Bab 27

41.1K 1.5K 30
                                    

HAYYAN MIKAEL

"You're just too much Hayyan!" Marah Mariana.

"Apa lagi Mariana? I dah stay sini 5 hari tau. So turn Airis lah pulak," pujukku.

"No!! You stay sini sampai lusa. You kan dah pergi bercuti ke Korea dengan dia. Dah puas kan luang masa. So stay je lah sini," balas Mariana. Aahh!!

"I pergi 5 hari je okay dengan dia. And I have to stay here untuk 5 hari jugak Mar. I kena lah adil,"

"No no no! Don't you ever dare nak keluar dari rumah ni. Lusa you baliklah rumah perempuan tu!"

Aku semakin tak faham dengan Mariana. Apa yang dia nak marahkan sangat. Aku kena lah adil. Dulu sebelum kahwin dia okay je tapi lepas tu macam macam perangai.

Aku capai iphone di atas meja.

To : Airis
Sorry Ris. Mar tak sihat. Saya tak boleh balik. Lusa saya balik. Sorry.

From : Airis
Oh ye ke? Takpe takpe. Awak jagalah dia. Saya okay je nii.

Airis Airis. Kenapalah kau ni berlembut sangat. Tapi dalam hati tu takde siapa pun yang tahu Ris. Entah entah dah lebu kot sebab banyak sangat benda yang dipendamkan.

Sebelum tidur aku ke meja kecil untuk mengambil charger. Tiba tiba aku terpandang satu plastik ubat. Dan isinya memang mengejutkan aku.

"Mariana! Explain this! Apa ni?!" Aku mencampakkan bungkusan plastik ubat ke arahnya yang sedang berbaring di atas katil.

"Apa ni you. Sakitlah!" Mariana menjawab dan melempar kembali plastik itu ke arahku.

"Asal you ambil pil perancang ni tanpa pengetahuan I?" Marahku. Memang aku terkejut bila mendapat tahu sebab kami memang tidak merancangkan hal ini. Tapi aku pasti, Mariana merancang seorang diri.

"Sebab you nak anak. And I tak nak anak!" Kenyataan itu lebih memeranjatkan aku. Salah satu sebab aku nak kahwin dengan dia sebab aku inginkan anak bersama orang yang aku sayang.

"Apa ni Mar. Sebelum kahwin you okay je kalau mengandung kan? Kita sama sama setujukan taknak buat family planning sebelum dapat anak pertama,"

"I tak bersedia lagi nak kongsi kasih dengan orang lain. Dahlah I ni bermadu. Lepas tu kalau ada anak nanti I macam mana? Mesti you abaikan I Hayyan. I taknak!" What??? Mariana memang dah tak betul.

"You dah gila ke apa. Baby yang you akan kandungkan tu darah daging kita. Darah daging you! Sanggup you fikir macam tu kan!" Marahku. Tahap kesabaran aku dah nak sampai ke tahap maksimum.

"Whatever Hayyan! Kalau you nak ada anak dengan I, ceraikan Airis. I taknak berkongsi suami I dengan orang luar," kenyataan ini lagi gila!

"No wayy Mar. I takkan ceraikan dia. You patut bersyukur tau sebab Airis tu tak membantah langsung kita kahwin,"

"Memang patut lah dia tak bantah sebab dia sedar diri!"

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

AIRIS MEDINA

"Ris ce teka ce teka aku nak bagitahu apa?" Ujar Al di hadapan. Apalah yang nak diberitahu sangat tu.

"Apa? Kau mengandung eh?" Ujarku selamba sambil minum air.

"Wahh pandai kau Ris!" Al bertepuk tangan.

"What? Betullah ni kau pregnant? Wahhhhh congrates Al. Jadi Aunty Ris lah aku nanti," aku mengerdipkan mataku banyak kali.

"Kan. Jadi aunty lah nanti,"

"Dah berapa bulan dah? Macam mana experience kau sebelum tahu mengandung,"

"Baru 8 minggu. Ala mula mula tu biasa lah. Aku takde morning sickness pun. Mak aku yang perasan masa aku balik kampung haritu. Dia cakap aku makan banyak kebelakangan ni. Lepastu dia tanyalah, ke kena suapkan dua mulut? Aku mula mula tak faham lepas tu barulah faham bila mak aku tepuk perut aku. And aku baru perasan yang aku dah lama tak datang period. So aku ajaklah Aiman pergi klinik and yes keputusan dia baik!! Ada baby dalam perut," panjang lebar Al bercerita. Happy aku tengok dia sengih aje memanjang. Bilalah aku boleh merasa pengalaman macam tu kan.

Bila ye? Ke dah ada isi? Hahaha taklah sebab sekarang tengah uzur kan.

Dan mungkin Mariana tengah mengandung sekarang ni tapi Hayyan tak bagitahu sebab taknak aku sedih, mungkin?

"Kau dah ada isi Ris?" Soal Al perlahan. Mungkin taknak kecilkan hati aku. Tapi aku tak kisah pun dia tanya macam tu.

"Em tak lagi. Takde rezeki lagi la," jawabku.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Harini birthday Hayyan! Nak masak apa eh? Nak beli kek apa eh? Hadiah dah beli. Hanya tali leher. Bukannya aku ada banyak duit pun nak beli hadiah mahal mahal tapi tali leher ni mahal lah jugak sampai aku berfikir dua kali nak beli ke taknak sebab dari designer yang terkenal.

Duit yang Hayyan bagi tiap tiap bulan ada je dalam akaun aku tapi takkan nak beli pakai duit dia bagi pulak kan? Kena lah pakai duit sendiri.

To : Hayyan
Assalamualaikum. Malam ni awak balik kan?

From : Hayyan
Waalaikumussalam. Yee saya balik malam ni.

To : Hayyan
Okay saya tunggu. Muahh :*

Lambat nya balik kerja. Tak sabar dah ni.

Aku membeli kek yang bersaiz kecil dari Secret Recipe perisa cheese + blueberry. Aku menyediakan nasi goreng, ayam goreng berempah, sedikit makanan ringan dan air sunquick. Taklah perfect sangat sebab masak ni pun terkejar kejar. Nasiblah semalam dah potong siap siap sayur. Ayam pun dah perasa awal awal lagi.

Dah pukul 9.30 tak balik lagi ni. Banyak kerja kot. Sambil aku menonton tv, aku scroll instagram hilangkan rasa bosan. Dan berhenti pada gambar yang Mariana upload.

Okay rasa macam nak nangis! Gambar dia celebrate birthday Hayyan! Bukan mereka berdua aje tapi ramai. Mungkin kawan kawan diaorang. Ada banyak lagi gambar yang di upload. Ohh. Mariana hadiahkan seutas jam tangan kepada Hayyan. Ribu ribu kot harga dia. Jauh beza dengan tali leher yang aku nak bagi. Berpuluh kali ganda lagi mahal jam tu.

To : Hayyan
Awak, otw tak lagi? Dari tadi saya tunggu ni.

Bluetick. Good Hayyan good! Just go on with your games. Aku menangis. Ya aku menangis. Aku naik atas untuk tidur. Malas mahu fikirkan lagi. Hidangan atas meja aku biarkan.


Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now