Bab 30

46.4K 1.4K 34
                                    

MARIANA

Kurang ajar punya Airis! Berani dia lawan aku eh. Tak sedar diri. Dahlah kau rampas Hayyan dari aku. Lepas tu kau nak control dia pulak. Ni Mariana lahh. Tak mudah kalah dan tak akan kalah. Aku memegang perut ku. Baby! Aku ada idea! Idea macam mana nak sakitkan hati perempuan tu. Tunggu kau Airis.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

AIRIS MEDINA

"Macam mana boleh jadi macam ni? Cuba cerita kat saya," Hayyan bertanya selepas aku kembali reda.

"Saya pun tak tahu macam mana nak cakap. Dia tiba tiba datang lepas tu marah marah. Saya buka je pagar terus je dia tampar saya. Ibu abah pun tak pernah buat tau kat saya macam tu," aduku. Biarlah nak kata manja pun.

"Habistu awak tampar dia balik?"

"Mestilah. Ingat dia sorang je berani naik tangan kat muka orang. Saya pun bolehlah," jawabku dengan nada marah. Memang mak enon marah sekarang ni. Berapii jee kalau teringat kan balik.

Hayyan ketawa mendengar jawapan aku. Kelakar ke?

"Asal gelak? Tak kelakar lah,"

"Berani awak eh. Ish ish ish. Sebelum ni takde orang pun berani sentuh Mariana tu. Saya pun tak pernah. Awak sekali gaduh haa bagi penampar kat dia," jawab Hayyan sambil yeaa sambil dia gelak. Aku pun tak tahu tang mana lawaknya.

"Tak kelakarlah! Saya tengah marah ni!," bentakku. Taknaklah macam ni!

"Ni saya nak tanya. Apa awak buat kat Mariana sampai dia tuduh saya macam macam?" Soalku.

"Mana ada buat apa apa," berkerut dahi Hayyan mungkin hairan.

"Dia cakap awak tak pedulikan dia. Kenapa?"

"Ohh pasal tu. Em sebab masa tu kan kita 'tak baik' so saya pun macam takde mood nak bersembang ke buat apa apa ke memang takde mood langsung,"

Aku terdiam. Jadi sebab gaduh dengan aku mood dia melayang? Okay adil sebab mood aku pun melayang jugak!

"Awak tak boleh lah macam tu. Janganlah bawak sekali masalah kita kalau dengan dia. Tak baiklah awak ni. Kesian dia. Memang patut pun dia meroyan tadi. Awak la tu. Alih alih saya jugak yang kena," jawabku kesal. Yaa walaupun aku taklah suka si Mariana tu tapi aku tahu hak aku dan aku tahu hak dia. Hayyan suami aku dan dia. So Hayyan kenalah layan dia macam biasa. Jangan terbawak bawak 'mood gaduh' dengan aku ni. Ish ish ish.

"Ye lah ye lah. Nanti saya cakaplah dengan dia. Laparlah. Tak nak masak ke?"

"Malas lah. Takde mood nak masak," jawabku. Hayyan tayang muka kesian + sedih + lapar. Kesian lah pulak aku tengok.

"Yelah yelah!" Aku mengalah. Memang aku nak masak pun tapi malam ni sebab sekarang masih mood 'nak bagi penampar kat orang' so aku takut 'tertampar' jari dengan pisau.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

HAYYAN MIKAEL

"Mariana. You tak boleh buat perangai macam tu lagi tau," tegurku.

"I buat benda betul lah! I nak pertahankan hak i," marah Mariana. Sabar je lah dapat bini perangai macam ni.

"Benda betul you cakap? Benda betul ke kalau tiba tiba pergi serang madu?" Bentakku. Pantang betullah.

"Whatever!! You jangan nak back up sangat eh perempuan tu,"

"I bukan back up dia! I cakap benda betul Mar. Jangan jadi macam budak budak lah. Tak matang!" Marahku dan terus berlalu ke bilik. Kang tak pasal aku pulak naik tangan kat dia.

