Bab 46

50.9K 1.5K 21
                                    

Dari jauh sudah kelihatan Naufal datang menghampiri aku dan Nadia yang baru pulang dari kerja.

"Airis, I need to talk with you," aku hanya mendengar sepintas lalu tanpa berniat untuk menerima pelawaannya. Nadia di sebelah sudah menjeling hairan. Dan aku memberi isyarat mata untuk teruskan perjalanan kami ke kereta.

"Airis. Awak dengar tak?" Suara Naufal sedikit meninggi. Aku berhenti dan menyuruh Nadia pergi dahulu.

"Awak nak apa Naufal? Sampai ke ofis cari saya ni kenapa?" Walhal aku sudah mengetahui tujuan utamanya, saja aku bertanya.

"Sebab awak tak jawab call saya, mesej tak reply. Kenapa?" Soalnya mendesak.

"Saya sibuklah," alasan yang aku boleh beri setakat ini. Aku dalam usaha untuk menjauhkan diri dari Naufal. Teringat pesanan Zakiah tempoh hari. Aku kembali melangkah.

"Janganlah macam ni Ris. We need to talk," desaknya lagi sambil mengekori langkahku.

"Cakap apa Naufal? What's wrong with you? We have nothing!" Aku melajukan langkahku. Aku perlu cepat. Perasaan cuak mula menghantui.

"Airis, I love you!" Jeritnya. Aku melajukan lagi langkahku dan menutup telingaku. Tidak mahu mendengar apa apa yang keluar dari mulut Naufal.

Nasib baik Naufal tak ikut sampai ke kereta.

"Kenapa?" Soal Nadia sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta.

"Takde apa. Cuma tanya pasal Hayyan," bohongku. Nadia tidak perlu tahu. Takut memberi kesan kepadanya.

Sepanjang perjalanan pulang, aku hanya diam tidak bersuara. Nasiblah hari ni aku menumpang Nadia ke kerja. Kalau aku yang pandu, entah ke mana aku pergi.

"Kau kenapa ni Airis? Diam je. Muka pun pucat. Kau tak sihat eh?" Soal Nadia. Dapat aku rasakan mukaku pucat. Cuak!

"Takdelah. Penat kot. Kerja banyak mana tak penat kan," jawabku. Nadia hanya ketawa mengiyakan.

"Tu lah. Bilalah diaorang nak interview pekerja baru. Penat buat kerja yang banyak tertangguh tu," Nadia menyokongku.

Usai mandi dan solat, aku termenung di atas katil. Kembali mengingati kejadian petang tadi. Entah kenapa aku rasa Naufal begitu menakutkan. Janganlah dia buat apa apa yang tak patut.

Aku mengusap perut. Masih tidak kelihatan memandangkan usia kandunganku masih muda. Tapi lama lama perutku akan kian membesar dan aku perlu memberitahu perkara yang sebenar kepada Hayyan sebelum dia syak wasangka.

Tiba tiba perutku berbunyi.

"Anak mama lapar ya? Nanti kita makan tau," aku mengusap perutku dan seolah bersembang dengan anakku. Andai Hayyan berada disisiku. Tapi aku tahu dia mempunyai dua tanggungjawab yang besar.

"Nanti mama beritahu papa ya? Kita kena bersabar biar semua selesai, baru boleh. Mama taknak apa apa terjadi dekat baby," aku membuka langkah dengan berhati hati turun ke bawah untuk makan.

Lenaku terganggu. Siapa pula call pagi pagi ni. Dah lah semalam aku tak boleh nak tidur. Selepas Subuh baru aku boleh lelapkan mata. Tanpa melihat nama pemanggil, aku terus menjawab panggilan.

"Helo Airis," suara lelaki menyapa.

Naufal! Macam mana boleh terbabas ni?

"Hmm," aku hanya menggumam.

"Saya ganggu awak tidur ke?" Soalnya. Dah tahu kenapa tanya lagi?

"Nak apa?" Aku bersuara dingin.

"Kita jumpa,"

"Semalam dah jumpa kan?" Perjumpaan secara tidak sengaja yang berlaku di pejabat aku. Huh!

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now