Bab 37

47.6K 2K 46
                                    

Aku terjaga dari tidur. Dah malam rupanya. Akibat menangis siang tadi habis bengkak mata. Macam mana nak pergi kerja esok ni. Habis terbabas Asar dengan Maghrib.

Usai solat, aku turun ke bawah. Ingin isi perut. Lapar bukan main. Siang tadi bukannya selera sangat makan. Dapat dilihat Hayyan berbaring di sofa ruang tamu. Tv terpasang tapi tuannya tak tahu la dah pengsan ke belum.

Semasa makan, aku terfikir patut ke aku pergi ke Terengganu. Bukannya lama sangat pun Encik Zahari cakap. Dalam tiga empat bulan je. Why not kalau aku pergi? Dah dia cakap masih perlukan masa so aku bagi la masa beberapa bulan. Kalau tak dapat buat keputusan juga, memang cari nahaslah.

Sambil tu boleh lah merawat hati yang luka ni wah wah. Kalau boleh aku mahu Hayyan lepaskan aku tapi dalam masa yang sama aku tak sanggup berpisah dengannya. Bodoh kan? Ya aku memang bodoh kerana masih mencintai lelaki yang dah abaikan aku. Yang sangsi dengan aku. Argh! Aku buntu!

Selesai makan aku naik ke atas dan mencapai telefon. Nombor Kak Ros didail memandangkan Kak Ros yang uruskan semua.

"Assalamualaikum, Kak Ros," sapaku setelah panggilan ku berjawab.

"Waalaikumussalam,"

"Akak, Ris nak tanya sikit ni. Jawatan pembantu arkitek kosong lagi ke untuk ke Terengganu?" Aku terus ke tujuan utama. Malas mahu berbasa basi.

"Oh jawatan tu kosong lagi. Ris nak ke?" Soal Kak Ros.

"Em Ris nak lah kak. Letak nama Ris tau. Kalau orang lain nak, jangan bagi," aku mengingatkan Kak Ros.

"Jangan bimbang. Takde sesiapa pun yang nak ditukarkan ke Terengganu. Rasanya diaorang bersyukur dah Ris yang pergi," jawab Kak Ros.

"Ha ah kan," jawabku sambil ketawa.

"Tapi Ris. Awak kan dah bersuami. Tak menyusahkan ke?" Kak Ros bertanya soalan yang agak cepumas. Suami? Erk. Aku tak bagitahu pun dekat Hayyan.

"Dia okay. Lagipun suami Ris sibuk jugak kena pergi outstation. Kalau kerja Terengganu ada teman dekat rumah taklah Ris duduk sorang sorang," bohongku. Habis tu takkan nak jujur kot. Ris tengah gaduh dengan suami Ris. Macam tu? No way!

"Oh baguslah macam tu,"

Kami terus berbual dan tidak lama kemudian talian dimatikan kerana Kak Ros ingin menyusukan anaknya. Haih untunglah ada baby. Aku bila lah boleh merasa.

Aku memegang perutku. Tiba tiba aku teringatkan sesuatu. Kalendar dicapai. Eh kenapa tak datang bulan lagi? Jangan jangan.... Tak kot.

"Siapa izinkan awak pergi?" Tiba tiba satu suara mengejutkan aku dari mengelamun. Aik? Bukan dia tidur ke kat bawah?

Pertanyaannya aku hanya biarkan bagai angin berlalu. Mood gaduh still on kot.

"Saya tanya ni, siapa izinkan awak pergi?! Suara Hayyan meninggi dan itu menyentakkan aku.

"Suka hati sayalah. Awak siapa nak halang saya?" Ya aku tahu soalan aku itu memang agak bodoh tapi itulah yang terkeluar dari mulutku.

"Awak tanya saya ni siapa? Saya ni suami awak!" Marah Hayyan. Walaupun dia marah tahap terbelah bilik ni aku tak nak mengalah. Kali ni biarlah aku bertahan.

"Suami? Suami apa macam ni? Abaikan saya. Lebihkan isteri nombor dua, lepas tu tak percayakan saya. And now nak cakap awak ni suami saya? Seorang suami tak buat macam tu tau dekat isteri dia," aku menyindir Hayyan. Biarlah dia nak marah ke nak mengamuk ke sebab benda yang aku cakap tu betul.

