Makanan dah siap. Aku menghidangkan nasi tomato memandangkan Hayyan cakap Mariana boleh je telan makanan melayu. So apa lagi, nasi tomato je ada dalam kepala ni. Masak je lah. Tapi asal aku rase macam tak sedap hati eh?
Em mungkin sebab ni pertemuan kali ke 3 antara aku dengan Mariana dan sebab jarang berjumpa lah rasa berdebar aje. Rilek Ris rilek.
"Assalamualaikum," alamak! Diaorang dah sampai!
"Waalaikumussalam. Masuklah," aku pergi ke arah pintu dan bersalaman dengan Mariana dan aku hadiahkan senyuman yang paling manis. Tapi dia? Senyum sekilas macam tu aje? Ei minah ni. Kau nak berdamai ke taknak ni? Ke memang dia senyum macam tu. Maklumlah muka tu ketat je kan.
"Oh Airis. I nak mintak maaf lah pasal tu. Memang salah I. Taknak lah you dendam dengan I,"
"Ala takpelah. Salah faham je kan. Jomlah makan dulu," aku pelawa mereka ke meja makan. Jemputlah makan nasi tomato buatan Airis Medina yang selalu dipuji oleh ibu dengan abah.
"Hayyan dah bagitahu you?" tanya Mariana.
"Bagitahu apa?" Hairan.
"Yang I pregnant la,"
"Ohh ye ke? Tahniah. Dah berapa minggu?"
"Em nak masuk 6 minggu dah," ohh mengandung rupanya. Asal Hayyan tak cakap pun kat aku. Ke dia lupa. Tapi benda macam ni takkan dia lupa. Benda yang paling happy dalam dunia kot! Aku pandang Hayyan. Dia tengah syok makan nampaknya. Biarlah. Nanti nanti lah tanya.
"Air suam ada?" Air suam pulak dah. Banyak songeh lah pulak.
"Ada ada. Jap saya pergi ambil," aku ke dapur untuk ambil air suam. Takkan nak suruh tetamu ambil sendiri. Ye dakk? Bila aku berpusing tiba tiba aku terlanggar Mariana dan air banyak yang tumpah dan tiba tiba...
"Aaaaaaaa!" Mariana jatuh! Ya Allah. Apa aku dah buat ni? Darah mengalir dari celah kangkang Mariana. Aku takut!
"Hayyan!!" Teriakku.
"Ada... Astaghfirullahalazim. Macam mana boleh jadi ni?" Hayyan terkejut melihat banyak darah yang mengalir.
"Call ambulans. Kalau pergi sendiri lambat sampai. Jalan jem," aku bergegas call ambulans. Kalau kami pergi sendiri alamatnya memang ke esok tak sampai lagi jalan mesti jem.
Aku dan Hayyan mengekori ambulans dengan menaiki kereta. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut kami. Aku tak tahu macam mana nak mulakan bicara. Tapi tu semua bukan salah aku! Tiba tiba sahaja Mariana berada di belakang aku. Apa boleh buat!
Aku taknak Hayyan salahkan aku! Aku bukan pembunuh! Aku bukan pembunuh anak mereka!
"Awakk. Saya tak buat,"
"Just shut up. Tanya Mariana bila dia dah sedar," dingin.
Air mata hampir mengalir. Jangan nangis Ris! Kau kena kuat!
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Sesampainya di hospital. Kami perlu menunggu lama. Tiba tiba datang mama papa dan sepasang suami isteri. Parents Mariana mungkin.
"Hayyan. Macam mana boleh jadi macam ni?" Mama bertanya kepada Hayyan dengan cemas. Aku hanya menjadi pendengar. Tak sanggup nak pandang muka mama.
"Tak tahu. Tiba tiba je. Cepat sangat berlaku," Hayyan mengeluh kesal.
"Kenapa? Apa yang jadi?" Wanita tua itu pula yang menyoal Hayyan.
"Dia jatuh mummy," jawab Hayyan. Ah! Buat aku kesal! Kesal sangat! Aku serba salah.
"Macam mana boleh jatuh! Kau jaga tak bini kau Hayyan?" Mummy Mariana sudah meninggikan suara. Aku tak berani nak mencelah untuk beritahu yang itu semua bukan salah Hayyan. Aku yang terlanggar Mariana dan dia jatuh terpijak air yang tumpah. Tapi aku tak punya kekuatan! Maafkan saya, awak.
Hayyan pandang aku. Aku mengalihkan pandangan. Tak berani aku nak bertentang mata dengan dia. Ekspresi dia memberitahu 'semua ni salah kau'. Ya Allah. Janganlah apa apa terjadi pada kandungan Mariana.
"Ni keluarga Puan Mariana ke?" Seorang doktor perempuan datang memecah ketegangan.
"Ye kami keluarga Mariana. Macam mana keadaan dia doktor?" Tanya Hayyan.
"Puan Mariana dah sedar. Tapi kandungan dia kami tak dapat selamatkan. Memandangkan kandungan masih baru jadi bila terjatuh risiko untuk gugur tinggi," Ya Allah! Apa aku dah buat!
"Boleh kami masuk?"
"Boleh. Tapi saya tak sarankan masuk ramai ramai sebab keadaan dia masih lemah," jawab doktor kemudian berlalu. Aku hanya berdiam diri. Nak je aku pergi masuk dan mintak maaf dekat Mariana.
"Mummy, mama. Biar Hayyan masuk dulu,"
Aku mengeluh panjang. Hati aku gusar. Macam mana aku nak berhadapan dengan mereka. Aku pandang mama dan mummy Mariana. Yang buat aku tersentap bila mummy Mariana 'menghadiahkan' jelingan tajam. Sah! Mummynya tak suka aku. Eleh padahal anak dia tu yang gatal nak jugak kahwin dengan Hayyan nak benci aku kenapa pulak?
"Ris tahu apa dah jadi?" tiba tiba mama bertanya. Apa aku nak jawab.
"Abang Hayyan dengan Mariana datang rumah"
"Entah entah kau yang buat anak aku gugur tak?" Mummy Mariana mencelah. Belum sempat aku habiskan ayat.
"Jangan nak tuduh menantu saya bukan bukan. Saya kenal dia ni macam mana," mama membela aku. Mama, Ris minta maaf! Kalau mama tahu kebenarannya nanti, mesti mama tarik balik kata kata tu. Mama akan sangsi dengan Ris.
Aku diam. Pertanyaan mama aku biarkan. Biarlah Mariana beritahu sendiri. Yaa. Aku pasti dia akan cakap yang itu semua insiden. Aku terlanggar dia. Bukan sengaja! Sebab kalau aku beritahu mereka sekarang, mummynya tak akan percaya cakap aku. Jadi biarlah dia tahu dari mulut anaknya sendiri.
Omaigod! Mariana gugur?? So adakah ini plan Mariana sebenarnyaa? Nantikan next chapter ye?
Oh jangan lupa baca karya kedua saya. BOSS VS PA.
Jomlah singgah di profile saya and baca Boss Vs PA. *promote cerita sendiri apa salahnya kan
Lepas baca jangan lupa vote. Muah ciked :*
YOU ARE READING
Saya Tunggu Tau ✔
RomanceAiris Medina disatukan dengan Hayyan Mikael dengan kerelaannya dan keterpaksaan Hayyan. Hidup sebumbung dengan lelaki bernama Hayyan Mikael sangat mencabar tahap kesabaran Airis. Kewujudan Airis di rumah itu bagaikan orang asing bagi Hayyan. Lebih m...