Bab 43

49.7K 1.6K 49
                                    

"Hayyan?"

"Zita?" Kenapa aku bertuah sangat hari ni?

"You sorang je ke?" Zita duduk di atas kerusi kosong di depanku.

"Sorang je. Izzat tak boleh join. Order lah. I belanja," aku mengambil langkah pertama.

"I baru je makan tadi. Alang alang dah jumpa ni, nah kad. I ada bagitahu dekat Izzat hari tu. Mariana pun I tak jumpa lagi. Busy sangat dia tu. Asyik kerja je," Zita menghulurkan kad kepadaku. Kad kahwin mungkin.

Aku menyambut hulurannya. Aku perlu membuka langkah.

"You order air je. I nak tanya you ni," aku memanggil pelayan. Zita sedikit hairan tapi dia ikutkan saja.

"Apa dia?"

Aku sedikit teragak agak.

"Mariana ada bagitahu apa apa tak dekat you?"

"Bagitahu apa? About what?" Zita mengerutkan dahi.

"Okay first. Sebelum tu I tak nak you salah faham. I rasa macam ada something wrong sebab tu I nak tanya you,"

"Apa dia Hayyan. Just straight to the point," Zita dihadapanku hanya tenang.

Aku menarik nafas dan mengumpulkan kekuatan. Ya Allah Kau permudahkan segalanya.

"Pasal keguguran dia,"

Zita dihadapanku terkejut. Dia menyedut air yang baru sampai.

"Kenapa you tanya I?" Sedikit gugup aku melihat gaya percakapan Zita.

"You kan kawan dia. Dulu semua rahsia dia share dengan you," aku berhenti. Zita mengangguk di depanku.

Aku menyambung kata.

"So I bet dia ada beritahu something. Perkara yang I tak tahu. Yang orang lain tak tahu," perlahan aku menuturkan kata.

"I... I... tak tahu. Dia tak ada cakap apa apa pun dekat I. I pergi lawat dia hari tu dia tak cakap apa apa pun," aku memandangnya hairan. Kenapa tergagap? Aku memandangnya tapi pantas dia melarikan pandangan. Seperti sembunyikan sesuatu. Sesuatu yang penting!

"Are you sure Zita?" Aku mendesaknya lagi.

"Yes. Why not you tanya dia sendiri. Or siasat sendiri?" Lagi. Dia melarikan pandangannya.

"No. And never. Dia tak akan bagitahu apa apa dekat I. Siasat sendiri? How? I takde bukti or what so ever about that. I berharap dekat you je ni. I think you can help me but..," kata kataku terhenti disitu. Kecewa yang amat. Aku tahu dan aku yakin Zita sembunyikan sesuatu.

"Sorry Hayyan. I memang tak tahu. Tapi I nak tanya you ni,"

Aku mengangkat kepala dan memandangnya. Kali ni dia tidak melarikan pandangan ke arah lain.

"Kenapa you rasa macam ada something wrong?" Sudah ku agak memang dia akan tanya soalan ni.

"I tak sedap hati. Takpe lah kalau macam tu. Mungkin perasaan I je kot," tak perlu aku ceritakan satu per satu.

"I pergi dulu ya. Banyak lagi kena settlekan ni," Zita bangkit dari kerusi.

"Zita," langkahnya terhenti.

"Kalau you ada apa apa nak bagitahu, call I," aku menghulurkan kadku kepadanya. Walaupun aku sudah ada nombor dia tapi aku tak mahu mendesak dia. Takut Mariana dapat tahu. Haru jadinya. Biarlah dia bersedia dan rela hati untuk memberitahu aku.

Zita menyambut huluran ku dan mengambil kad itu kemudian berlalu pergi.

Aku berharap Zita akan ubah fikiran.

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now