Bab 36

46.3K 1.7K 49
                                    

Genap tiga minggu aku tidak berhubung dengan Hayyan. Aku call tak dijawab. Whatsapp tak direply. Hanya tinggal bluetick dan last seen je. Mungkin dia perlukan masa lagi. Dua minggu aku tinggal di rumah orang tuaku, mereka tak pernah bertanya tentang Hayyan kerana aku akan menangis jika teringatkan dia.

"Jom, masuk meeting," suara Kak Ros menyedarkan aku.

"Tujuan saya panggil awak semua meeting ni sebab saya nak maklumkan sesuatu," Encik Zahari memulakan bicara. Semua pekerja memberi tumpuan termasuklah aku.

"Seperti yang awak semua maklum, Z&A Project mempunyai dua buah cawangan. Satu di sini dan satu di Terengganu," kami semua mengangguk mengerti. Ah kenapa rasa macam ada sesuatu je?

"Z&A Project di Terengganu kekurangan pekerja. Di sini kita ada ramai arkitek, pembantu arkitek, bahagian kewangan pun ramai. So saya perlukan empat orang pekerja di sini dipindahkan ke sana. Arkitek, pembantu arkitek, dan dua orang dari bahagian kewangan," dah agak dah! Pembantu arkitek? Salah satunya akulah! Oh no! Jangan lah aku yang kena.

"Don't worry. Awak semua akan bekerja dalam three to four months sahaja sementara mereka mencari kakitangan baru. Tapi saya syorkan yang bujanglah sudi 'terbang' ke Terengganu. Pasal tempat tinggal, jangan risau kami akan tanggung," sambung Encik Zahari panjang lebar.

Ramai yang menunduk mendengarnya. Haih nasiblah aku ni dah bersuami. Kalau tak memang confirm aku tercalon.

"Saya bagi masa one week. Kalau takde yang sukarela, saya akan pilih,"

"Airis nak pergi tak Terengganu?" Soal Kak Ros.

"Tak tahu lah saya. Kalau Encik Zahari pilih saya, nak buat macam mana kan. Tapi saya memang tak nak kak," masalah aku dengan Hayyan tak selesai lagi lepas tu nak pergi bekerja kat sana? Memang tak lah.

"Airis macam mana ni. Confirm aku kena," tiba tiba Nadia datang sambil menangis.

"Dah kenapa kau ni?"

"Bahagian kewangan aku dengan Zarif je kot yang bujang. Confirmlah aku kena," adu Nadia. La itu rupanya.

"Dah kalau kena kau redha aje lah. Tak payahlah kau bayar sewa rumah. Company tanggung kan," aku memujuk Nadia.

"Hmm ye lah,"

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Usai solat Isyak, aku merebahkan diri ke atas katil. Rutin ku sejak tiga minggu lepas, merenung dan termenung. Telefon ku berbunyi. Aku membuka conversation di whatsapp. Alangkah gembiranya aku apabila Hayyan menghantar mesej kepada aku.

From : Hayyan
Esok saya balik rumah. Kita bincang.

Uihh tak sabarnya nak balik rumah esok. Aku rindukan dia. Rindu nak tengok senyuman dia, and of course rindukan wajah dia yang hensem tu.

"Abah esok Ris balik rumah. Abang Hayyan dah nak balik rumah esok," aku memaklumkan kepada abah.

"Baguslah macam tu. Ris bincang elok elok dengan dia. Settlekan terus," nasihat abah. Ye abah. Ris akan usahakan Insha Allah.

Aku tak boleh lelapkan mata. Entah mengapa aku berasa tidak senang. Macam ada perkara yang akan berlaku. Perkara aku yang tidak ingini. Perkara yang aku takuti.

Tak! Hayyan takkan buat macam tu. Aku yakin. Sekarang aku perlu tidur dan bangun awal esok untuk balik ke rumah kami.

"Assalamualaikum," aku memberi salam. Hayyan sampai awal dari aku. Atau mungkin dia tidur di sini semalam. Tapi kenapa tak bagitahu aku?

Hayyan turun dari tingkat atas. Suasana janggal antara kami.

"Awak baru sampai?" Soalku. Menghilangkan suasana janggal.

"Semalam dah sampai. Tidur sini," jawab Hayyan sambil menuju ke arah sofa. Aku dah agak.

