Bab 53

55.5K 1.6K 84
                                    

Tiga hari berlalu begitu sahaja. Hayyan masih dingin terhadapku. Entah cara apa harus aku lakukan lagi untuk meraih semula hatinya. Aku buntu. Pelbagai cara aku lakukan, tetapi hanya dipandang sepi.

Aku bimbang, aku takut jika perpisahan akan menjadi jalan terakhir kami. Aku tak mahu dan aku belum bersedia untuk sebuah perpisahan.

Ya Allah, amat perit ujianMu bagiku. Dari awal perkahwinan kami, hanya sekejap aku mengecapi bahagia bersama suami. Betapa mudah Tuhan ingin menarik nikmat. Aku sebagai hamba, perlu redha.

"Abang, esok Ris dah nak balik Terengganu. Rasanya lagi dua minggu Ris kerja dekat sana. Diaorang dah jumpa pekerja untuk jawatan Ris. Jadi Ris boleh kerja sini balik. Tinggal dengan abang balik," aku mengkhabarkan berita itu dengan teruja. Baru sahaja aku mendapat panggilan daripada Nadia. Betapa gembiranya aku.

"Baguslah macam tu," hanya itu ayat yang keluar dari mulut Hayyan. Tak mengapa.

"Abang, Mariana macam mana? Dah lama Ris tak dengar khabar berita," aku bertanya perihal Mariana. Dah lama tidak mendengar nama itu.

"Dia ke UK," jawabnya. Matanya masih tertumpu pada kaca televisyen. Apa yang menarik sangat dengan cerita yang ditayangkan berbanding aku, isterinya?

"Abang macam tak suka je Ris datang sini. Abang tahu tak Ris rindukan abang. Ris tunggu abang tapi abang tak call langsung Ris. Ris datang sini semata mata nak jumpa abang. Nak pujuk abang. Tapi abang buat macam ni dekat Ris," akhirnya aku meluahkan kata kata yang memang aku ingin luahkan kepadanya.

Dia berpaling ke arahku.

"Abang suka bila jumpa dengan Ris. Abang pun rindukan Ris. Tapi bila abang ingat balik apa yang abang dah buat selama ni, abang malu. Abang malu nak berhadapan dengan Ris," akuinya. Aku memandang sayu wajahnya.

"Abang, Ris tak kisah. Ris tahu abang dah menyesal. Ris tak salahkan abang. Masa tu macam macam terjadi dan banyak benda yang mengganggu abang," aku memujuk. Tidak mahu dia berasa bersalah. Sememangnya, aku sudah lupakan semua itu.

"Mudah bagi Ris tapi bukan bagi abang. Tiap tiap malam abang fikirkan benda yang sama. Abang malu Ris. Abang malu," dia menekup wajahnya. Aku hanya memerhati dengan sayu. Tidak lama kemudian, dia bangun dan berlalu ke atas.

Hari yang ditunggu tunggu sudah pun tiba. Hari di mana aku akan meninggalkan negeri Terengganu dan kembali ke Kuala Lumpur. Rindu yang teramat! Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan orang tuaku dan mertuaku. Tidak lupa juga, Hayyan.

Sejak dari kejadian itu, kami langsung tidak berhubung. Aku mahu memberinya ruang. Ruang untuk berfikir. Aku mahu kepulanganku kali ini membawa berita gembira darinya.

"Assalamualaikum," aku ke rumah mama selepas pulang dari rumah orang tuaku. Selepas ini, aku terus mahu pulang ke rumah untuk berjumpa Hayyan.

"Waalaikumussalam," mama menyambut salam. Dia memelukku. Erat. Aku mendengar isakan halus. Mama menangis?

"Kenapa mama nangis ni?" Hairan. Baru sahaja kami berjumpa dua minggu lepas dan berita tentang kepulangan ku ini dia sudah sedia maklum.

"Hayyan,"

"Kenapa dengan abang?"

"Mari masuk dulu Ris," papa menjemputku masuk terlebih dahulu. Jantungku berdegup kencang. Kenapa dengan Hayyan?

"Kenapa dengan Hayyan ma, pa?" Aku terus menyoal seusai sahaja aku melabuhkan punggung di kerusi.

"Dia menghilang," isakan mama terus pecah. Aku diam. Mencerna kata kata mama. Aku memandang ke arah papa. Papa mengangguk perlahan lahan.

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now