Bab 33

44.2K 1.5K 106
                                    

Hai! Saya tak jadi nak freeze cerita ni sebab ada laa sorang dua komen nak saya update. *menangis terharu*

HAYYAN MIKAEL

Arghhhh!!! Aku bingung. Apa yang terjadi sebenarnya? Yang mana harus aku percaya? Kejadian tadi masih aku ingat satu persatu.

Selepas doktor memberitahu keadaan Mariana. Aku bersyukur kerana dia selamat. Baby? Dah gugur. Dah takde. Siapa tak sedih? Memang aku dapat menjangka itu kerana kandungan Mariana masih baru.

Aku masuk ke wad untuk berjumpa Mariana. Dia menangis teresak esak.

"Babyy. Baby I Hayyan. Baby kita. Dah takde!" Tangisan dia semakin menjadi jadi. Hiba aku tengok dia. Macam mana pun perangai dia, dia isteri aku dan baby yang pernah dia kandung, anak aku.

"Takde rezeki Mar. Kita kena redha," aku menenangkan Mariana yang dah teresak esak.

"No!! Kalau semua tu tak jadi, baby masih ada dalam perut I," jawabnya dalam nada yang tinggi.

"Apa ni Mar. Semua tu accident kan. Tak bolehlah macam ni Mar," aku pujuk Mariana.

"Accident?! You must be kidding me Hayyan. Semua ni plan Airis. Dia dengki dengan I sebab i pregnant!" Tempik Mariana. Nasiblah dia ditempatkan di dalam bilik. Jadi ada privasi. Takde lah orang dengar apa yang dia cakap.

"Mar tak baik lah tuduh macam tu. Dia tak sengaja lah," aku membela Airis. Sekarang ni, aku percayakan Airis. Takkan Airis sanggup buat macam tu?

"Tak sengaja? So funny! You takde masa tu. You tak nampak! Senang senang je kan you percayakan dia. Mentang mentanglah dia tu baik, suka mengalah so you percayakan dia? Habis I ni siapa? I pun isteri you. You kena percaya cakap I,"

"What do you mean Mar?" Aku hairan dengan pernyataan Mariana. Apa sebenarnya yang terjadi?

"She pushed me Hayyan! Dia tolak I! Dia sengaja tumpahkan air tu! Memang dia sengaja. I nampak dia tumpahkan air tu. Bila dia nampak I pergi dapur terus je dia tumpahkan air tu." aku terdiam. Mungkin betul dan mungkin tidak. Aku sangsi.

"Dah lah Mar. You tak sihat lagi ni. Rest la dulu. I keluar nanti mummy dengan daddy masuk," Aku keluar dengan kebingungan.

Aku duduk berhampiran Airis. *refer to bab sebelum ni apa yang Hayyan cakap dekat Airis*

Tiba tiba mummy datang dan menampar Airis. Sah! Memang Mariana beritahu mummy. Macam macam mummy tuduh Airis. Waktu tu aku bingung. Hati aku nak membela Airis tapi fizikal aku menghalang. Ingin sekali aku melindungi Airis tapi perbuatan aku terbatas. *again refer kpd bab sebelum ni apa yang terjadi*

Aku memandang Mariana yang lena di atas katil. Keadaannya memang lemah. Mukanya pucat. Dia hadapi kehilangan yang besar. Anak yang dikandung sudah tiada. Gugur! Walaupun aku juga bersedih, tapi aku kena kuat. Lain kali ada lah tu rezeki. Mungkin sekarang bukan rezeki kami lagi.

Airis mama dah bawa balik ke rumah. Buat masa sekarang eloklah Airis tinggal dengan mama. Aku mungkin lama di sini untuk jaga Mariana.

Iphone berdering. Mama.

"Assalamualaikum," mama memberi salam.

"Waalaikumussalam. Ye ada apa ma?" Dah lewat ni takkan mama tak tidur lagi.

"Hayyan janganlah percaya semua apa yang Mariana cakap. Kita tak tahu betul ke tak semua tu," aku dah agak. Mesti mama akan bercakapkan hal itu.

"Ma, Hayyan keliru sekarang ni. All of this is confusing me. Hayyan tak tahu nak dengar dari pihak yang mana,"

"Ye mama tahu. Tapi Hayyan janganlah tak pedulikan Airis. Kesian dia. Tak berhenti menangis dari tadi," mama beritahu perihal Airis.

