Bab 39

49.2K 1.7K 78
                                    

HAYYAN MIKAEL

Masih berbaki dua hari sebelum Airis berangkat ke Terengganu. Walaupun hanya untuk beberapa bulan tetapi aku rasa macam dia mahu tinggalkan aku. Aku cuba menghalang tetapi hanya menyebabkan tercetusnya pergaduhan mulut antara aku dan Airis.

Pagi esok aku perlu balik ke rumah Airis untuk bersamanya sebelum dia ke Terengganu.

"You, malam nanti kita dinner dekat luar ya?" Mariana muncul di ruang tamu.

"Kerap sangat makan dekat luar. Why not you pergi masuk dapur, masakkan untuk I," tiba tiba aku rindukan masakan Airis. Ah! Sempat lagi.

"No. Malas lah masak. Ada duit buat apa simpan kalau tak guna," aku hanya diam tidak menjawab. Malas mahu bertekak.

Melihatkan aku hanya berdiam, Mariana bersuara.

"You ni kenapa hah? Teringatkan Airis?" Tebaknya. Aku masih diam menonton televisyen.

"You dengar tak apa I cakap ni?!" Suaranya meninggi.

"Can you shut up please. Tak nampak I tengah tengok tv ni?" ujarku dalam nada tenang.

"What's wrong with you. After that accident you layan I lebih kurang je. Kenapa? Perempuan tu hasut apa dekat you!" Marahnya lagi.

"Dia takde kena mengenalah!" Nadaku meninggi. Tahap kesabaran aku hampir meletus.

"Habis tu kenapa layan I macam ni? You tahu tak dia penyebab I gugur. You tahu kan?" Desak Mariana. Ah! Aku tak mahu dengar benda tu lagi. Aku taknak sesiapa pun menghakis kepercayaan aku terhadap Airis.

"You jangan menuduh orang tanpa bukti Mar. Fitnah namanya!" Marahku.

"What? Hayyan! Dia penyebabnya. Sampai hati you masih sebelahkan perempuan tu lepas apa yang dia dah buat!" Suara Mariana semakin meninggi.

"Shut up! You tak ada bukti nak cakap dia yang buat Mar,"

"Bukti apa lagi yang you nak. I ni tak cukup ke? Benda tu terjadi dekat I. So bukti apa lagi I perlu ada? Come on Hayyan," Mariana memujukku.

Sebab aku tak percaya.

"Enough. Almost everyday kita bertekak benda yang sama. You tak penat ke?" Suaraku mengendur. Ingin meleraikan pertelingkahan kami.

"No! Kali ni kita kasi settle je semua. So tak payah dah lepas ni kita ungkit benda ni," Mariana masih belum berhenti.

"You nak apa lagi? You nak buat apa?" aku dah malas mahu melayannya dan kembali menonton filem.

"I nak you pergi jumpa Airis and suruh dia mengaku then ceraikan dia," kata kata Mariana menyentapkan aku. Cerai?

"Are you crazy Mar? I takkan ceraikan dia lah,"

"Why? You masih nak simpan perempuan macam tu ke? Entah entah dekat rumah berapa ramai jantan dia layan. Tak dapat dari suami, dari jantan miang dia dapat,"

Ppang! Tanpa sedar tangan ku sudah melekap di pipi kanannya. Aku terdiam. Mariana di hadapanku terkejut dan menangis.

Tanganku menggigil. Ya Allah! Aku beristighfar.

"Sampai hati you tampar I. Kenapa you nak bela sangat perempuan tu. Dia pembunuh!" Tempik Mariana sebelum dia berlalu ke tingkat atas meninggalkan aku kebingungan.

Malam itu aku pergi berjumpa dengan Izzat. Aku perlukan seseorang untuk mendengar luahan aku. Dan Izzat lah orangnya.

"Pehal ni bro?" Sapa Izzat yang baru sampai di restoran. Aku mengambil tempat di penjuru. Tak ramai sangat orang.

"Problem lah," jawabku lemah sambil mengacau air dengar straw.

"Dah lama kau tak cerita problem kau kat aku. Biasa aku je yang banyak problem," ujarnya sambil ketawa.

"Kau tahu kan Mariana gugur?" Soalku. Izzat hanya mengangguk.

