AIRIS MEDINASob sob sob. For the first time in my life, aku akan tinggal dengan orang lain selain family aku! Okay tipu je. Masa belajar dulu okay je. Hahaha! Mulai dari hari ni, aku akan tinggal dengan Hayyan Mikael bin Dato Hisham!
Oh noo! Tinggal dekat rumah Hayyan!
"Dah jadi isteri orang ni, perangai tu ubah lah. Dah dah lah melayan drama korea sampai 3 4 pagi. Lepas subuh jangan tidur. Buat sarapan untuk suami. Hari bekerja bangun awal buat sarapan. Ingat kita ni isteri kena pandai jaga perut suami," Puan Rohani dah mula dah leteran dia. Iye iye faham. Banyak lagi tu ibu pesan tapi aku dah lupa! Hahaha! Sorry bu.
"Yee bu. Ris faham. Ye Ris ikut semua apa yang ibu cakap tu," jawabku sambil buat muka cute. Alahai! Nanti rindu lah ibu hmm.
"Hayyan, tolong tengokkan si Ris ni ye. Dia ni pelik sikit. Kalau dia buat perangai marah je dia ," amboi abah. Sedap mengata anak sendiri. Pelik? Apa peliknya? Kalau baca novel atas sofa tapi kepala menjulur ke bawah kaki ke atas pelik ke?? Tak kan?
"Yelah bah. Kami pergi dulu ya," lembut balasan Hayyan. Amboi kau. Cakap dengan ibu abah bukan main macam calon menantu mithali. Dengan aku? Bukan setakat calon, nak masuk audition tak sampai suku minit dah dapat kad merah!
Selepas bersalam dan mencium pipi kedua orang tuaku, aku menuju ke kereta aku. My baby Swift! Memandangkan aku dah ada kereta *riak bangga nih* so aku kena lah bawak sekali kan.
Aku follow Hayyan dari belakang. Ye lah. Mana aku kenal rumah dia kat mana! Tapi Masha Allah. Lajunya dia drive. Tak, sebenarnya dia ni nak ajak ke taknak aku balik rumah dia?
Tiba tiba kereta dia hilang dari pandangan. Alamak! Mana dia nih. Aku berhenti di tepi jalan memandangkan asap kereta dia pun aku tak nampak.
Aku capai telefon dan "hello! Awak ni nak racing ke apa? Bawak kereta macam kena kejar hantu. Tak tahu ke saya follow awak kat belakang ni and for your information saya bukan kaki racing macam awak bawak kereta macam nak terbang. Kalau boleh nak letak sayap je kat kereta awak biar terbang je atas langit tu!" Hah! Puas hati aku.
"Wo wo wo. Woi makcik. Kau tu bawak kereta macam siput. Lepas tu nak salahkan aku pulak bawak kereta laju. Mentang mentang kereta baru jaga bagai nak rak. Kalau nak letak sayap boleh jugak. Boleh la kereta aku terbang lepas tu mendarat atas kereta kau biar penyek macam lempeng !" Tergamam aku! Hish mamat ni. Ei geramnya aku!! Ya Allah tabahkanlah hatiku ini.
"What??? Eii geramnyaa aku!!! Okay fine. Sekarang awak kat mana?" Aku mengalah. Kalau aku menjawab, memang sampai malam tak habis.
"Aku tunggu kau kat simpang lepas traffic light depan Jaya Market ni," jawab Hayyan. Okay dah dekat tu.
Dan ternampak lah kelibat kereta dia warna merah menyala tu. Ei sakit mata! Tak sempat aku nak perlahankan kereta tup tup! Dia dah meluncur laju! Gila mamat ni! Terpaksalah aku drive laju nak kejar kereta cili api tu.
*Setakat ni saya buat dalam 400+ or 500+ words
Mungkin kalau saya banyak idea, saya buat sampai 800+ words
YOU ARE READING
Saya Tunggu Tau ✔
RomanceAiris Medina disatukan dengan Hayyan Mikael dengan kerelaannya dan keterpaksaan Hayyan. Hidup sebumbung dengan lelaki bernama Hayyan Mikael sangat mencabar tahap kesabaran Airis. Kewujudan Airis di rumah itu bagaikan orang asing bagi Hayyan. Lebih m...