"Airis dah tidur?" Aku bertanya Airis. Kadang risau jugak sebab Airis tu memang tak boleh orang tampar dia. Haritu dengan Mariana bolehlah dia tampar balik tapi ni dengan mummy. Memang kena tadah jelah muka.

"Tadi mama keluar dari bilik tak tidur lagi. Mama suruh dia ambil cuti esok. Risau lah mama tengok keadaan dia,"

"Baguslah macam tu,"

"Hayyan. Mama taknak Hayyan ceraikan Airis sebab benda ni. Benda ni kita tak tahu betul ke tidak," arghhhh! Aku berbelah bagi. Ah! Semua tu tak penting lagi. Tunggu Mariana sembuh baru boleh fikir. Perkara ini dikira besar juga.

Ni berkait dengan nyawa! Nyawa baby! Nyawa anak aku.

Pagi keesokkanya, mama datang melawat Mariana.

"Mar macam mana? Dah okay sikit?" Mama bertanyakan Mariana.

"Okay la sikit Ma. Sakit tu ada lagi. Tapi kurang dari semalam," aku hanya mendengar.

"Mama harap Mar boleh terima la semua ni. Nanti nanti ada la rezeki tu," mama menenangkan Mar.

"Entahlah ma. Kalau Airis tak buat semua tu semua ni takkan jadi," Mariana masih tak puas hati.

"Mar dah lah. Tak payah cakap pasal tu. Lepas you sembuh kita bincang," aku menyampuk. Mama hanya mendiamkan diri.

"Tapi betullah I cakap. Semua tu Airis yang buat. Dia dengki kan I," Mariana masih tak mahu mengalah.

"Dah dah. Sini cakap lain sana cakap lain. Mar sembuh nanti kita bincangkan hal ni. Tak payah fikir lagi," mama meleraikan Mariana. Hyuuu lega. Kalau tak memang akan ada perang mulut antara aku dan Mariana.

Dan Mariana tak habis habis nak membuka cerita pasal tu. Aku taknak fikirkan lagi semua tu buat masa sekarang.

"Hayyan, mama nak cakap sikit," mama mengajakku keluar dari wad. Tak mahu Mariana dengar. Kami duduk di kerusi penunggu.

"Ada call Ris?" Mama bertanya. Ah!

"Tak," jawabku sepatah.

"Call lah dia. Kesian dia mama tengok. Mama pun tak reti nak pujuk macam mana. Hayyan kan suami dia, dia perlukan Hayyan,"

"Tapi Mar pun perlukan Hayyan. Dan Hayyan takkan tinggalkan dia sorang sorang kat sini dengan keadaan dia macam tu," jawabku. Keadaan Mar masih lemah.

"Ye mama tahu. Tapi bolehkan kalau suruh mummy dia jaga sekejap. Airis tu pun perlukan Hayyan tau. Apa perasaan Hayyan kalau orang tuduh Hayyan bunuh anak orang? Sedih kan? Airis pun macam tu tau. Emosi dia tak stabil. Macam macam yang dia fikirkan," mama memujuk aku.

Ya Allah apa aku nak buat. Aku masih keliru. Kalau betullah Airis tak buat semua tu, takkan Mariana tipu aku? Dan kalau Airis memang buat benda tu, sanggup ke dia? Airis bukan macam tu. Hati aku berbelah bahagi. Separuh kepada Mariana dan separuh kepada Airis.

Cadangan mama untuk berjumpa dengan Airis aku biarkan dulu. Aku masih tak bersedia berjumpa dengan dia.

Aku bimbang kalau aku berada di luar kawalan dan tuduh dia macam macam.

Aku perlukan masa.

Hai!!! Saya sedaya upaya mencari idea di celah celah saraf otak dan akhirnya inilah untuk bab 33.

Dan thank you kepada yang added cerita saya ke reading list korang. Saya terharu :")
Ada juga yang baca cerita saya yang tak seberapa ni yang merapu aje. Huahuahua.

Jemputlah baca Boss Vs PA story saya yang kedua. Hikhikhik. And i'll make sure tiap kali saya updte STT saya akan promote cerita saya tu sampai lebam. Sampai korang baca hahahahahhahahahahahaha.

Lepas baca, jangan lupa vote ya??? Dan selitlah komen korang. Saya baca dan insha Allah saya akan reply :)

Saya Tunggu Tau ✔Where stories live. Discover now