"Dia cakap Airis yang buat," Izzat membulatkan mata. Belum sempat dia berkata, pelayan datang menghantar minuman. Perbualan kami terhenti seketika.

"Biar betik kau," Izzat bersuara setelah pelayan tersebut berlalu.

"Betullah ni. Tapi kau tahu aku macam mana kan. Aku takkan percaya selagi tak ada bukti," Izzat mengangguk bersetuju mendengar kata kataku.

"Mariana tak habis habis cakap Airis yang buat. Airis tolak dia. Aku memang dalam dilema sekarang ni. Dua dua isteri aku tapi tak tahu yang mana aku patut percaya," luahku sambil mengurut dahi. Pening memikirkan masalah yang semakin besar dan rumit.

"Kau percaya yang mana logik," Izzat memberi cadangan yang agak..... Tak sanggup aku nak teruskan.

"First, kalau Mariana tipu, takkanlah dia sanggup gugurkan anak sendiri. And kalau betul Airis buat," aku menghentikan percakapanku. Pantas aku menggelengkan kepala.

"Tak tak. Airis bukan macam tu," ah! Kusut. Izzat di depan aku seperti memikirkan sesuatu. Mencari idea mungkin.

"Tu lah. Dari awal aku pesan jangan kahwin dua. Kau nak jugak. Tengok apa dah jadi," Izzat bersuara setelah lama berdiam.

"Kau ni kan. Sekarang ni bukan pasal tu," marahku.

"Okay okay. Habis tu macam mana ni? Apa kau nak buat?"

"Mariana suruh aku ceraikan Airis," lagi. Izzat membuntangkan matanya. Tak sakit ke?

"Kau nak?"

Aku menggeleng.

"Bagus bagus. Habis kau dengan Airis macam mana?" Soalnya lagi.

"Entah lah. Lagi dua hari dia nak pindah Terengganu,"

"Kenapa? Lari dari kau ke?" Tebaknya.

"Aku rasalah. Dia kerja dekat cawangan company dia dekat sana. Sementara je. Dalam tiga empat bulan macam tu lah," ujarku. Aku akan 'berpisah' sementara dengan Airis.

"Lama jugak tu. Buatnya dia tak balik. Lagi parah bila dia jumpa lelaki lain dekat sana. Kau sanggup?" Kata kata Izzat mengganggu aku. Lelaki lain?

"Kau janganlah mintak macam tu. Tak sanggup aku. Aku dah cuba halang dia. Tapi dia nak pergi jugak. Nak bagi aku masa katanya," terangku.

"Kau gunalah masa yang dia bagi tu sebaik baiknya. Dia mungkin berharap dekat kau sebab tu dia bagi kau banyak masa. Berbulan kot. Dia nak kau fikir betul betul. Cari kebenarannya. Macam mana Mariana boleh gugur," kata kata Izzat memang betul.

Airis memberi aku banyak masa kerana dia mahu aku mencari kebenaran. Tapi dia yang harus berkorban dengan berpindah ke Terengganu dan tinggal di negeri lain.

"Thanks bro. Dengar masalah aku. Aku dah tak tahu nak luah dekat siapa. Mama asyik nak marah aku je. Kau je lah yang sudi dengar. Bagi nasihat,"

"Takde hal. Aku pun kalau ada problem kau jugak yang banyak tolong. Kali ni apa salahnya aku tolong dengar masalah kau. Bagi nasihat je lah bukan bagi duit," balasnya sambil ketawa.

Kami makan hidangan yang tak terusik dari tadi. Sibuk bercerita.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku sedikit sebanyak terganggu dengan kata kata Izzat.

'Lagi parah bila dia jumpa lelaki lain dekat sana'.

Macam mana kalau betul? Dia jumpa lelaki yang lebih baik dari aku. Sanggup ke aku lafazkan cerai kepadanya jika itu yang dia mahu?


Lelaki lain? Omg! Macam mana kalau Airis jumpa lelaki lain? Ala tak bolehlah macam tu kan. Dah nama pun Hayyan hero. Hahahaha jangan kecam saya.

Lepas baca jangan lupa vote ya? Dan selitlah komen anda! Muah ciked :*




Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now