Bab 29

42.3K 1.7K 51
                                    

"Hisy dah ambil pil pun melekat jugak!" Cemberut muka Mariana tahan marah. Okay aku tak faham. Lantak dialah. Malas nak tegur. Kalau tegur karang sakit hati. Aku menunggu giliran dengan sabar. Cepatlah doktor. Dah tak tahan ni!

Dan nasib baiklah Mariana tak perasankan aku. Kalau tak memang menyindir lah aje kerjanya. Muka dia cemberut macam apam basi tu kenapa? Sekali lagi, lantak kaulah! Tengok kau teringat je kat sang suami yang sekarang ni tah sihat ke tidak. Walaupun tinggal serumah, tidur sebilik tapi masing masing buat hal sendiri. Nevermind.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

MARIANA

"Macam mana ni weh Zita? Aku dah ambil pil perancang tau tapi asal lekat jugak??" Luahku kepada rakan baikku, Zita.

"Kau ni Mar, patut bersyukur tau dapat baby. Kat luar sana tu berapa banyak pasangan nak anak. Kau dapat tak bersyukur," sindir Zita.

"Whateverlah!"

"Hayyan dah tahu?"

"Belum. Aku tak bagitahu lagi. Dan aku macam malas nak bagitahu. Dia pun lagi satu, kebelakangan ni asyik nak moody aje. Lepastu macam tak sabar sabar nak balik rumah bini tua!" Bentakku.

Aku pegang perutku. Bukan aku kejam sangat taknak langsung baby ni. Tapi aku belum bersedia. Dengan kerjaya aku sebagai ahli perniagaan yang baru naik dan dikenali dan pekerjaanku sebagai model sambilan, aku taknak ada sebarang komitmen lagi. Aku masih tak perlukan anak buat masa sekarang. Mungkin pada masa lain aku akan terfikir soal anak. Tapi bukan sekarang. Apa aku nak buat ni. Takkan nak pergi gugurkan kot? No no no! Aku bukan pembunuh!

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

AIRIS MEDINA

"Woi perempuan!" Siapa yang biadap sangat ni datang rumah orang lepas tu panggil macam tu. Memang nak kena. Aku pusing. Mariana? Buat apa ke sini?

"Dah takde adab ke Puan Mariana," bidasku.

"Kau bukak pagar ni sekarang," arah Mariana.

"Kalau taknak?" Aku tayang muka selamba. Ingat kau aje boleh buat? Aku pun boleh lah. Ni Airis lah mana pernah kalah.

"Bukak aje lah aku suruh!" Eh eh dia ingat dia siapa nak arah arah aku. Tapi sebelum dia meroyan kat luar pagar baik aku buka.

Ppang!! Pipiku sakit. Apa tu? Tamparan Mariana lah Ris! Perempuan ni gila ke?

Ppang! Ppang! Hah ambik kau. Aku bagi dua biji penampar. Satu kanan satu kiri.

"Woi perempuan!" Jerkah Mariana sambil pegang kedua dua pipinya yang dah merah. Padan muka! Sakit ke? Of course lah sakit!

"Apa apa apa? Kau yang mulakan dulu! Takde angin takde ribut tampar orang. Kau ingat aku ni lembik sangat ke tak reti bak balas balik? Kau silap oranglah!!!" Marahku dengan nada yang tinggi.

"Parents aku tak pernah sentuh pun aku! Kau berani eh??" Marah Mariana sambil menuding jari ke arahku. Ingat aku takut? Dia tampar orang takpe pulak. Ibu abah pun tak pernah buat tau! Ingat parents dia aje baik?

"Ohh baguslah macam tu. Biar aku jadi orang pertama yang tampar kau," sindirku. Masalahnya sekarang, apa motif dia datang rumah aku lepastu meroyan tak tentu pasal ni???

"Kau cakap apa ah kat Hayyan sampaikan dia tak pedulikan aku?" Okay ada kena mengena dengan aku ke?