"Jangan melampau Airis!" Dapat kulihat Hayyan menggenggam penumbuk. Menahan geram. Ke nak tumbuk aku? So dayus -.-

"Betul kan apa yang saya cakap? Ke salah? Kalau salah, tolong perbetulkan Encik Hayyan," jawabku. Kali ini dengan gaya tangan sekali aku buat. Saja nak naikkan kemarahan dia.

"I need time and space Airis. Takkan tu pun tak faham?!" Tempik Hayyan. Aku tersentak jugalah tapi pandai pandailah cover.

"Dan saya nak bagi awak masa lah ni. Berapa banyak masa pun saya bagi dekat awak,"

"Dengan pergi ke Terengganu?" Soal Hayyan. Nadanya sudah kembali tenang. Seperti merintih.

"Ya, dengan pergi ke Terengganu. Dan awak jangan halang saya," aku memberi amaran kepada Hayyan.

"Saya tak izinkan," Hayyan membantah. What? No! Aku tetap akan pergi.

"No! Saya nak pergi. Tinggal dekat sini macam macam benda terjadi. Jiwa saya dah kosong awak tahu tak? Saya nak pergi ke tempat baru, suasana baru. Awak jangan halang saya," aku mempertahankan pendirianku.

"Saya cakap saya tak izinkan. Awak faham tak?!" Suara Hayyan kembali meninggi. Buat apa dia nak simpan aku kat sini lagi kalau dia langsung tak ambil berat pasal aku?

"Kalau saya nak pergi jugak, awak nak ceraikan saya? Macam tu? Okay. Ceraikan saya!" Tanpa sedar ayat terakhir itu keluar dari mulutku. Ah! Aku terlajak kata.

Hayyan diam. Tidak membalas. Dia perlahan menuju ke arah katil dan berbaring. Aku yang berdiri sebelah katil hanya memandangnya. Dah berhenti bercakap?

Aku ke bilik air untuk membasuh muka yang dah merah menahan marah. Sedikit lega. Aku keluar dan menuju ke arah sofa. Tak ingin aku mahu tidur di sebelahnya.

"Saya izinkan awak pergi," tiba tiba Hayyan bersuara. Dia izinkan aku? Seriously?

Aku hanya diam tidak membalas.

"Berapa lama stay kat sana?" Hayyan bertanya selepas aku diam tidak menjawabnya.

"Dalam tiga empat bulan macam tu lah," jawabku lemau. Aku hanya fokus kepada drama yang ditayangkan di tv yang terdapat di dalam bilik. Drama lagi. Hidup aku ni dah cukup drama kot. Apakata ambil kisah aku ni adaptasi jadi drama, confirm penonton bencikan Mariana, rasa nak tumbuk Hayyan dan kesiankan aku. Aku tersenyum memikirkannya.

Aku mencapai remote control dan tekan button off. Malas mahu menonton drama yang konflik tak berkesudahan. Ya seperti hidup aku. Dan suasana kembali sunyi. Aku mengangkat kepala untuk melihat Hayyan. Dia sudah lena sambil memeluk bantal. Memang itu tabiatnya. Tak ada bantal susah nak tidur katanya. Macam budak budak.

Aku kembali termenung. Rasa mengantuk sudah hilang kerana petang tadi bukan main lama tidur. Kehidupan aku boleh dikatakan lapan puluh peratus berubah. Airis yang ceria, yang happy go lucky, yang banyak mulut dah takde. Kadang kadang aku pun tak kenal dengan Airis yang sekarang. Air mata je yang menjadi peneman.

Harapan aku meninggi semasa kami berbulan madu di Korea. Tapi balik je dari Korea macam macam terjadi. Hayyan tipu aku, Mariana serang aku. Mariana gugur dan aku dituduh penyebabnya. Entah pukul berapa aku terlena bangun bangun je dah pagi bila Hayyan mengejutkan aku untuk solat Subuh.

Just 1k words :*

Lepas baca jangan lupa vote ya? Dan selitlah komen awak semua. Muah ciked :*

Kalau ada typo abaikan je. Tak perasan ler tu.

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now