"Kenapa tak bagitahu? Kalau tak dah semalam saya balik,"

"Penat sangat semalam lupa nak bagitahu," jawabnya. Nada dia. Nada yang aku tak suka dengar. Nada sewaktu di awal perkahwinan kami.

"Mariana dah okay?" Kali ni aku memberanikan diri bertanya tentang Mariana.

"Okay," sepatah.

"Lunch kat sini ye. Saya masak,"

"Hmmm,"

Aku memandang Hayyan hairan. Dah kenapa pulak? Aku bukan main excited nak jumpa dia. Alih alih dia pulak moody. Takpelah. Nanti nanti okaylah tu.

Suasana di meja makan tersangatlah janggal. Dan hambar. Dan bosan. Dan dan dan banyak lagilah. Tidak lama kemudian Hayyan bangun untuk mencuci tangan.

Aik? Tak habis? Biasa licin je kalau makan masakan aku. Kenyang kot.

Usai makan dan mengemas meja makan, aku dekati Hayyan yang asyik menonton filem.

"Awak berapa lama duduk sini?" Soalku ingin memulakan perbualan.

"Baru je balik dah tanya bila nak pergi?" Sindir Hayyan. Lah tanya je kot.

"Saya tanya je. Yang awak nak marah sangat ni kenapa?" Aku menarik nafas menahan marah di hati yang dah membara ni. Dari pagi sampai lah sekarang memang tak reda lagi. Tapi aku bersabar.

"Bila saya marah?" Eh? Kita tanya dia, dia tanya kita balik.

"Suka hati awaklah. Saya bukan main excited nak jumpa awak. Tapi awak layan saya macam ni?" Luahku dengan perasaan marah.

Hayyan hanya mendiamkan diri. Ni yang aku benci ni! Aku tak suka! Hello i'm here okay?

"Awak dengar tak saya cakap ni?" Soalku tak puas hati.

"Habis tu awak nak saya buat apa?" Hayyan menjawab dengan nada yang ditahan. Marah mungkin?

"Saya nak awak jangan layan saya macam ni. Saya tahu awak marahkan saya sebab kejadian tu. Tapi saya tak buat. Awak faham tak saya tak buat!" Suara aku sedikit meninggi. Dia harus tahu dan dia kena percaya!

"Bagi saya masa Airis. Semua ni mengelirukan saya," jawab Hayyan dengan perlahan.

"Masa? Awak perlukan masa? Dah three weeks Hayyan. Three weeks awak tak call saya dan awak tak pernah jawab call saya, whatsapp saya tak reply, dan sekarang masih perlukan masa? Again? You must be kidding me Hayyan," luahku. Tiga minggu dia abaikan aku. Masih tak cukup lagi masa?

"Awak tak faham saya Ris. Semua ni terlalu sukar untuk saya,"

"No! Awak yang tak faham saya. Awak tahu tak perasaan saya macam mana bila family Mariana tuduh saya pembunuh? Saya penyebab semua yang berlaku. You never understand it. I'm just too tired dengan semua ni Hayyan," ujarku. Aku penat dengan drama slot akasia berubah menjadi slot sinetron. Tak berkesudahan.

Hayyan mendiamkan diri. Sepertinya dia tidak mahu bersuara.

"Saya dah penat mengalah dari dulu sampai sekarang. Tapi apa saya dapat? Sakit jugak," sambungku. Hal ini harus disettle juga pada hari ini bersaksikan cuaca yang panas ini.

"Buat apa nak ungkit benda yang lepas. Sekarang ni bukan pasal benda lama tu," Hayyan kembali bersuara. Nadanya sudah meninggi.

"Saya ungkit sebab awak tak nampak semua tu! Awak tak pernah nampak. Dan sekarang awak hanya dengar dari sebelah pihak aje. Habis tu saya macam mana? Saya tahu awak percayakan Mariana dan awak sangsi dengan saya. Terpulanglah Hayyan. Biarlah saya dianggap penyebabnya kalau itu yang awak nak. I'm sick of it," jawabku dengan sebak. Air mata yang tak tertahan lagi terus mengalir. Aku pantas pergi ke tingkat atas dan masuk ke bilik. I need my pillow right now.

Hello guys! Lepas baca jangan lupa vote dan komen. Hikhik.

Read my second story, Boss Vs PA. Muah ciked :*

Kalau ada typo abaikan ya.

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now