Bab 42

48.9K 1.7K 46
                                    

HAYYAN MIKAEL

Sudah sebulan Airis bekerja di Terengganu dan selama itulah aku tidak menatap wajahnya. Rindu? Macam orang gila aku rindukan dia. Pernah aku balik ke rumah yang aku dan Airis tinggal dan tidur di dalam bilik kami. Nasiblah bantal kecil kepunyaan Airis tidak dibawanya. Bolehlah buat peluk.

"Bro sorry lambat," Izzat datang menyapa.

Lama kami bersembang dan tiba tiba Izzat bertanyakan perihal Airis.

"Airis macam mana?" Suapan makananku terhenti. Aku menjongketkan bahu.

"Entahlah bro. Aku call tak jawab. Whatsapp tak reply," luahku kecewa. Boleh dikira dengan jari berapa kali je dia jawab call dan reply whatsapp aku.

"Amboi. Marah sangat tu," jawab Izzat. Memang Airis marah sangat.

"Oh lupa nak bagitahu. Haritu Zita datang jumpa aku. Dia jemput kita ke majlis kahwin dia," Aku mengerutkan kening. Zita?

"Zita mana?"

"Kawan Mariana tu lah. Takkan Mariana tak cakap dekat kau kot," Izzat menjawab hairan.

Ohh Zita. Baru aku teringat. Mereka ibarat belangkas semasa zaman belajar.

"Ingat ingat. Dah nak kahwin dia. Kau je tak kahwin lagi ni," usikku.

"Eh aku pulak. Takde jodoh lagi. Bro apa kata kau korek rahsia sikit dari Zita tu?"

"Rahsia apa?" hairan aku. Rahsia apa? Rahsia macam mana jumpa jodoh?

"Dia dengan Mariana kan rapat gila. Mana tahu Mariana ada bagitahu something dekat dia," Izzat sudah mula serius.

"Something?"

"Yes. Pasal em. Pasal tu la," aku mengerti. About that accident!

"Macam mana aku nak jumpa dia eh?" Soalku. Nampak macam boleh diterima pakai idea Izzat ni.

"Nah kau ambil nombor dia ni," Izzat mengeluarkan telefon bimbitnya dan memberikan nombor Zita.

Aku sebenarnya berkira kira juga dengan cadangan Izzat. Sebab Mariana pun isteri aku. Taknaklah bersangka buruk sangat. Tak boleh! Aku kena cari juga kebenarannya.

Aku sampai lewat ke rumah. Sudah pukul 10 malam. Lewat bagi mereka yang dah ada isteri tapi masih keluar melepak dengan kawan. Dalam perjalanan balik pula aku sibuk memikirkan cadangan Izzat dan menyebabkan pemanduan ku perlahan. Ibarat mengambil angin.

"Lewat balik. You pergi mana?" Baru melangkah masuk, Mariana sudah tercegat di hadapan pintu.

"I jumpa Izzat lah," jawabku malas.

"You ni sejak perempuan tu pindah perangai you semakin melampau eh?" Bidas Mariana. Apa yang melampau? Aku cuma penat sekarang ni dan nak tidur.

"Stop it Mar. I penat ni," jawabku sambil mengatur langkah menaiki anak tangga. Mariana masih mengekori ku.

"Tahu pun penat. Yang keluar dengan Izzat tu tak tahu penat?" Sindirnya. Agak berdesing mendengar sindiran Mariana tapi aku tahankan je. Kalau tak dah lama aku tolak dia biar jatuh bergolek.

"You ni memang tak boleh terima hakikat ke yang Airis dah takde dekat sini. Dia dah pindah,"

Aku memusingkan badan menghadap Mariana. Kini kami sudah berada di dalam bilik.

"Apa ni. Tak ada kena mengenalah dengan Airis," memang aku marah. Tiba tiba nak babitkan Airis. Aku keluar dengan Izzat bukan dengan Airis.

"You jangan ingat I tak tahu eh. You bukannya kena pergi oustation pun kalau you tak balik sini tapi you pergi balik rumah sana. You buat apa? Ke perempuan tu tak jadi pindah?" Ya Allah. Serabut aku melayan perangai Mariana yang tak habis habis dengan cemburu butanya.

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now