Bab 38

49.5K 1.8K 47
                                    

Hujung minggu begini aku hanya ingin berehat dirumah. Minggu depan dah berangkat ke Terengganu. Tapi banyak benda yang aku perlu beli untuk keperluanku di Terengganu. Argh! Malasnya nak keluar. Hayyan ke pejabat. Hujung minggu macam ni pun bekerja.

Telefon dicapai. Nombor Mira didail.

"Hello Assalamualaikum," sapa Mira.

"Waalaikumussalam. Kau buat apa dengan Zakiah?"

"Tak buat apa apa pun. Kitaorang duk melantak je dari tadi," okay cun!

"Jom teman aku keluar. Beli barang," ajakku.

"Hayyan takde ke?" Erk! Kalau ada pun aku taknak ajak dia. Hubungan kami masih dingin.

"Takde. Dia pergi ofis. Nak teman ke tak nak?" Soalku lagi.

"Ye lah ye lah. Kau datang ambik kitaorang. Kereta aku masuk workshop,"

"Okay okay. Lepas Zohor aku sampai," ujarku kemudian mematikan panggilan.

Konon nak berehat hujung minggu tapi keluar juga. Nasiblah.

Selepas selesai membeli barang keperluan, Zakiah dan Mira mengajakku menonton wayang. Budak ni memanglah. Sambil menunggu filem ditayangkan dalam masa satu jam setengah lagi, kami mengisi perut terlebih dahulu.

"Serious ke kau nak pindah Terengganu?" Soal Zakiah masih tidak berpuas hati. Dari dalam kereta lagi kot dia tanya aku soalan ni.

"Ye aku pindah. Dah berbuih mulut aku ni jawab,"

"Kenapa? Takkan pasal tu kot," masih tak puas hati. Mira hanya mendiamkan diri. Dia juga mahu mendengar jawapan aku.

"Ya pasal tu. Tak sanggup dah aku nak hadap semua," mereka yang dah sedia maklum tentang kejadian itu hanya mengangguk.

"Hayyan percaya kan madu kau ke?" Giliran Mira pula bertanya.

"Half half. Dia percayakan aku tapi dalam masa yang sama dia percayakan Mariana. Aku pun tak fahamlah dengan dia tu," jawabku lemah. Pedih rasa hati teringatkan kejadian tu.

"Asal kau tak jumpa je si Mariana tu. Berunding dengan dia. Kau pun mulut boleh tahan kalau bab gaduh gaduh ni," Zakiah memberi cadangan. Amboi kau!

"Malas lah aku. Mulut dia tu lagi berbisa tahu tak. Aku malas lah gaduh mulut ni," ujarku sambil ketawa. Sebenarnya aku malas mahu bersua muka dengan Mariana. Sebab aku rasa macam nak cakar cakar je muka dia tu.

"Hai Airis," tiba tiba ada satu suara menyapa. Aku melihat gerangan wanita yang menyapaku. Alamak! Panjang umur. Dah muncul dah?

Mira dengan Zakiah hanya diam memandangku.

"Mariana. Buat apa kat sini?" Soalku sekadar berbasa basi. Betullah! Aku rasa nak cakar je muka dia tu.

"Saja jalan jalan dengan kawan I, Zita. You buat apa kat sini?" Tak nampak aku tengah makan ni?

"Makan," jawabku sepatah.

"Oh I see. Boleh je you eh keluar dengan kawan kawan lepas apa yang dah jadi," berdesing telingaku mendengar sindirannya.

"Tak boleh ke? Saya rasa saya tak ada kena mengena dengan kejadian tu," sindiran dibalas dengan sindiran. Adil kan?

"Tak ada kena mengena? So funny Airis. You tak tahu ke semua orang anggap you pembunuh my baby," sindirnya lagi. Aku menggenggam penumbuk. Geramnya!

"So? Saya tak kisah lah sebab bukan saya yang buat," jawabku lagi. Suara ku bergetar menahan amarah.

"No! You yang buat," bidasnya lagi. Minah ni memang nak kenalah.

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now