Bab 34

43.7K 1.5K 45
                                    

MARIANA

Rancangan aku berjalan lancar. Aku tersenyum puas. Semua orang percayakan cakap aku kecuali mama! Arghh! Susah betul nak yakinkan orang tua tu. Sayang sangat dekat menantu dia. Aku ni menantu dia jugak.

Dahlah Hayyan anak tunggal, bukan main happy bila dapat tahu aku mengandung. Cucu sulung diaorang lah katakan. Tapi bila cucu dia dah tak ada, masih nak sebelahkan Airis tu. Apa yang ada kat perempuan tu tak tahulah.

Hayyan? Dia percayakan aku. Anak dia kot yang gugur memang lah dia marah bila dapat tahu. Tapi dia masih sangsi dengan aku. Takpe, lama kelamaan dia akan percaya cakap aku. Aku kena yakinkan dia.

Kalau diikutkan aku dah boleh keluar esok tapi aku minta doktor panjangkan tempoh. Yelah, nak tunjuklah yang kita ni lemah.

Iphoneku berbunyi. Zita.

"Hello babe! Kau macam mana?" Suara Zita di panggilan.

"Macam mana apa? Macam ni lah. Kau taknak ke lawat aku. Kawan jenis apa kau ni," aku membalas. Langsung tak datang jenguk aku.

"Sorrylah. Ni pun baru je mummy kau bagitahu aku tadi. Aku nak pergilah ni. Kau ada nak kirim apa apa tak?"

"Cepat sikit. Aku bosan ni. Hayyan kerja. Beli buah je lah. Aku kena berpantang makan," jawabku. Mama kata, orang gugur pun kena berpantang macam orang baru bersalin.

Kejadian makan malam di rumah Airis bermain di fikiran. Puas hati aku!

Okay sekarang adalah timing yang betul. Hayyan tengah khusyuk makan. Dan lagi satu kedudukan Hayyan membelakangi ruang dapur. Jadi apa yang akan terjadi nanti, dia takkan perasan.

"Air suam ada?" Aku bertanyakan Airis. First step.

"Ada," Airis bangun ke dapur untuk mengambil air suam.

Kemudian aku ke dapur dengan alasan mahu mengambil piring bila Hayyan bertanya.

Sebenarnya apa yang aku plankan lain. Tapi keadaan masa tu lebih baik dari plan asal aku. Aku perlahan lahan pergi ke arah Airis sambil kadang kadang memerhatikan Hayyan dan berdiri di belakangnya.

Aku menunggu Airis berpusing dan yes! Dia berpusing! Dan tentulah dia terlanggar aku.  Saja aku buatkan air tu tertumpah dengan banyak dan aku pijak di atas air yang tumpah tadi. Zaapp! Sakit tu memang sakit. Tak terkata sakitnya!

Tapi aku puas kerana semuanya berjalan dengan lancar. Dan suasana menjadi kelam.

Bila aku sedar dari pengsan, doktor sedang memeriksa keadaanku. Pertanyaan pertamaku kepada doktor.

"Baby saya macam mana?" Doktor wanita itu seperti berat ingin katakan sesuatu. Cakap aje lah. Aku bukannya sedih sangat pun kalau gugur.

"Maaf kami tak dapatkan kandungan puan," kata kata doktor itu melegakan aku. Sebelum aku jalankan rancangan aku, ada dua kemungkinan yang aku fikirkan. Sama ada aku gugur ataupun kandungan aku selamat. Dan sekarang, aku gugur.

Tapi lakonan harus diteruskan. Aku menangis. Tak lama kemudian Hayyan masuk menjenguk aku. Dan aku ceritakan semuanya kepada Hayyan. Pada mulanya Hayyan tak percayakan aku tapi aku yakinkan dia. Dan dia mula sangsi terhadap Airis. *refer to bab sebelum ni apa yang Mariana cakap dekat Hayyan*

"Babe. Sedihnya aku tengok kau," suara Zita kembalikan aku dari mengingati kejadian itu.

