Bab 2

66.3K 2.2K 24
                                    

Im tryin so hard. Please support me

"Ris bangun! Dah lewat ni. Tahu ler awak tu tak kerja tapi jangan lah tak solat pulak" suara ibu mengejutkan aku dari tidur lena yang sedang asyik bermimpikan prince charming. Haihlaa. Ibu ni potong la. Aku bergegas bangun dan menunaikan solat subuh dan selepas itu aku menyambung tidurku kembali. Ibu dan abah memang pantang kalau anak anaknya tidur selepas solat subuh. Rezeki susah nak masuk katanya. Tapi nak buat macam mana aku memang penat gila kot layan drama korea malam tadi sampai pukul 4 pagi. Kah kah kah!

Aku dikejutkan oleh jam loceng yang kuat tu macam nak runtuh bilik aku ni haa. Kalau runtuh aku nak duduk mana kan? Takkan bilik kakak? No way bilik dia tu hujung sekali seram la nak tidur bilik tu. Hehehe. Okay stop it Ris. Lah! Dah pukul 11 rupanya!! Alamak matilah aku kena bebel ibu abah. Baik pergi mandi dulu.

Selesai mandi dan bersiap, aku turun bawah nak tolong ibu masak untuk makan tengah hari. Alamak! Ibu dah start jeling jeling tu. Memang kena lah nanti.

"Hah! Baru reti bangun ke? Matahari dah terpacak! Elok sangatlah tu anak dara bangun lewat. Nanti kahwin takkan nak buat perangai macam ni," Haa kan dah kata! Memang kena punya dengan ibu.

"Alah ibu. Bukan selalu pun Ris bangun lewat. Penat lah bu. Kerja banyak sangat. Time time cuti macam ni lah baru best nak rehat bu." Pandai tak aku pujuk ibu? Kihkihkih. Kerja banyak ek? Padahal layan drama korea sampai tak sedar dah pukul 4.

"Hah ye la tu! Ris tak payah keluar la hari ni eh. Kawan abah kamu nak datang. Tolong ibu masak lepas tu buat kuih dengan ibu," arah ibu sambil tangannya liga menyiang ayam.

"Oraitt," Kawan? Yang mana satu? Malas lah nak tanya ibu. Nanti kang dicop busybody kahkahkah.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Assalamualaikum," terdengar suara seorang lelaki tua yang memberi salam.

"Waalaikumussalam," sahut aku. Mesti kawan ibu abah ni.

"Jemputlah masuk," aku mempersilakan mereka berdua masuk. Nasib baik aku dah pakai tudung sebab dah sedia maklum dengan ibu. Aku bersalam dengan perempuan tua itu. Isterinya kot.

"Lama tak jumpa kau Hisham. Apa khabar? Sihat?" Tanya abah terhadap lelaki tua itu. Oh Hisham nama pakcik tu.

"Sihat Alhamdulillah. Macam biasa lah. Tapi tua tua ni macam macam penyakit singgah," balas Uncle Hisham. Hm betullah. Abah pun ada penyakit jugak dah tua tua ni.

"Ni kenalkan anak aku. Airis Medina. Ris ni kawan abah Dato' Hisham dengan Datin Dahlia " ujar abah memperkenalkan anak daranya ini terhadap sepasang suami isteri itu.

Mak aihh. Dato' Datin rupanya. Alamak aku dahlah pakai macam ni je. Jatuh standard.

"Panggil Aunty Dahlia dengan Uncle Hisham je," aunty Dahlia bersuara setelah dari tadi hanya berdiam diri sambil tersenyum.

"Makanan dah siap ni. Jemputlah makan," ajak ibu terhadap dua tetamu itu.

*so sorry if i lack something in this part. Saya budak baru.

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now