Bab 44

50K 1.6K 25
                                    

AIRIS MEDINA

Hari ini Hayyan akan datang ke Terengganu. Argh! Aku masih belum bersedia untuk berjumpa dengan dia. Tapi jauh di sudut hati, aku rindukan dia. Sangat. Tiap tiap malam selalu terbayang dia di sebelah lena diulit mimpi.

Kini nama panggilan sudah bertukar. Abang! Dah lama aku teringin untuk memanggil dia abang. Tapi apakan daya, tak terluah permintaanku itu.

Dan beberapa hari lepas, dia menyuruhku memanggilnya 'abang'. Syukur Alhamdulillah. Deringan telefon mematikan lamunanku.

Aku melihat nama yang tertera di skrin. Mungkin Hayyan. Tapi hampa bila nama lain yang muncul.

Naufal.

Panggilan pertamanya aku biarkan. Aku sebenarnya malas mahu bermesra dengan Naufal sebab kami bukannya rapat sangat. Aku berasa sangat janggal bila bersama dengan dia.

Sekali lagi telefonku berdering. Orang yang sama. Aku mengalah.

"Hello," tanpa salam aku menjawab panggilannya.

"Oh hai Airis. Sorrylah ganggu awak hujung minggu macam ni," jawabnya dihujung talian. Dah tahu hujung minggu kenapa ganggu juga?

"Takde apa apalah. Kenapa?" Balasku sekadar berbasa basi.

"Saya nak ajak awak keluar petang ni. Boleh? Ajaklah kawan awak sekali. Tak manis kalau kita keluar berdua je kan?" Ajaknya.

Keluar? Again? No! Takkan. Cukuplah haritu je kami keluar. Aku tak nak!

"Tak boleh lah. Suami saya nak datang sini hari ni," jawabku. Nasiblah Hayyan nak datang. Kalau tak alasan apa aku nak bagi dekat dia.

"Oh ye ke? Okaylah kalau macam tu. Oh ya Airis. Awak taknak kenalkan ke suami awak dekat saya?"

Aku agak terkejut. Terkelu. Motif dia nak kenal dengan Hayyan?

"Insha Allah. Tapi tak janji lah sebab dia tak lama pun dekat sini," jawapan yang aku beri tersangatlah selamat.

"Oh I see. Okay then kalau free ke call la saya kita jumpa. Nak juga berkenalan dengan suami awak," katanya sebelum kami menamatkan perbualan.

Sebenarnya aku sedikit terusik dengan gurauan Naufal tempoh hari.

'Melepas awak lah'

Walaupun katanya itu hanyalah gurauan, tapi aku tak rasa itu gurauan. Tiap kali dia pandang aku, habis meremang bulu roma. Dan itulah salah satu sebab kenapa aku tak nak jumpa dia.

Phew.

Sekali lagi telefon berdering. Uuuu Hayyan.

"Assalamualaikum," belum sempat aku memberi salam. Dia terlebih dahulu bersuara.

"Waalaikumussalam," jawabku.

"Abang dah sampai ni. Nak check in hotel kejap. Airis jom lah stay dengan abang. Just for a few days," pujuknya. Alahai. Ni yang lemah ni kalau dia buat suara kesian. Tapi sekarang ego Airis Medina meninggi.

"Taknak lah. Kawan Ris sorang sorang lah nanti. Kesian dia," aku memberi alasan. Alasan selamat.

"Ala kejap je. Dua tiga hari je. Pleaseeee," pujuknya lagi.

"Yelah yelah. Dekat hotel mana?" Akhirnya egoku runtuh.

"Nanti abang send location. Abang dah sampai so i should hang up now. Bye,"

"Bye,"

Aku ke lobi hotel dan menunggu Hayyan di bawah.

"Ehem," satu suara berdehem di belakangku. Aku hiraukan.

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now