"Sedihkan? Aku lagi sedih," bohongku. Whatever. Sedih ke tak sedih ke, plan aku menjadi!

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Zita bertanya.

"Jatuh. Airis buat," terkejut Zita. Berhenti seketika dia potong buah.

"Kau biar betul? Takkan dia buat? Aku tengok kau macam rilek je ni," hish dia ni memanglah bestfriend aku. Macam tahu tahu je aku tipu.

"Ye lah dia buat," jawabku acuh tak acuh. Rasanya tak perlu kot aku berlakon sedih depan Zita. Zita memandangku lama.

"Aku kenal kau Mar. Aku tahu tang mana muka kau kalau kau sedih. Ni macam hmmm," Zita meneka.

"Okay fine! Memang bukan dia buat," aku mengalah. Sekarang Zitalah satu satunya yang tahu rahsia aku.

"Habis tu asal kau cakap dia buat? Jangan jangan..." kata Zita terhenti di situ.

"Yes betul. Aku cakap dia yang buat dekat semua orang," jawabku selamba.

"Whattt?? Kau ni dah gila ke?" Marah Zita.

"Hell no! I'm not crazy okay," aku pertahankan diri. Sesuka hati cakap orang gila

"Tapi aku buat kerja gila," sambungku.

"Kau buat apa pulak Mar. Kau ni kan," nada suara Zita berubah. Nada risau.

"Okaylah. Macam ni. Aku buat buat jatuh lepastu aku tuduh Airis yang buat," rasanya tak perlu aku ceritakan semua satu per satu kepada Zita. Biarlah aku seorang sahaja yang tahu.

"You killed your own baby Mar!" Marah Zita.

"Shhh! Diam sikit boleh tak! Nanti orang dengarlah,"

"Mar. Sanggup kau gugurkan baby kau sendiri," suara Zita mula perlahan.

"Kau pun tahu kan. Aku taknak baby lagi tapi lekat jugak even dah ambil pil perancang. Kalau aku pregnant, macam mana aku nak modelling lagi? Kau pun tahu aku suka benda tu kan. Bussiness aku pun sekarang ni tengah hot kot. Aku taknak ada komitmen lagi, nak pregnant jaga anak bagai," luahku.

"Yee aku tahu. Tapi perlu ke kau buat macam ni? Lagi satu yang kau tuduh Airis buat tu kenapa? Aku lagi hairan tau," tanya Zita. Masih tak puas hati dengan jawapan aku.

"Sebab aku nak Hayyan ceraikan Airis," mudah jawapan aku.

"Mariana! Tak bolehlah macam tu. Dah kira fitnah tahu tak?" Zita marah lagi. Haihlah mak. Kau tak payah datang pun takpelah. Aku tak hairan.

"Asal pulak tak boleh? Boleh je. 2 in 1. Aku boleh teruskan modelling aku dan Hayyan jadi hak aku sorang je. Simple," jawabku berbangga. Aku aku kesah pulak.

"Suka hati kau lah," Zita menyambung potong buah.

"Tapi kau kena janji. Kau jangan bagitahu sesiapa pun. Benda ni kau je yang tahu tau," aku memberi amaran kepada Zita. Zita hanya mengangguk.

Aku akan pastikan Hayyan ceraikan Airis. Hayyan akan jadi hak aku. Airis Airis, dari awal lagi kan aku bagitahu kau. Mintak cerai tapi kau degil. Kononnya redha lah. Setia lah. Kau tengoklah sekarang apa dah jadi. Jadi jandalah kau nanti.

Patutnya saya bagi nama Mariana G a.k.a Mariana Gila. Hahahahahaha. Tct tct tct.

Korang boleh recommend tak novel apa yang best? Tolong yee??? *kelip mata*

Jomlah baca my second story. Boss Vs PA. Saya akan promote sampai lebam hahahahahahhahaha.

Lepas baca, jangan lupa vote ya? Dan selitlah komen anda. I appreciate it! Muah ciked :*

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now