"Habis tu apa kena mengena dengan aku?"

"Jangan buat tak tahu lah Airis. Mesti kau hasut dia kan supaya jauhkan diri dari aku. Mengaku ajelah!!!" Tengking Mariana. Huh nasib baik jarak dengan rumah jiran tak dekat sangat. Kalau tak, jadi viral. 'Madu gaduh di laman rumah'. Apalah Mariana merepek ni. Aku dah 3 minggu tak bercakap dengan Hayyan boleh pulak dia tuduh aku macam macam.

"Kau kot tak pandai jaga laki sebab tu dia malas tengok muka kau. Ye lah hari hari mekap tebal macam opera cina lepas tu tayang muka depan laki. Mana tak muaknya Hayyan tu kan," sindirku sambil mencebikkan bibir. Saja nak buat dia sakit hati baru puas! Maaf kali ni Airis kejam. No more belas kasihan.

"Kauuu!!" Mariana mengangkat tangan untuk menamparku tapi sempat aku tahan. Tapi aku tak sempat nak tahan tangan dia yang lagi satu. So, kena satu lagi penampar. Sakit!! Ingat aku nak diam aje?

Ppang!!! Aku tampar balik Mariana! Oh yes tangan aku pun dah merah ni! Lepas aje kena tampar, berlaku pergelutan antara aku dan Mariana. Perempuan bergaduh. Dia tarik tudung aku dan aku tarik rambut dia. Agak kuat aku tarik rambut dia. Tudung aku dah tak macam rupa tudung dah!

"Hey hey hey! Apa korang buat ni! Malulah kalau orang nampak;" tiba tiba Hayyan muncul sebagai 'hero' keadaan. Dia meleraikan kami.

"Dia yang tampar I," adu Mariana. What??

"Eh siapa yang tiba tiba datang meroyan lepas tu tampar aku dulu? Kau kan?" Balas ku.

"Kalau kau tak hasut Hayyan aku tak buatlah semua tu!" Yee mulut dia masih berbunyi.

"Both of you shut up! Mar you dah gila ke serang Airis?," marah Hayyan.

"No I tak gila! Perempuan ni yang gila!," uihh aku pulak dia tuduh gila. Aku tayang muka tak puas hati.

"Airis what going on? Cuba bagitahu," Hayyan bersuara.

"Dia yang mulakan dulu! Datang tampar orang lepas tu tuduh bukan bukan. So bukan saya yang gila! Dia!" Aduku. Ingat dia sorang boleh mengadu? Aku pun bolehlah.

"Okay dah! Mariana you balik. Jangan buat benda gila macam ni lagi," arah Hayyan.

"You balik dengan I," arah Mariana. Ewah ewahh! Aku takkan izinkan.

"Tak boleh! Hari ni turn aku!" Aku memegang erat lengan Hayyan. Taknak tunjuk yang aku ni loser. Aku pun ada egolah!

"Mar you balik dulu. Nanti kita bincang,"

Mar merengus geram dan pergi ke kereta untuk balik. Aku segera berlalu ke bilik dan menangis. Itulah pergaduhan paling besar yang pernah aku alami. Aku menangis sakit hati! Aku kuatkan hati lawan balik Mariana. Kalau tak memang dah lama k.o. Nasiblah aku ni dulu 'juara bergaduh' masa zaman kecil. Antara adik beradikku, akulah jaguh. Tapi hanya pergaduhan kecil. Taklah sebesar ni.

Memang aku pantang betul kalau orang cari gaduh dengan aku lepastu tuduh macam macam. Gila! Terdengar derap kaki seseorang. Aku lap airmata sebelum Hayyan perasan.

Okay tak? Macam mana scene gaduh Airis dengan Mariana? Saya buat Airis ni melawan. Tak lembik. Tak mengalah. Baru thrill!
Lepas baca, sila vote yaa. Muah ciked

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now