Satu pergerakan mengejutkan aku dari lena. Alamak! Aku tidur tadi terpeluk Hayyan ke? Parah ni sampai dalam tidur pun aku rindukan dia.
"Best tidur boleh peluk abang?" Usik Hayyan. Dengan wajah nakalnya. Mukaku merah. Pantas aku bangun dan membaiki rambutku yang berserabut.
"Saya tak sengaja lah," jawabku tersipu. Berusaha aku menyembunyikan wajahku.
"Dah tak payah nak malu. Jom keluar. Kita pergi pantai. Dah lama abang tak pergi pantai ni," ajaknya. Hayyan bangun dan menuju ke bilik air.
Pantai lagi. Baru je semalam pergi dengan Nadia.
Aku bangun dan bersiap sementara Hayyan didalam bilik air. Malas lah nak mandi. Tadi sebelum tidur dah mandi. Aku hanya menggosok gigi dan membasuh muka.
Sesampainya di pantai, kami terus menuju ke gerai ABC. Layankan je lah orang KL datang Terengganu. Selepas makan dan minum ABC, Hayyan mengajakku untuk turun ke pantai. Aku menurut sahaja.
Kami duduk di atas satu kayu yang terbiar. Tanganku memegang ranting kayu dan menconteng di atas pasir.
"Ris, abang nak Ris tunggu ya. Boleh?" Soalan Hayyan sudah masuk ke isu sensitif. Isu yang aku tak mahu ungkit dan isu yang aku tak mahu dengar.
"Saya memang dari dulu tunggu abang. Tapi kita ni manusia. Kenal erti putus asa," jawabku. Berharap dia mengerti.
"Ris jangan macam ni. Abang akan usahakan. No matter what, you always be my wife. Okay?" Hayyan memegang erat tanganku.
"Tapi sampai bila? Sampai bila Ris kena tanggung semua ni?" Jawabku kesal.
"Sampai abang cari kebenaran. Apa sebenarnya yang terjadi," jawapan yang sering aku dengar. Aku dah bosan. Bosan menunggu.
"Dahlah bang. Ris malas dah nak bercakap pasal ni. Rasanya semua ni takkan selesai selagi Ris jadi isteri abang,"
"Airis. Stop it," suara Hayyan sedikit meninggi.
"Betul kan apa Ris cakap? Selagi Ris jadi isteri abang, memang sampai bila bila orang salahkan Ris," sedikit keberanian untuk membalas katanya.
"Dah lah Ris. Abang datang sini bukan nak cari gaduh tapi abang datang nak jumpa Ris," suara Hayyan mengendur.
Aku diam. Aku juga tidak mahu bergaduh. Biarlah kami menikmati masa yang ada. Mungkin ini kali yang terakhir. Siapa sangka. Semuanya sudah ditetapkan olehNya.
Kami sampai di hotel sebelum Maghrib. Habis melekit badan. Kaki belengas akibat bermain air pantai tadi kerana dipaksa Hayyan.
Malam itu kami hanya makan di dalam bilik. Hayyan malas nak makan diluar. Penat katanya seharian drive.
"Seriously Ris, you look a little bit chubby," tegurnya.
"Janganlah tegur. Abang tahu kan perempuan paling tak suka kalau orang tegur dia makin gemuk," jawabku untuk menghilangkan syak wasangka.
"Sikit je. Lagipun comel macam ni," ujarnya sambil ketawa.
"Ris. Agak agak bila kita boleh ada baby?"
Pertanyaan Hayyan buat aku tersedak. Pantas air disedut rakus.
"Kalau ada rezeki, adalah," jawabku berselindung. Kalau Hayyan tahu yang aku mengandung sekarang ni, macam mana reaksi dia? Mesti dia gembira sangat.
Ikutkan hati memang aku nak beritahu dia sekarang juga tapi memandangkan perkara itu belum selesai, aku diamkan sahaja. Aku tak mahu apa apa terjadi pada kandunganku.
Aku menyambung kembali suapanku. Dapat ku rasakan Hayyan memandangku tapi aku hiraukan.
Hari ini Hayyan akan pulang ke KL. Tiga hari kami meluangkan masa bersama dan sedikit sebanyak terubat rinduku.
YOU ARE READING
Saya Tunggu Tau ✔
RomanceAiris Medina disatukan dengan Hayyan Mikael dengan kerelaannya dan keterpaksaan Hayyan. Hidup sebumbung dengan lelaki bernama Hayyan Mikael sangat mencabar tahap kesabaran Airis. Kewujudan Airis di rumah itu bagaikan orang asing bagi Hayyan. Lebih m...