima daripada lelaki tadi. Rafiq! Lelaki tak guna itu rupanya kekasih gelap isterinya.
Rupa-rupanya mereka telah berpakat untuk memusnahkan dirinya dan menakluki harta keluarganya. Mereka sudah merancang segalanya. Rupanya kejadian di kampungnya dahulu bukanlah Mimi Adelia cuba dirogol oleh Rafiq tetapi mereka sememangnya sedang memadu kasih. Semuanya sudah diceritakan didalam surat itu. Kenapa dia terlalu bodoh dah buta menilai semua itu.
Hatinya sakit. Dia terlalu cintakan gadis itu tetapi kenapa Mimi Adelia sanggup permainkan hatinya. Dia leka dengan layanan baik Mimi Adelia. Tapi kini...
Pintu dibuka, dihempas kuat.
Mata Tengku Harraz tajam menikam mata aku.
Aku berdehem kecil. Air mata yang masih mengalir itu aku sapu perlahan. Sesungguhnya aku bersyukur. Terima kasih tuhanku. Kau mendengar rintihan hambamu ini. Sesungguhnya suamiku adalah penyelamat aku.
"Abang... "
Aku lantas memeluk tubuh tegap yang masih berdiri keras itu. Segala rasa ketakutan aku humban di bahu suamiku. Sendu yang masih bersisa aku biarkan berlagu. Tubuh suamiku aku peluk erat.
Sesungguhnya tubuh ini yang aku rindu. Tubuh ini yang aku nantikan dari tadi. Tidak sangka lain pula jadinya.
Tiba-tiba tubuh aku ditolak kasar. Aku terpana. Hampir tersungkur tubuh aku akibat tolakan Tengku Harraz yang drastik itu.
"Jangan panggil aku macam tu. Kau tak layak!" keras suara Tengku Harraz menerobos gegendang telinga aku. Aku terpempan.
Apa maksud Tengku Harraz? Kenapa dia berkasar denganku? Tidakkah dia tahu bahawa aku sedang ketakutan?
"Apa maksud abang? Abang suami Mimi " aku menyahut soalannya. Sungguh aku bingung.
"Kalau aku cakap tak layak, maksudnya kau memang tak layak. Aku tak suka perempuan murah macam kau panggil aku macam tu. " suara Tengku Harraz kedengaran kasar. Matanya tajam menikam mataku. Mukanya merah menandakan marah yang teramat.
'Perempuan murah? Sampainya hati Harraz panggil aku macam tu '
"Abang, semua ni salah faham bukan salah Mimi. Dia yang tiba-tiba masuk. Mimi ingatkan abang. Sebab tu Mimi tak lawan. Abang tolonglah percaya. Mimi tak tipu. "
Tengku Harraz tertawa. Sinis. Mimi Adelia yang sedang menangis itu diperhatikan. 'Kau ni cantik, Mimi.sebab itu ramai yang tergila-gilakan kau termasuk aku. Tak sangka kau guna kecantikan kau ini untuk perangkap aku. Tak guna!'
Selama ketiadaan dirinya. Sanggup Mimi Adelia mencurangi dirinya. Tidak disangka isteri yang disayang sepenuh hati, yang ditatang bagai minyak yang penuh dengan kasih sayang. Rupa-rupanya racun yang berbisa.
Kalau dia tidak pulang dengan segera pasti isterinya itu semakin berkelakuan liar. Sengaja dia tidak menghubungi Mimi Adelia kerana berniat hendak membuat kejutan buat isterinya. Tidak disangka dirinya pula yang menerima kejutan kecurangan isterinya.
"Kau buta ke Mimi ? Kau tak dapat nak bezakan aku dengan dia ke!?" Nada makin tinggi. Panas hatinya mendengar perdalihan Mimi Adelia. Masih lagi menafikan sedangkan semua ini adalah kecurangannya. Ingin sahaja pipi gebu itu ditampar sepuas hati.
Tengku Harraz menghampiri Mimi Adelia yang sedang berdiri ditolak kasar sehingga terjatuh terlentang ke atas katil. Matanya memandang sinis tubuh yang terdedah itu. Sungguh dia jijik dengan tingkahlaku Mimi Adelia itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Please.Touch Me!
RomanceWarning: Mature Contents And Language (18SX) Aku Mimi Adelia. Aku bukan anak orang senang juga bukan anak orang susah. Senang citer aku biasa biasa je. Dalam biasa biasa aku ni susah jugak aku nak dapat kerja. Tengku Harraz. Empunya Syarikat gerg...