Bab 21

45.7K 1.6K 43
                                    

Hari ni kami bertiga pergi ke Strawberry Park selepas breakfast. Uish bukan main fresh lagi strawberi.

Aku tahan je nafsu makan aku ni kalau tak tahan alamatnya kempislah purse aku ni sebab bukan prepare dari awal pun. Trip ni tiba tiba je tau.

"Beli yang dalam bekas aje lah strawberi ni. Jimat sikit. Takpayah nak ajet ajet makan yang fresh dari pokok lah," bisikku. Perlahan. Takut pakcik tu dengar.

"Ish kau ni. Bila lagi nak makan fresh yang macam ni. Kalau tanam kat rumah memang akar tak sempat nak mengembang," bidas Zakiah.

"Ye lah ye lah. Kau makan sampai kembung perut tu ye," aku berlalu pergi membawa perasaan hiba sob sob sob duit bukannya banyak nak makan strawberi petik dari pokok. Ingat tak kena bayar ke? Kena lah. Tadi aku dah makan berapa banyak entah.

Usai ke Strawberry Park, kami menuju ke kedai cenderahati. Nak beli apa ek? Ish tak boleh tak boleh. Nanti kantoilah kan. Ish cakap aje lah Mira dgn Zakiah bagi kan since die orang bercuti kat Cameron Highland. Apa susah.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Biar aku drive. Haritu kau dah drive masa datang sini. Ni tang balik biar aku dengan Mira bergilir je," ujar Zakiah. Bagus jugak. Aku pun penat nih.

Sambil dengar radio, sambil scroll instagram. Rasa macam nak stalk madu lah.

Waaauuu!!!! Majlis diaorang meriah sangat! So beautiful. Cantik. Mariana pakai gaun putih which is so perfect and superb! Hayyan pakai tuksedo. Hensemnya laki aku ni.

Cemburu? Toksah cakap lah. Ofkos cemburu okayyyy. Ingat aku ni hati kayu hati batu ke apa tak tahu nak cemburu bagai tu.

Hayyan? Sekeping pun tak text aku tanya khabar ke whatever lah tanya apa pun. Takde langsung! Suka kau eh. Apalah nasibku ini sob sob sob.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Arghhh penatnya!! Akhirnya sampai jugak kat rumah. Memang selesa. Sangat. Sunyinya! Kau kena biasakan dirilah Ris oii. Nanti kerap lah kau sorang sorang kat rumah dua tingkat nih. Nasiblah rumah ni berkembar taklah rasa 'alone' sangat kan.

Tiba tiba lagu Locked Away berkumandang. Eh siapa pulak call ni.

Hayyan!

"Helo assalamualaikum," ya Allah suara dia. Rindu.

"Waalaikumussalam,"

Krik. Krik. Krik.

Nak cakap ke taknak ni cik abang oi.

"Buat apa?" Akhirnya dia bersuara.

"Tak buat apa pun. Tengah baring atas katil peluk bantal awak ni," wehhhh!!!! Asal gatal sangat mulut ni!!!!

"Asal peluk bantal aku? Rindu aku eh?"

"Ish mane ade. Bantal golek saya kat luar. Malas nak ambil,"

"Eleh ye lah tu. Cakap aje lah rindu,"

"Hek eleh. Kalau aku cakap aku rindu pun bukannya kau rindu aku," gumamku. Perlahan je okay perlahan. Dia tak dengar kot.

"Apa dia?"

"Takk. Saya cakap, jangan paksa orang rindu kita," haaa sentap tak???

"Saya pun rindu awak jugak Airis Medina," zapppp!!! Apakah???? Rasa nak nangis. Sebab terharu. Betul ke ni atau dia saja je nak kenakan aku.

"Hmmmmm," okay jawab ni aje.

"Tak rindu saya ke?" Ei asal tukar panggilan ni dari kau aku nak bersaya awak pulak.

"Ish apa awak ni. Awak tu baru kahwin. Tak eloklah buat macam ni. Nanti apa Mariana cakap. Ganggu privasi awak berdua yang sekarang ni tengah honeymoon," aku tekankan perkataan 'honeymoon'. Cemburu okay. Nak jugak pergi jalan jalan dengan suami hish. Nak pergi Korea. Got it Mr Hayyan? Hahahaha k tak lawak.

"Jeles ke Airis? Dia tengah mandi tu so its okay lah saya call awak kan," ei asal cam geli je dengar dia bersaya awak ni. Hahahaha permulaan mungkin. Ris, dia dah tunjuk tanda tanda nak bermesra dengan kau tu. Nak ke dia ber aku kau sampai ke tua? Taknak kan? Hish!

"Tak jeles pun En Hayyan. Kalau jeles pun, saya tak bagitahu kat awak. Awak bukannya ambil kisah pun kan," alamak!!! Tersasul.

Hayyan diam.

"Awak," panggilku.

"Hmm"

"Sorry. Bukan macam tu awak,"

"Takpe saya faham. Okaylah Puan Airis, awak nak pergi honeymoon dekat mana ya?" Gila ke apa Hayyan ni? Dia tu tengah honeymoon dengan si Mariana tu tapi boleh pulak tanya aku nak pergi honeymoon kat mana. What the heck??

"Awak ni peliklah. Tengah honeymoon dengan Mariana boleh pulak awak tanya saya nak honeymoon kat mana. Ish," pelikkan???

"Why not? Cepatlah kat mana?"

"Saya teringin nak pergi Korea tau. Tapi macam over aje kan," of course lah over. Diaorang pergi Phuket aje kau beria nak ke Korea. Eh siapa suruh pilih Phuket? Hahahaha

"Korea?? Best jugak kan? Kalau pergi masa musim bunga mesti cantik," nampaknya Hayyan setuju.

"Ha ah! Lepastu dapat baby made in Korea!" Wehh bodohnya kau Ris! Mulut ni asal lembik sangat! Malu!!

"What? Nak made in Korea jugak ke? Tak nak made in Malaysia?" Berdekah dekah dia ketawa. Malunya aku. Ish apa apa lah!

"You,"kedengaran suara perempuan memanggil Hayyan. Madu aku lah tu.

"Okay Ris. I've got to go. Bye,"

Talian dimatikan. Hayyan pelik kali ni. Dia bergurau dengan aku. Tanya nak pergi honeymoon dekat mana. Walaupun pelik, tapi aku suka! Kah kah kah. Gatal! Tapi jangan terlalu perasan okay Airis Medina. Kita tak tahu apa akan jadi lepas ni kan? So kau just wait and see.

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now