Bab 48

51.8K 1.6K 29
                                    

HAYYAN MIKAEL

Aku menunggu kepulangan Mariana dengan hati yang sebal. Rasanya malas mahu menghadap wajahnya. Tapi apakan daya, memang aku tak boleh elak lagi.

"Hi. Thank you sudi jemput I sayang," Mariana memeluk ku erat. Dulu aku sukakan pelukan itu. Tetapi kini, aku rimas.

"Dah jom balik. Rimaslah," aku meleraikan pelukan. Mariana sedikit tercengang melihat reaksiku.

"You ni kenapa? Moody semacam je?" Soalnya ketika kami memasuki kereta. Aku diam tidak berjawab. Mataku fokus ke depan untuk memandu.

"Hayyan!"

"I tengah drive ni. So shut up please,"

Suasana tegang. Mariana merengus marah.

"What's wrong with you actually? I baru je balik and then terus kena macam ni,"

Aku mendiamkan diri untuk mengawal amarah yang sudah membuak buak. Mariana juga diam setelah soalannya tidak dijawab.

Akhirnya sepanjang perjalanan kami diam tanpa sepatah kata.

"Zat, kau kena tolong aku ni. Aku dah buntu. Tak tahu nak mulakan macam mana,"

Izzat dihadapanku berfikir. Dia juga seperti aku, terkejut bila mendapat tahu kebenarannya.

"Bro, aku nak kau buat keputusan bila kau dah reda. Jangan buat keputusan time kau marah. Habis semuanya,"

"Habis tu macam mana. Aku nak hadap muka Mariana pun dah tak boleh sekarang," aku meraup wajahku. Serabut!

"Kau slowtalk dengan dia. Kau jangan terus marah marah. Tapi kalau dia tak mengaku jugak, barulah kau berkeras sikit," Izzat memberikan cadangan.

"Aku takut aku naik tangan je dekat dia," aku merungut risau.

"Haa yang tu kau kena pandai control. Kalau boleh kau ikat je tangan kau tu," nasihatnya diselangi dengan tawa. Aku hanya diam. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku turut ketawa.

Setelah lama kami berbincang, aku meminta diri untuk pulang ke rumah kerana hari sudah malam.

Kelihatan kereta Mariana sudah tersadai di luar rumah. Katanya dia perlu menghadiri satu majlis dan aku mengagak dia akan pulang lewat ke rumah.

"You pergi mana?" Sebaik sahaja aku melangkah masuk, Mariana menegurku.

"Keluar dengan Izzat," aku menjawab acuh tak acuh dan melangkah untuk ke tingkat atas. Mariana mengekoriku.

"You ni memang suka ke tinggal isteri you sorang sorang dekat rumah. What if something happen to me? You dah tak boleh nak menyesal tahu tak?" Mariana memarahiku dan mengatakan yang bukan bukan.

Aku semakin panas. Kenapa tiba tiba nak bangkitkan benda ni?

"You ni kenapa? I keluar dengan Izzat. Kawan I. Bukan sesiapa pun. Yang you nak kecoh sangat ni kenapa. I bukannya balik pukul 12. It's still 9! Lagipun you cakap you kena pergi event so apa kejadahnya I nak balik awal," aku kembali memulangkan paku buah keras.

"Tapi you nampak kan I ada dekat rumah,"

"Habis you ingat I ada matalah dekat sini?" Aku menyindirnya.

Dia terdiam.

"Okay. I'm sorry. Mungkin I je yang emosional lebih. You pergilah mandi," suaranya mengedur. Aku merengus marah dan terus menuju ke bilik air.

Aku mengambil masa yang lama untuk membersihkan diri. Memikirkan bagaimana untuk aku mulakan.

Usai solat, aku memohon kepadaNya untuk permudahkan segala urusan.

"Mar," aku memanggilnya.

Mariana yang sedang berbaring memalingkan wajahnya ke arahku.

"I nak bagitahu something ni," aku memulakan langkah.

"Apa dia?"

"I dah tahu semuanya," wajahnya berkerut.

"Tahu apa?"

"About our baby,"

Mariana terdiam.