Aku dengan Mariana dah okay. Taknak panjangkan lagi masalah ni. Kan tak pasal aku jadi pengadil Airis dengan Mariana 'bertinju' kali kedua. Buat malu je!

"Youuuu. I ada something nak bagitahu ni tau," Mariana bersuara sambil menyapu jem pada roti.

"Apa?" Aku menjongketkan kening.

"I pregnant!"

"What?? Seriously Mar???" Aku teruja. Yaa teruja!

"Yess. Serious!"

"Tapi bukan you ambil pil ke?" Soalku hairan.

"I dah tak ambil dah lepas you marah haritu,"

"Thank God! I akan jadi daddy!"

Aku tak berhenti senyum sepanjang perjalanan ke kerja. Walaupun jalan jem tapi aku tak naik angin macam selalu. Sebab dalam otak ni dah tak sabar nak jadi daddy!

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

MARIANA

Yess!! Just go with the plan Mariana. Puas hati aku tengok muka Hayyan yang sengih sampai telinga tu. Tapi sorry baby, lepas ni you dah tak sengih macam tu lagi. And i will make you leave your first wife babe! Plan kali ni mesti berjaya punya.

Next step. Hope menjadi lah dan mesti kena jadi.

"Youuu," panggilku meleret.

"Apa??" Jawab Hayyan.

"Kita jumpa Airis nak?" Plan seterusnya.

"Jumpa Airis? Buat apa?" Hayyan memandangku hairan.

"Nak mintak maaflah. Ye la I mengaku haritu memang salah I. Why not kami berdamai je kan," berdamai? Yekkss!! No way aku akan berdamai dengan perempuan tu. Memang tak akan. Damai tu nanti akan jadi damai olok olok aje. Bukan damai betul pun. Tak ingin aku. Hishhh.

"Okayy. Nak jumpa kat mana?"

"Kat rumah tak boleh? Kita pergi dinner ke rumah dia?" Yee plan tu harus dilakukan di rumah supaya takde orang nampak.

"Okayy kalau macam tu. I bagitahu Airis nanti,"

Aku tak kira. Kali ni plan mesti jadi punya. Tak hairan lah dengan sakit dia tu. Tahan aje lah selagi mampu. No! Aku kena bertahan. Malam nanti buat research siap siap. Senang kerja! Plan ni hanya aku sorang yang merancang. Even kawan rapat aku Zita pun tak tahu. Kalau dia tahu memang dia marahkan aku. So aku kena buat plan ni sorang sorang.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

AIRIS MEDINA

"Ris, malam nanti saya dengan Mariana nak datang rumah. Nak suruh awak masak. Boleh?" Eh tetiba call cakap benda tu? Mariana nak datang? Tak puas hati lagi ke kena tampar 3 kali haritu? Lepas tu dia datang nak tampar aku balik?

"Nak datang. Kenapa?" Soalku hairan + seram.

"Jangan risau. Dia datang nak mintak maaf pasal haritu," Hayyan seakan faham. Ohh nak mintak maaf. Okay no problem kalau macam tu asalkan dia tak meroyan untuk kali ke dua.

"Boleh boleh. No hal," em nak masak apa eh malam ni? Mariana tu macam ala ala western je aku tengok. Makan ke dia lauk melayu? Tanya Hayyan la. Halfday la hari ni memandangkan report bangunan dah siap. Nak kena beli barang lagi. Asal lah tak cakap awal awal. Tak lah kalut macam ni.

Jeng jeng jeng. Apa eh si Mariana tu nak buat. Oh btw, cerita ni dah nak ke ending dia. Tapi tak tahu la berapa bab lagi and lepas ni saya nak publish another story pulak. Yay or nay?

Lepas baca jangan lupa vote yaa. Muahh

read my second story. BOSS VS PA. MUAHHH

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now