Bab 54

82K 1.8K 181
                                    

HAYYAN MIKAEL

Peristiwa petang tadi masih ku ingat. Ah! Macam mana boleh terkantoi ni.

"Habis habis! Airis dah nampak aku," gumamku sendirian.

Aku menggenggam rambut ku erat. Ingin mencari jalan. Jalan penyelesaian! Jujur aku rindukan Airis. Melihat wajahnya tadi masih belum cukup untuk mengubati rindu.

Ingin sahaja aku berlari dan memeluknya, tetapi keadaan tidak mengizinkan.

Kini aku tinggal bersendirian di tempat yang tiada sesiapa pun yang tahu kecuali Izzat. Gambar Airis kutatap dengan penuh perasaan rindu.

"Maafkan abang, sayang!"

"Bro! Airis dah masuk wad!"

Aku gusar. Ingin sekali aku pergi menjenguk dan menemaninya tapi aku takut.

"Kau tak bolehlah macam ni bro. Isteri kau nak tunggu masa je tu. Kita tak tahu bila baby akan keluar. Jadi pergilah. Temankan dia. Mesti dia perlukan kau," kata kata Izzat masih terngiang ngiang. Apa harus aku buat? Ikutkan sahaja kata Izzat?

Jangan pentingkan diri sendiri Hayyan! Airis tu isteri kau. Anak yang dia kandung tu anak kau. Dia perlukan seorang ayah. Aku bangkit lalu mencapai kunci kereta.

AIRIS MEDINA

"Nurse, mana anak saya?" Soalku sebaik aku membuka mata. Sakit yang aku alami aku tahankan sahaja. Sekarang, aku mahu melihat anakku.

"Ada dengan suami puan. Suami puan tengah azankan baby," kata kata nurse itu menyentakkan aku. Suami? Siapa lelaki yang mengaku sebagai suami aku. Aku hanya ada seorang suami. Hayyan.

Iya Hayyan. Jangan jangan...

"Abang," tuturku perlahan. Ingin sekali aku bangkit dari katil dan meluru keluar tetapi keadaanku menghalang.

Tiba tiba seorang lagi jururawat masuk ke dalam wad bersama seorang lelaki. Lelaki yang aku rindu. Lelaki yang aku fikirkan setiap saat.

"Abang," tuturku sebak. Air mataku laju mengalir. Tidak dapat ditahan lagi. Rasa rindu yang membuak buak selama ini terasa dilepaskan.

"Abang," tuturku lagi dengan sebak. Dua jururawat keluar meninggalkan bilik. Kini hanya tinggal aku dan Hayyan. Dan juga bayi kami.

"Airis, maafkan abang," ujarnya. Airmatanya perlahan mengalir. Dia menggenggam erat tanganku dan diciumnya.

"Abang pergi mana selama ni. Kenapa abang tinggalkan Ris. Abang tahu tak merata Ris cari abang tapi tak dapat. Ris rindukan abang," ujarku dengan airmata yang berjuraian.

"Abang minta maaf sayang. I'm so sorry. Abang tak nak Ris terluka kalau abang ada dengan Ris,"

"Ris lebih terluka bila abang buat Ris macam ni,"

Pantas Hayyan memelukku erat. Dahiku dikucup. Lama. Pelukan dileraikan. Aku memandang ke arah bayi di sebelah.

"Abang nak bagi nama apa dekat baby?" Soalku dengan sisa tangisan yang masih ada.

"Dubeis Hail. Nama pahlawan yang disegani,"

Aku memandangnya. Hairan. Laju sahaja nama itu dituturkan.

"Abang memang dah rancang ke nak bagi nama tu?"

"Ha? A'ah. Abang dah fikir sebelum ni. Tu pun kalau Ris setuju lah,"

"Macam mana abang tahu kita akan dapat baby boy?" Tanyaku lagi. Masih hairan. Selama ini aku pergi membuat pemeriksaan jantina hanya bersendirian tanpa ditemani sesiapapun terutama Hayyan.

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now