"Ke kenapa dengan ba baby kita?" Terketar ketar dia bertanya.

"I nak tanya, memang you ke yang rancang semuanya?"

"Whatt?? No! Takkan I tergamak nak bunuh anak I sendiri," Mariana bangkit dari katil dan berdiri.

"Bila benci menguasai diri, macam macam manusia akan buat," aku menyindir.

"You tak payah nak sindir I lah Hayyan sebab I tak buat semua tu. Your Airis yang buat. Dia yang tolak I. You masih tak percayakan I ke? Ke you dah kena guna guna ni?" Mariana membela diri. Sudah terang lagi bersuluh masih mahu mengelak.

"And you tak payah nak tuduh Airis sebab bukan dia yang buat! It's you. You killed your own baby!" Amarahku sudah memuncak.

"Nonsense! I tak buat! Ni mesti Airis yang hasut you. You ingat I tak tahu you pergi jumpa dia?"

"Dia tak ada kena mengena dalam ni. And she is my wife so I berhak jumpa dia!"

"Dah agak. Apa lagi yang dia cakap dekat you sampai you kemaruk sangat percaya ni?"Dia masih tidak mahu mengalah.

"Jangan nak berdalih Mar. I kenal you macam mana," aku menyindir lagi.

"For what I buat semua tu? You ni memang tak fikir ke apa nak tuduh I sembarangan,"

"Sebab you tak nak anak! You nak fokus with your work, modelling and so on. Before that you ada ambil pil perancang kan and that time you mengaku dekat I yang you tak nak anak. You gunakan Airis untuk selamatkan diri you!"

Akhirnya aku meluahkan segalanya.

"Ye memang I buat! I buat semua tu sebab I sayang you!" Mariana akhirnya mengaku. Sayang?

"Sayang? Kalau you sayang I you takkan buat semua tu,"

"I tak nak berkongsi kasih dengan orang lain. I nak you ceraikan Airis. Kita bercinta bertahun tahun tapi alih alih dia yang kahwin dengan you. Dia perampas!"

"Tapi you tak perlu tuduh dia yang buat! You tahu tak apa yang dia perlu hadapi lepas you tuduh dia macam macam?" Aku meraup wajah. Sesal dengan perbuatan Mariana.

"I don't give a damn about it! Memang padan dengan muka dia. And you! Tak perlu nak bela dia,"

"I tak rasa kita sehaluan lagi Mar," suara ku mengendur.

"What? No! Kita tak sehaluan sebab perempuan tu! You ceraikan dia and kita akan bahagia sayang,"

"Lepas apa yang you dah buat? You ingat senang senang je I boleh terima?" Aku dah tak sanggup untuk meneruskan semua ini.

"I boleh berubah Hayyan. Kalau you ceraikan Airis, I akan berhenti kerja. I jadi housewife sepenuh masa. I janji Hayyan. Please," Dia memujukku. Maaf. Kali ini aku dah tak termakan.

"It's too late Mar. I takkan biarkan Airis lagi. Tunggu surat dari lawyer I. Kita cerai," aku mencapai beg kerja dan ingin keluar dari sini.

"No Hayyan no! Jangan tinggalkan I. Hayyan please," Mariana memaut lenganku dan menangis teresak esak.

"Mungkin jodoh kita sampai disini je. You akan jumpa lelaki yang lebih baik dari I dan yang mampu ubahkan you. Just let me go Mar," aku melepaskan pegangan Mariana dari lenganku.

"Hayyan jangan tinggalkan I!" Aku bergegas turun dan mencapai kunci kereta.

Memang tak mudah untuk aku lepaskan Mariana. Semua kenangan manis yang kami lakukan semasa zaman percintaan masih terpahat di ingatan. Tetapi mengenangkan perkara yang dia telah lakukan, benar benar menjatuhkan maruahku sebagai seorang suami. Langsung tiada rasa hormat terhadap diriku. Jadi, untuk apa kami bersama lagi.

Kereta terus meluncur laju membelah jalan raya yang masih sesak. Akhirnya, sampai jua di destinasi. Rumah aku dan Airis.

Airis, abang rindu!




Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now